Aku pulang ke rumah dan bersiap-sedia untuk mengikut mama membeli barangan dapur.Pelbagai benda yang digapai mama dan aku pulang dengan bonet yang penuh dengan kelengkapan harian dan makanan.
Mama berkata,itu semua untukku hadiah daripada mama dan papa.Mama suka aku untuk memasak sendiri berbanding dengan membeli makanan daripada luar.
Mama meneruskan usahanya memasak Ketam Goreng Berlada,kuah Masak Lemak Ikan Patin,kuah Ayam Masak Merah,sayur mayur,dan membuat puding coklat.
Aku ingatkan mama akan memasak makanan kegemaranku iaitu Sambal Goreng Ayam Cili Api Garing,tapi tidak.
Mama sambil memasak telah menasihatkan aku supaya terus berusaha gigih sebagai tenaga pengajar kerana menjadi seorang guru amat sukar tatkala negara ini sedang mengorak langkah menjadi negara maju kelak.Para guru perlu berusaha keras mendidik bakal modal insan negara ini supaya negara ini tidak mundur dan dijajah kembali.
Aku yang malas mendengar bebelan mama terus mengiyakan percakapannya dan terus ke bilik dengan alasan hendak menanda buku latihan pelajarku.
Ah,mama memang,suka sahaja bercakap.Kalau aku biarkan hal itu berterusan,mama mesti sudah bercerita tentang masalah dunia.Mama memang lebih banyak bercakap daripada papa.Tetapi papa lebih tegas daripada mama.
Azan maghrib berkumandang.Aku bersiap sedia untuk berjemaah bersama keluarga dan makan malam bersama.
YOU ARE READING
Suamiku Pelajarku
RomanceDia akan jadi suami aku? Macam takda lelaki lain kat dunia ini?Yang buat aku geram betul dengan dia yang langsung tak kisah yang bahawa dia akan bernikah dengan perempuan yang lapan tahun lagi tua daripada dia. Bahagiakah aku dengan dia?