Part 1 ... Prolog

5.2K 104 77
                                    


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Harap-harap ada yang sudi baca kesah Faith dan Ainnura ni ye ... 

Psst : Sesudilah beri komen .... sebab Kak UN nak masukkan nama yang aktif beri komen tu dalam ruangan Dedikasi  novel , sebagai penghargaan untuk kalian yang rajin layan karya kak  yihaaaa...

Enjoysss....  prolog dulu ye , baru boleh faham nanti2.... 

PROLOG

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PROLOG

ENCIK Adnan campak segugus kunci ke atas meja . Marahnya masih membara. Sudah lama kes ini berlaku , tapi lamanya masa belum meredakan darjah kemarahan pada jiran selang dua buah rumah dari kediamamnya . Puan Ilah yang sedang duduk di sofa mengerling gelagat si suami. Faham sangat kenapa Encik Adnan terlalu beremosi. Dia pun sama. Apa yang dirasa suami , turut menganggu perasaanya. Encik Adnan bengang dan radang , Puan Ilah pun meruap-ruap juga. Marahnya sama naik .

Dua bulan yang lalu ,pergaduhan besar-besaran berlaku antara Encik Adnan suami isteri dengan Encik Fazlan dan isterinya , Puan Rohana. Puncanya , berebutkan beberapa ekar tanah . Tanah tu sepatutnya menjadi milik Encik Adnan . Dia sudahpun membayar duit pendahuluan beberapa ribu sebagai tanda jadi pada orang tengah. Alih-alih , Encik Fazlan yang dapat miliki tanah tu . Alasannya , Encik Fazlan sanggup bayar dengan harga lebih tinggi. Mana Encik Adnan tak marah. Dia dah lama mengidam tanah tu, sudah di dalam genggaman pun boleh kena caras.

Mengamuk sakan Encik Adnan . Dia heret Puan Ilah pergi serang rumah Encik Fazlan . Riuh rendah satu taman perumahan jadinya . Tambahan dua-dua lelaki tu jenis perengus dan banas baran. Buku bertemu ruas. Puan Ilah sama naik terjerit –jerau memaki . Puan Rohana tak berdiam diri, dia membalas segala makian juga, malah berlebih-lebih lagi. Habis segala isu diungkit sepanjang hidup berjiran.

Mujur ada jiran-jiran yang tak tahan dengar perbalahan yang bukan-bukan tu datang menenangkan keadaan . Dek kerana ada rasa malu yang masih bersisa, kedua-dua keluarga yang bergaduh bersurai. Namun dendam dan amarah masih melekat dalam hati masing-masing . Tak mungkin ada jalan untuk berdamai kembali.

Encik Adnan hempas punggungnya di sebelah Puan Ilah. Dia merengus marah. Tadi semasa perjalanan balik dia lalu kawasan tanah idamanya. Ternampak Encik Fazlan sedang meninjau-ninjau tanah yan baru menjadi haknya secara rasmi . Apa lagi , menyirap la darah Encik Adnan . Zupp naik ke kepala.

"Aku rasa nak pi bakaq saja tanah tu. Biaq padan muka Si Fazlan . Bongkak sangat gayanya."

Puan Ilah pandang muka suaminya. "Ilah pun rasa macam tu. Hangat hati tak dak dah bila bertembung dengan bini dia kat kedai. Berlagak , macam depa kaya raya , sebab tu boleh beli tanah mahai-mahai . Kita ni lekeh , nak beli tanah tapi bayaq ciput , sebab tu orang tak mau juai."

" Melampau betui la depa laki bini tu! Megah sangat dengan duit depa. Ingat boleh bawak masuk kuboq ka? " Rengus Encik Adnan , keras.

"Tulaah ... meluat tengok . Dengan emas sekerat lengan , goyang-goyang kat mata kita ni. Dari dulu lagi perangai menunjuk-nunjuk Si Rohana tu tak sudah-sudah !"

RINDU YANG TERLARANG ...Where stories live. Discover now