Bab 6

12.4K 242 4
                                    

"Masuklah",perlawaku terhadap tetamu secara mengejut ini.

"Cantik rumah anak mama ini.Bersih dan kemas.Bagus.Macam inilah perangai anak mama."Puji mama ikhlas.

Mama dan papa datang daripada Melaka secara mengejut dan aku amat pasti bahawa ini semua berkenaan dengan lelaki yang bernama Hakim Lawson itu.

Tempoh hari mama menelefonku dan berborak mengenai lelaki yang berketurunan Melayu-Inggeris itu.Mama memuji segalanya tentang dia.Dia kacaklah,dia tinggilah,dia putihlah dan dia segalanya.Muak aku mendengar pujian mama mengenai lelaki itu.

Mama dan papa kusuruh untuk berehat dahulu memandangkan perjalanan mereka dari Melaka memang memenatkan.

Aku yang kasihan melihat mereka bersusah payah datang menjengukku terus menghidangkan air sejuk yang tersimpan di dalam peti ais.Selepas menghidangkan air buat mereka,aku terus mengemas bilik untuk mama dan papa berehat.

Malam itu papa dan mama berbincang segalanya mengenaiku tetapi tidak menyentuh mengenai perancangan perkahwinan mengejut buatku.Aku hairan tetapi aku tidak bertanya apa-apa supaya aku tidak perlu berkahwin dengan Mat Saleh Celup itu.

Mama seperti tidak sabar menanti hari esok kerana papa berjanji untuk membawa mama berjalan disekitar Ipoh untuk mencuci mata.Papa tidak kisah kerana papa tahu selok-belok di Ipoh dengan arif kerana papa pernah bekerja di sekitar Ipoh setahun lalu.

Esok,aku mahu memulakan rancangan Pintar Math dengan 4 Siswa A.

Tahulah nasib mereka esok.

Suamiku PelajarkuWhere stories live. Discover now