Part 4

2K 56 38
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


BAB 3

ESOKNYA , Puan Rohana dan suami boikot Faith habis-habisan . Sarapan pun tak ajak Faith. Selamba je suami isteri tu makan berdua. Bila Faith datang dengan muka sekupang nak makan bersama , dia orang buat derk je , seperti Faith tak wujud kat situ. Faith cuba untuk bertegur sapa , berbaik semula , yalah dia kan anak kenalah beralah . Tapi tetap tak dilayan .

Puan Rohana hanya bercakap dengan Encik Fazlan seorang . Sikit tak peduli Faith yang tercongok di hadapan mereka. Marah benar dia orang terhadap Faith. Ini memang kepakaran Puan Rohana dan Encik Fazlan . Mengiktiraf orang jadi musuh. Tapi Faith kan anak mereka sendiri , takkan Faith pun hendak dijadikan seteru juga?

Kedua-dua adik perempuan Faith, Fateha dan Fazira sedang belajar di kolej di Selangor. Jadi bila Faith diketepikan oleh mama dan ayahnya , dia terasa sangat terpinggir di rumah tu. Maklum selama ini , Faith ditatang bagai minyak yang penuh . Apa sahaja kehendaknya , semua ditunaikan. Malah Puan Rohana dan Encik Fazlan selalu berbangga dan memuji Faith di hadapan kawan-kawan mereka.

Sementelah Faith memang seorang anak yang baik dan bijak. Dia tak pernah buat sesuatu yang orang tuanya tak suka . Sehinggalah permintaan pelik Faith semalam. Manalah Puan Rohana dan Encik Fazlan tak terkejut besar ... punyalah ramai anak dara lawa-lawa dalam Malaysia ni , anak musuh ketat yang jauh sekangkang kera itu juga yang dipilih untuk dijadikan bini .

Faith ambil keputusan untuk balik Alor Setar awal. Nak pujuk lagi , rasa tak berguna kot, kedua orang tua dia masih panas. Takut nanti semakin membara anginya. Biar dia orang sejuk dulu, dia akan pujuk lagi kemudian. Tak perlu gesa-gesa .

Biasanya petang baru dia balik . Hari ni , pagi –pagi dah bersiap nak pergi . Acah-acah merajuk sebenarnya . Tetapi tetap tak dapat tarik perhatian mama dan ayahnya. Malah dapat amaran lagi sekali dari Encik Fazlan .

"Nak kahwin sekarang tak ada masalah , tapi dengan satu syarat ! Tak boleh dengan anak jahanam tu. Pilih la perempuan mana sekali pun kami tak kesah asal jangan anak dia orang!"

" Kalau sayang mama , putuskan saja hubungan dengan anak jebon tu ! Sampai mati pun mama tak restu kalau itu pilihan Faith!"

Terkedu Faith . Berubah mukanya. Putus dengan Ainnura? Mustahil untuk Faith lakukan. Boleh mati dia. Mama dan ayah tak tahu macam mana perasaanya. Tujuh tahun , hanya Ainnura tu saja dunianya . Walaupun berkawan secara sembunyi-sembunyi. Sehinggakan dia tak punya kawan rapat yang lain.

Faith pergi selepas menyalami tangan kedua orang tuanya. Itupun masing-masing macam enggan jer hendak bersalam dengan Faith. Marah benar masing-masing. Seiya sekata dan saling menyokong. Tak adapun bunyi salah seorang mahu membela Faith. Kasihan kau Faith...

RINDU YANG TERLARANG ...Where stories live. Discover now