Aku melangkah terus ke sebuah kelas dengan pantas.Aku geram melihat keputusan peperiksaan pelajar 4 Siswa A untuk subjek Matematik.
80% daripada 40 orang pelajar pelajar aku gagal dalam peperiksaan pertengahan tahun!
Yang menyedihkan,markah tertinggi adalah 53 markah dan tidak mencapai target aku iaitu markah tertinggi sepatutnya melebihi 90 markah.
Adakah aku telah meletak harapan yang terlalu tinggi terhadap mereka?
Gerak langkahku semakin laju.Akhirnya aku sampai di kelas tersebut.Mereka berbisik-bisik berkata tentang kertas yang sedang aku bawa bersama ketika memasuki kelas.
Ucapan hormat daripada kelas itu tidak dapat meredakan amarahku.
"Siaplah kamu semua!"getus hatiku.
Hari itu berlalu dengan aku memarahi kelas 4 Siswa A dan aku ditegur oleh tuan pengetua.
Aku kesal dengan diriku yang gagal mendidik anak muridku.Aku tekad,aku mesti lakukan sesuatu!
Aku memandu secara perlahan memasuki lorong untuk ke rumahku.Aku melihat ada sebiji kereta Proton Persona yang kukenali menunggu di hadapan rumah sewaku.
Aku mengeluh melihat kereta tersebut kerana tahu bahawa suatu lagi malapetaka menghampiriku.
Perlukah aku menghadapi semua ini tatkala aku masih perlukan masa untuk menyelesaikan masalah 4 Siswa A?
YOU ARE READING
Suamiku Pelajarku
RomanceDia akan jadi suami aku? Macam takda lelaki lain kat dunia ini?Yang buat aku geram betul dengan dia yang langsung tak kisah yang bahawa dia akan bernikah dengan perempuan yang lapan tahun lagi tua daripada dia. Bahagiakah aku dengan dia?