"Abang rindukan sayang."itu yang diucapkan Nik.Ya,dia terlalu rindukan wanita itu
Bella agak terkejut dengan kelakuan dan ucapan Nik serta merta berpusing menghadap Nik.Dia memandang mata Nik sedalam-dalam nya.inginkan kepastian
"A..aww..awak,bukan awak hilang ingatan?"bergetar suaranya menahan esakan
"Tak sayang.Abang tak hilang ingatan pun."ada nada kekesalan di situ.Tapi,dia harus berterus-terang
"Awak tipu saya kan."Mata Bella mula berkaca-kaca
"Sini.Ikut abang."Nik menarik Bella untuk duduk di katil.Dia mahu menjelaskan segala-galanya.Dia tak mahu berselindung lagi
flashback......
"Syukurlah kau tak apa-apa."ujar doktor Amir yang merupakan kawan lama Nik
"Amir,aku nak mintak tolong boleh?"tanya Nik
"Apa dia?"
"Cakap kat diorang yang aku hilang ingatan.Aku just nak tahu isi hati isteri aku.Please! "Pinta Nik
"Ye lah.Aku tolong tapi,kali ni je."doktor Amir setuju lalu keluar dari wad yang menempatkan Nik...
end of flashback......
"Pertama sekali,abang nak mintak maaf dengan sayang sebab abang tipu sayang.tapi...tapi,ada sebab.."ujar Nik
"Sebab apa?"air maya Bella mula mengalir.Seakan diperbodohkan
"Abang nak tahu,sejauh mana keikhlasan sayang.Abang tertanya-tanya,adakah sayang ikhlas terima abang ataupun sebab perjanjian tu..."Nik terhenti seketika.Mencari nafas.Terasa nak menangis!
"Abang hanya nak tahu is hati sayang."Ujar Nik sambil merenung mata Bella yang dibasahi air mata
"Awak,saya tak pernah pura-pura untuk jaga awak.Ini semua sebab..."Bella terhenti.Tak sanggup nak luahkan
"Sebab apa sayang?"
"Sebab..saya..dah mula sayangkan awak."bergetar suaranya berselang dengan esakan kecil
"Abang pun sayangkan sayang.Abang cintakan sayang.Abang akan jaga sayang macam mana abang jaga nyawa abang sendiri.Satu lagi,pasal perjanjian tu kita lupakan je lah eh?Ujar Nik lalu mendakap erat isterinya...Bella hanya mengangguk
Bella membalas pelukan itu.Air matanya terlalu degil.sudah ditahan tapi,tetap keluar.
"Mulai harini,sayang pindah bilik abang ye?"arah Nik.Bella hanya mengangguk
"Dah lah,tak yah nangis.Tak comel lah isteri abang kalau nangis."ujar Nik sambil mengelap air mata Bella menggunakan ibu jarinya.
"Saya kan memang tak comel."bidas Bella
"Eh,comel lah.Bak bidadari dari syurga."Nik tersenyum menggoda.
"Eleh,ye lah tu."Bella memuncungkan bibirnya tanda protes
"Sayang jangan buat macam tu.Nanti abang tak dapat tahan,sayang tak keluar bilik ni nanti."ugut Nik dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Takpe lah,saya masuk bilik dulu.good night. "Bella terus keluar dari bilik Nik.Boleh jadi gila duduk dalam tu.Dari luar dia boleh mendengar suara Nik yang ketawakan dia.Huh...
Tanpa sedar Bella mengukir senyuman...
bersambung......
*HAI GUYS!!!AMACAM SWEET TAK CHAPTER NI?TAKKAN?HAHAH DAH TAU.AKHIRNYA NIK DAH TAU YANG BELLA CINTAKAN DIA.HUH GILA TAK HAPPY.
TERUSKAN MEMBACA DAN VOTE OKAY!*^▁^*
YOU ARE READING
"Masih Mencintaimu"
Romance'Nurul Nabella-Gadis yang comel,memiliki wajah yang cantik dan putih...Berambut perang.Lahir dari golongan berada.Tetapi mempunyai kisah silam dan membenci seorang lelaki 'Tengku Nik Farish-Jejaka yang kacak,memiliki wajah ala-ala artis korea.Perama...