Butir bicara orang singgah ke pendengaran.
Ugh, bisingnya.
Mata terasa berat. Cahaya yang masuk terasa sarat. Sungguh, menyilaukan.
Aisyah bangkit lalu suasana bilik hospital menyapa pandangan. Dia melihat sekeliling lalu pandangannya terhenti pada dua orang gadis yang sedang berbual mesra.
Matanya dikecilkan lalu mulutnya yang terasa pedih mula bergerak-gerak. "Hanie..... Aineen....."
Perbualan rancak tadi segera terhenti. Gadis-gadis yang sedang berbual tadi segera menoleh ke arah Aisyah. Mereka bangkit lalu berlari-lari anak dan kemudian memeluknya.
"Alhamdulillah." Ucap Hanie dan Aineen serentak kemudian menoleh ke arah Yazmin dan Niysa yang masih belum sedarkan diri.
"Nampaknya, kita kena tunggu lagi empat minggu. Setiap seorang, pasti akan sedar dua minggu selepasnya. Hmmm... Mengikut kekuatan masing-masinglah untuk memerangi kesakitan dalaman." Ulas Aineen sambil menggaru kepalanya. Hanie dan Aisyah pula hanya tersengih.
Aisyah bergerak lalu cuba untuk turun dari katilnya. "Saya ingin ke tandas." Pintanya lalu dibantu oleh Hanie dan Aineen.
*****
Mereka bertiga berbual rancak hingga ke petang. Masing-masing menceritakan kisah mereka setelah sedar kepada Aisyah. Aisyah yang berasa terhibur ketawa gembira.
Krek~
Pintu terbuka dan terjengul tiga kepala di muka pintu.
"Eh, kak Umi dan kak Syahirah. Oh, Maya ada juga. Silakan masuk!" Ajak Aisyah sambil tersenyum.
"Wah, Aisyah dah sedarlah. Alhamdulillah..." Ucap Umi setelah melangkah masuk. Syahirah pula mengangguk-angguk.
Hanie menoleh ke arah Maya. "Mana Fazli?" Soalnya.
Maya menjongketkan bahunya. "Entahlah, awak. E'eh, tak nak tanya mana Ahnaf ke?" Soalnya dengan senyuman nakal.
Wajah blur ditayangkan Hani. Sungguh dia bosan dengan usikan-usikan yang diberikan oleh sahabat-sahabatnya. Dia hanya menggelengkan kepala kerana sudah biasa dengan perkara yang melibatkan jejaka itu.
Sebuah bakul yang dipenuhi buah diletakkan ke atas meja berdekatan oleh Syahirah. Hanie dan Aineen saling berpandangan.
"Alah... Asyik buah je." Keluh mereka berdua.
"Eh, orang bagi bersyukurlah. Nanti saya bawa bunga pula, ya." Ujar Maya sambil memberi jelingan.
"Alah, tak boleh makan." Keluh Aineen lagi.
Maya merengus. "Ha, tulah. Orang kata kena bersyukur."
"Dah, dah. Saya lapar ni, nak makan buah. Bising-bising nanti saya makan kalian pula." Tegur Aisyah yang berasa rimas.
Bam!
Pintu bilik bergegar dengan sendirinya setelah bunyi dentuman yang kuat kedengaran.
"Apa tu?"
Fazli muncul di balik pintu manakala Ahnaf pula kelihatan sedang terbaring di atas lantai.
"Dah kenapa dengan mamat tu?" Soal Aisyah dengan sebiji epal di tangan.
Tawa kecil dilepaskan oleh Fazli sebelum berkata. "Dia tu ha, tak sabar-sabar nak ziarah sampai terlanggar pintu."
"Ahnaf, awak ni dah kenapa? Dari hari tu asyik buat masalah je." Marah Aineen lalu mereka semua yang berada di situ menggeleng kesal.
Hanie memalingkan wajah. "Ya Allah, kenapalah aku dijodohkan dengan orang yang sebegini." Bisiknya dalam hati."
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sihir dan Jampi
FantasíaAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehingga suatu hari, pelindung yang berada di sekeliling bangunan akademi tersebut kehilangan cahayanya. Ini bermak...