Pengetua tersenyum ketika berjalan keluar daripada kelas 4 Siswa A.Aku tidak pasti sama ada senyuman itu beerti kejayaan atau sindiran.Aku gusar.
4 Siswa A kelihatan teruja dengan teknik pengajaran baharuku terutama sewaktu memahami tajuk Probability.Sebelum beredar,pengetua menyarankan aku untuk membuat kuiz untuk menguji kefahaman para pelajar selepas didedahkan dengan pengajaran berasaskan program Pintar Maths aku.Aku bersetuju dan berpendapat bahawa itu adalah satu cadangan yang bernas.
Aku melangkah kepenatan ke bilik guru selepas penat mengajar Sejarah di kelas 6 Siswa B.Bunyi beep kedengaran semasa aku duduk di tempatku.
Aku melihat ada pesanan ringkas Whatsapp daripada mamaku berkata aku perlu pulang awal hari ini.
Mama ingin mengajakku ke pasar untuk mencari beberapa bahan untuk dijadikan lauk makan malam.
Aku terus bersetuju tanpa bantahan kerana teringin memakan masakan istimewa mama kerana mama amat teruja mengajakku keluar hari ini.Pasti mama hendak memasak makanan kegemaranku.
Selepas membalas Whatsapp mama,aku mengambil beberapa buah buku latihan pelajarku dan mula menanda buku-buku tersebut.
YOU ARE READING
Suamiku Pelajarku
RomansaDia akan jadi suami aku? Macam takda lelaki lain kat dunia ini?Yang buat aku geram betul dengan dia yang langsung tak kisah yang bahawa dia akan bernikah dengan perempuan yang lapan tahun lagi tua daripada dia. Bahagiakah aku dengan dia?