Part 8

1.7K 48 31
                                    



"WELCOME to rumah pertama kita."

Ucap Faith sambil tarik tangan Ainnura ke dalam rumah sewa mereka. Rumah kos sederhana tiga bilik yang baru disewa , seminggu sebelum dia bernikah dengan Ainnura. Kelam kabut dia cari rumah bila tok wan dah confirm tarikh dia dan Ainnura boleh bernikah. Yalah , takkan nak bawa Ainnura tinggal di bilik kediaman bujangnya. Memang tak la.

"Sorry wak ... rumah kita tak lengkap lagi."

"Tak apa awak , janji awak ada ... dah lengkap dah semua!" Balas Ainnura manja.

Faith tergelak . "Amboi ... pandai!" Sambil cuit hidung Ainnura yang comel tu.

Ainnura pandang sekeliling . Memang tak ada apa-apapun di ruang tamu tu. Ada peti telivisyen je sebuah yang melekat kat dinding . Karpet sederhana besar , muat la untuk dua orang baring terdampar kat lantai . Itu saja barang rumah yang ada di ruang tamu . Ainnura tak kesah pun. Lagi senang dia nak menyapu. Maklumlah dia bukannya rajin sangat.

Faith tarik Ainnura untuk jengok bahagian dapur yang keluasannya comel saja. Situ lengkap sikit. Peti ais , dapur dua tungku , peralatan memasak serba sedikit semua ada. Tapi rasanya pinggan dua biji aje ada . Muk air pun nampak dua biji. Hehe, nak tergelak Ainnura. Dia kerling Faith . Faith sengih faham.

" Dua bijik cukup la... kita kan berdua jer . Pelan-pelan tambah kemudian..." Jawab Faith dengan ketawa-ketawa.

"Alaaa... Ain tak kesah la. Satu biji pun okey."

"Eh? Orang pun suka share share ni. Dah lama berangan tau, makan sepinggan, minum secawan , tidur sebantal...."

"Dah dah...Ain dah hafal semua dah , tak yah buat siaran ulangan lagi." Hmm...kalau tak dipotong cakap , Ainnura tahu apa yang akan disebut Faith seterusnya. Mandi sebilik , tidur satu selimut , bla, bla ... yang 18sx belaka. Mentang-mentang dah nikah ! Kemain lagi mulut Faith tu. Tak sangka selepas jadi suami , otak Faith banyak kuning. Ka tok wan yang ajar? Tok wan tu bukan boleh percaya sangat. Belakang Ainnura kemain ligat lagi.

Faith ketawa. "Jom kita orang bawa tengok bilik tidur kita pulak."

Serentak dengan tu , Faith sauk tubuh Ainnura dan mecempungnya menuju ke bilik. Apa lagi terjerit-jerit la Ainnura . Terkejut. Dengan tiba-tiba saja badan dia dah berada di awang-awangan.

"Heee...Jahat Faith ni!" Ainnura tampar dada Faith manja.

"Yang ni pun dah lama orang berangan nak buat. Tapi takkan nak buat kat rumah tok wan kan...." Faith angkat kening pandang muka Ainnura.

Faith baringkan tubuh Ainnura di atas katil bercadar putih . Ainnura memerhati sekeliling. Kagum dia. Bilik tidur ni lengkap sekali . Langsir yang cantik , katil yang lengkap dan kemas. Ada almari pakaian dan hiasan dalam bilik serba sedikit. Sebuah bilik yang cukup sempurna untuk mereka berdua. Kemudian mata Ainnura tertancap pada sebuah meja belajar kecil di sudut bilik .

"Meja untuk Ain belajar. Orang tau awak penakut , sebab tu orang letakkan dalam bilik ni. Jadi orang boleh temankan Ain belajar, tapi orang tidur la hahaha... "

Spontan Ainnura peluk dan cium pipi Faith . Lelaki ni memang sangat perihatin pada kehendaknya.

*************

RINDU YANG TERLARANG ...Where stories live. Discover now