Bab 35

45 1 0
                                    

Bella pov*

"Pergi mana tadi..??" tanya satu suara..aku terus menoleh

"Eh abang...awal abang balik.." tanya aku kepada Nik yang sedari tadi memandang aku yang baru saja masuk dalam rumah

"Saja balik awal..rindu dekat sayang.." ujar Nik dengan suara manja sambil mendekati aku

"Ouhh..Tadi sayang pergi kedai buku dengan Nina.." jawab aku

"So,mana buku nya." Nik menjongketkan kening

"Takde yang berkenan lah.." Aku hanya tersengih menayangkan gigi

"Ada ada je lah sayang ni..dah pergi mandi..bucukk.." ujar Nik sambil menutup hidung

"Mana ada busuk lah..." Aku menjulingkan mata dan berlalu ke bilik...haihh kalau lah dia tahu aku berjumpa Daniel tadi,masak aku😢

----------

Bella pov*

"Sayang..."panggil Nik

"Em yaa."

"Abang nak tanya sikit boleh?"tanya Nik

Haa sudah apa pulak dia nak tanya

"Err tanya lah."aku menjawab agak perlahan

"Sayang dengan Daniel masih ade apa apa??"tanya Nik..wajahnya tenang...haihh handsome pulak aku tengok..hahah😂

"Abang tanya soalan apa ni...of course lah sayang takde apa apa dengan dia...."jawab aku

"Betul ke?"tanya Nik masih mahu kepastian

"Betul lah...ni kenapa tiba tiba abang soalan macam ni?"tanya aku pulak

"Takde apa..."Nik hanya tersenyum

Nik pov*

"Kenapa aku still tak puas hati dengan jawapan tu ye...hish yang aku merapu ni.."omel aku sendirian

"Abang okey tak ni?"tanya Bella kepada aku...sebab aku senyum je kot...hahah

"Nothing sayang...dah jom tidur...abang ada meeting esok.."ujar aku kepada dia

"Iye okey.."

-----------

Keesokannya....

Bella pov*

Masih terngiang ngiang soalan Nik semalam....dia tahu ke aku ade keluar dengan Daniel?..hmm
Hishh jangan mengarut lah Bella oii...

"Bella..."sergah Nina...aduh minah ni...suka main sergah sergah

"Salam mana kak..."perli aku...hahah padan muka

"Assalamualaikum sahabatku yang tersayang..."Ucap Nina tersengih

"Waalaikummussalam....haa cam tu lah...ni tak main sergah je.."bebel aku...ishh sejak bila lah aku pandai membebel ni...macam makcik pulak

"Dah tu aku panggil kau buat tak tau je....sergah jelah...hahaha"Nina menyambung ketawa....kecik besar kecik je..nasib anak orang kalau anak biawak dah lama aku cekik cekik

"Dah lah...aku ada kelas...malas layan kau..."aku terus beredar...

"Eh tunggulah...hahaha"Nina mengejarku....

Bersambung.....

Hye sorry guys lama tak update...😢

Nah author update chapter baru...sorry kalau hambar...first try😂

Teruskan baca and vote kay readers kesayangan sekalian💕🌸🌹

"Masih Mencintaimu"Where stories live. Discover now