Bab 15

2K 198 9
                                    

"Jadi, kalau nak hasilkan kubah pelindung itu semula, kita perlukan lima orang yang mempunyai kelebihan yang berlainan." Ujar Niysa sambil mengusap dagunya.

Hanie menggelengkan kepala dengan laju. "Baca ini, ia kata, perkara ini telah terjadi sebelum kita lahir lagi. Kelima-lima ustaz tersebut pengsan setelah berjaya mendirikan kubah pelindung itu." Tukasnya sambil menuding ke satu baris ayat yang berada di dalam buku itu.

"Tapi demi sekolah dan agama, kita harus lakukannya!" Kata Aisyah dengan bersemangat.

Yazmin menongkat dagu. "Kenapa mesti kita? Orang yang lain tidak ada?"

"Kakak sekalian kan pelajar-pelajar contoh di sini. Pastilah kalian yang harus melakukannya!" Damiya muncul secara tiba-tiba di sisi Maya.

Mereka berenam terdiam. Masing-masing melihat ke arah gadis itu.

Aineen menarik sebuah kerusi daripada meja sebelah lalu meletakkannya di sampingnya dan Hanie. "Kamu ini, macam tahu segalanya. Damiya, mari duduk sini." Ajaknya sambil menepuk permukaan kerusi itu.

Damiya berlari ke sebelah Aineen. Sebaik sahaja gadis itu melabuhkan punggung di atas kerusi itu, perasaan syak wasangka mula terbit di benak masing-masing.

Damiya dapat merasakan aura yang tidak senang. Dia memandang kenam-enam gadis yang berada di hadapannya kini dengan senyuman. "Errr... Kenapa dengan kakak semua ni?"

"Tak ada apa-apalah, Damiya. Biarkah saja mereka itu." Balas Yazmin dengan segera. Kemudian, mereka berenam mula berbual antara satu sama lain dan membiarkan Damiya.

Keadaan menjadi senyap kerana mereka tidak sedar bahawa waktu rehat telah pun tamat.

Damiya menyelak setiap helaian buku besar tersebut dengan pantas. Dia kelihatan takjub dengan kandungan buku tersebut.

Secara tiba-tiba, satu asap hitam memenuhi ruang tersebut. Aineen, Hanie, Aisyah, Maya dan Yazmin sudah mula terbatuk-batuk. Niysa yang sedar akan keadaan itu menarik kawan-kawannya sehingga mereka semua terjatuh daripada kerusi.

"Allahuakbar!" Jerit mereka dengan serentak sebaik sahaja selamat mendarat ke lantai.

"Jangan dekat dengan asap itu. Bahaya!" Jerit Niysa.

"Damiya? Mana Damiya? Damiya? Damiya! Damiya!" Laung Hanie dan Aineen. Mereka tidak dapat melihat apa-apa akibat asap yang tebal. 

Aisyah dan Yazmin memegang bahu Aineen dan Hanie. Mereka menahan sahabat-sahabatnya daripada pengsan.

"Jangan pejam mata. Jangan!" Marah Aisyah agar sahabat-sahabatnya itu dapat mengekalkan kekuatan diri.

Lama kelamaan, asap tersebut hilang dan membentuk satu tubuh yang tidak dikenali. Seorang wanita yang jelita sedang duduk di atas kerusi sambil menyilangkan kakinya.

"Mana Damiya?" Tanya Yazmin dengan wajah bengis.

"Damiya? Hahahaha... Siapa Damiya?" Soal wanita itu sambil ketawa dengan gaya sopan.

Niysa tersentak. "Si- Siapa kau?" Soalnya sambil berdiri di hadapan sahabat-sahabatnya. Maya pula telah diberi peluang untuk melarikan diri ke tingkat atas perpustakaan dan mencari jalan keluar di sana. Dia turut diarahkan bagi mencari pertolongan.

"Aku? Akulah Xyphea Cressent. Ahli sihir yang paling kuat di sini dan bakal menguasai Akademi Dary!" Katanya diselangi ketawa jahat. Kelima-lima gadis itu menarik nafas bising.

"So long, girls." Ujar Xyphea Cressent sambil melambaikan tangannya. Tongkat kepunyaannya diambil lalu dia hilang bersama kepulan asap putih.

Niysa, Yazmin, Aisyah, Hanie dan Aineen berdiri lalu memandang satu sama lain. Apa yang penting sekarang ini adalah melarikan diri terlebih dahulu.

Swoosh~

Akademi Dary : Sihir dan JampiWhere stories live. Discover now