Hari ini sudah genap 5 bulan aku mengajar di sekolah di Ipoh ini.walaupun sukar untuk aku mengadaptasi cara kehidupan rakyat Perak,aku seronok mengajar pucuk-pucuk muda ini ilmu yang baharu.
Sebagai guru matematik tingkatan 3 & 4 serta guru sejarah tingkatan 6,aku seperti kawan-kawan pelajar aku kerana perbezaan umur yang tidak ketara.
'kasih jangan jangan kau pergi,jangan pernah meninggalkan aku sendiri.....' nada dering telefonku berbunyi.
Terlihat di skin telefon terpampang nama papa.
"Assalamualaikum papa,ada apa?"
"Yeye,nanti Farah fikirkanlah."
"Baik,waalaikummussalam."
Permintaan papa supaya pertimbangkan hasrat dia beberapa bulan lepas amat sukar untuk aku lakukan.
Bernikah dengan si pria yang baru berusia 16 tahun memang tidak dapat aku lakukan.
Dia bukanlah jenis lelaki yang aku idamkan.Dia tidak sesuai untukku yang boleh dikatakan sebagai kakak untuk dia.
Aku tidak suka dengan apa yang papa mahukan ini.Mama pula seperti tidak kisah bermenantukan seorang budak yang baru kenal erti berumah tangga.
Apakah dia sudah sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan seterusnya sebagai bapa?Bapa?waohh.Aku tak sedia lagi untuk mengandung dan beranak.Tolonglah.Aku masih mahu hidup dan tidak dibebankan dengan semua benda berkaitan bayi.Aku tidak sedia.
Aku mesti selesaikan hal ini secepat mungkin sebelum aku menjadi isteri seseorang cuti yang akan datang.
YOU ARE READING
Suamiku Pelajarku
RomanceDia akan jadi suami aku? Macam takda lelaki lain kat dunia ini?Yang buat aku geram betul dengan dia yang langsung tak kisah yang bahawa dia akan bernikah dengan perempuan yang lapan tahun lagi tua daripada dia. Bahagiakah aku dengan dia?