"Papa fikir sudah masanya kamu bernikah Farah,"kata papa lembut sewaktu kami sedang minum petang pada hari Sabtu di rumah papa di Melaka.Aku sedang bercuti ketika itu seiring dengan cuti pertengahan penggal pertama persekolahan."Betul kata papa kamu.Mama teringin hendak menimang cucu.Sudahlah kami hanya ada seorang je anak,"tambah mama seperti tidak mahu menyokong aku.
Aku yang degil terus membantah.
"Pa,Farah baru sebulan bekerja sebagai guru.Takkanlah sudah hendak disuruh berkahwin!Farah tak sedia lagi.Hidup Farah kat Ipoh pun masih ditanggung papa.Sekurang-kurangnya bagilah Farah beli harta Farah dulu,"bantahku.
"Takda alasan.Papa dengan mama dah putuskan bahawa kamu akan bernikah juga.Rasanya cuti pertengahan tahun nanti memang sesuai,"kata papa.
"Biar betul papa!Cepatnya!Farah tak setuju.Farah sendiri yang akan tentukan kehidupan Farah,bukan papa!,"bentakku lantas meninggalkan papa dan mama dan menuju ke bilikku.
YOU ARE READING
Suamiku Pelajarku
RomansDia akan jadi suami aku? Macam takda lelaki lain kat dunia ini?Yang buat aku geram betul dengan dia yang langsung tak kisah yang bahawa dia akan bernikah dengan perempuan yang lapan tahun lagi tua daripada dia. Bahagiakah aku dengan dia?