Hakim,Hakim,Hakim.
Macam tiada lelaki lain yang mama hendak cakapkan sejak mama berjumpa aku petang tadi.Aku ingatkan mama sudah lupakan tentang mat saleh celup itu.Tetapi,aku silap,mama sengaja hendak menyeksa mental aku dengan sengaja membuat aku fikir bahawa rancangan nikah paksa itu tidak jadi.
Haish,patutnya aku tahu pasal itu.Mama memang bijak.
Siaran Transformer yang disiarkan di kaca televisyen langsung tidak menarik perhatianku.Aku runsing.Esok pengetua telah bersetuju untuk melihat teknik pengajaran Pintar Math yang aku rancangkan.Desakan mama untuk aku memikirkan cadangannya secepat mungkin,amat mengganggu fikiran.Aku pening.Kenapa semua ini berlaku terhadap aku?Aku masih mahu menikmati kehidupan bujangku.Aku belum lakukan banyak lagi perkara yang patut aku lakukan sebelum aku berusia 30 tahun.
Peluh menitik daripada wajahku.Program Pintar Math yang sedang aku jalankan dihadapan tuan pengetua dan guru-guru penolong kanan amat mengerikanku.Aku gentar.Bagaimana jika program ini tidak berhasil?Apa akan terjadi jika 4 Siswa A langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan?Matilah aku!
YOU ARE READING
Suamiku Pelajarku
RomanceDia akan jadi suami aku? Macam takda lelaki lain kat dunia ini?Yang buat aku geram betul dengan dia yang langsung tak kisah yang bahawa dia akan bernikah dengan perempuan yang lapan tahun lagi tua daripada dia. Bahagiakah aku dengan dia?