Bab 10

12K 233 5
                                    

Hidup tak selalunya sempurna.Mimpi tak selalunya indah.Aku dikejutkan dengan suasana yang sungguh asing bagi diriku.Aku seperti berada didunia yang sungguh berbeza.Kelihatan ramai orang mengelilingi sesuatu yang diriku sendiri tidak pasti apa bendanya.Aku melangkahkan kakiku kearah golongan tersebut dan kedengaran bunyi muzik teramat meriah disekelilingku.Muzik itu memang amat serasi dalam kehidupan orang Melayu Malaysia.

Itukan lagu Selamat Pengantin Baru!Siapakah yang sedang melangsungkan perkahwinan?Setahu aku,tiada kaum kerabatku yang akan berkahwin dalam waktu yang terdekat ini.Aku yang penuh dengan perasaan ingin tahu terus melangkah dengan lebih dekat lagi untuk melihat merpati dua sejoli diatas perlamin yang dihias dengan begitu indah sekali.

Wajah mempelai yang masih samar-samar menjadikan langkahku semakin pantas.

Ramai orang bertepuk tangan apabila pasangan itu direnjis mawar dan ditabur beras sebagai simbolik mendoakan pasangan dirahmati rezeki yang melimpah ruah.Wajah pengantin itu semakin kelihatan.

Aku terkejut dan terperanjat melihat pengantin perempuan yang sedang bersanding megah itu adalah AKU!

Tidak mungkin aku telah berkahwin.Tetapi dengan siapa?Bagaimana aku boleh kelihatan sungguh gembira diatas pelamin itu?Aku langsung tidak puas hati.Aku mengorakkan lagi langkahku.

Aku cuba untuk melihat wajah pengantin lelaki tetapi aku dilanggar oleh seseorang.Aku terjatuh.

Aku kesakitan.Kepalaku pening dan penglihatanku kabur.Aku pegang kepalaku dan cuba untuk bangun.Satu tangan dihulur kearahku berniat untuk membantuku.Aku menolak perlawaan itu kerana daripada bentuk badan orang yang hendak membantuku,dia adalah seorang lelaki.Haram bagiku menyentuh tangannya kerana dia mungkin ajnabiku.Aku tidak pasti siapa lelaki itu kerana aku tidak dapat melihat mukanya.

Aku yang dalam kesakitan bangun dan membersihkan debu di tubuhku.Aku mengibas kekotoran tersebut kerana aku benci akan kekotoran.

Aku mula mencari-cari lelaki yang cuba membantuku tetapi tidak kelihatan.

Kemudian aku terdengar suara yang memanggil namaku.Aku mencari insan yang memanggilku.Tiada sesiapa yang memanggilku.

"Ah,biarlah",getus hatiku.Aku terus berpaling dan meneruskan niat asalku untuk melihat 'suamiku' yang diatas pelamin.

Suamiku PelajarkuWhere stories live. Discover now