Aeisyah, Hanie, Aineen dan Niysa berdiam diri. Masing-masing mengelilingi katil Yazmin yang masih belum sedarkan diri.
Mereka mengeluh perlahan. Denyutan jantung Yazmin yang dikatakan semakin lemah membuatkan mereka pasrah.
Sudah dua bulan mereka menunggu Yazmin untuk sedar selepas sedarnya Niysa. Setiap hari, mereka akan membacakan Al-Fatihah untuk sahabat mereka yang belum sedar itu.
"Kalian rasa, Yazmin akan sedarkah?" Soal Aineen sambil menongkat dagunya di sisi Yazmin.
"Ish, jangan cakap macam tu, Aineen. Dia kuat! Dia pasti akan sedar!" Ujar Aisyah sambil menahan air matanya daripada tumpah.
Niysa mengangguk perlahan. "Ya, benar. Kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah."
"Hanie, apa yang awak buat?" Soal Aineen kepada Hanie yang sedari tadi merenung tangan Yazmin.
Keasyikan Hanie terganggu lalu dia segera berpaling ke arah Aineen. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Peluang dia untuk hidup tidak tipis langsung. Walaupun mata saya kabur, tali jodoh dia... Masih jauh! Maksudnya, dia akan hidup lama!" Dia cuba meyakinkan sahabat-sahabatnya.
"Yalah, kita harus tunggu." Kata Aisyah sambil menganggukkan kepalanya.
"Saya dah lama nak tanya, kalian semua tidak boleh nampak dengan jelas juga ya?" Tanya Niysa.
Semua menganggukkan kepala dengan perlahan.
"Agaknya, kenapa ya?"
"Saya rasa sebab deria keenam kita semua berdasarkan penglihatan. Contohnya, saya boleh 'melihat' tali jodoh seseorang. Aineen pula boleh 'melihat' masa hadapan seseorang. Aisyah pula boleh 'melihat masa lampau sesuatu barang dan Niysa boleh 'melihat' makhlus ghaib. Sebab itu, penglihatan kita yang terganggu." Jelas Hanie berdasarkan spekulasinya.
Riak terkejut ditunjukkan oleh sahabat-sahabatnya sebelum anggukan kepala menyusul.
"Assalamualaikum."
Keempat-empat sahabat itu berpaling ke arah pintu bilik. Kelihatan Umi, Syahirah, Maya, Hana dan Hanani berada di muka pintu. Tidak lupa juga Ahnaf, Fazli dan Hanif.
"Waalaikumussalam-"
Secara tiba-tiba, Hanie, Niysa, Aisyah dan Aineen berpandangan sesama sendiri.
"Suara siapa tu?" Soal Aisyah. "Setahu saya, kita berempat je yang jawab salam tadi." Sambungnya lagi.
Niysa menoleh ke arah Yazmin yang masih terbaring dengan mata yang tertutup.
"Yazmin?"
"Ya?"
Mereka semua menarik nafas bising. Walaupun matanya terpejam, Yazmin masih mampu untuk menjawab soalan yang ditanyakan.
"Awak sedar?"
"Saya- Saya tak boleh buka mata." Balas Yazmin yang kelihatan seperti seorang yang belum sedarkan diri.
Keempat-empat gadis itu mendekati Yazmin. Niysa memegang kepala Yazmin, Aisyah dan Aineen memegang tangan Yazmin manakala Hani pula hanya melihat.
Mereka mula membaca beberapa ayat dalam bahasa arab. Sebenarnya, mereka hanya membaca doa agar Allah memberikan Yazmin kekuatan.
Beberapa saat kemudian, Yazmin mula mengerutkan dahinya dan matanya pula terkelip-kelip perlahan.
"Alhamdulillah." Ucap mereka semua yang berada di situ.
"Yeay! Kak Yazmin sudah sedar!" Kata Hana, Hanani dan Hanif serentak. Mereka melonjak gembira.
YOU ARE READING
Akademi Dary : Sihir dan Jampi
FantasiAkademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehingga suatu hari, pelindung yang berada di sekeliling bangunan akademi tersebut kehilangan cahayanya. Ini bermak...