Foto atas tu ... imaginas Kak UN bila Faith dah 30 an tau , bukan 25 seperti dalam bab-bab awal citer ni. So Faith semakin matang bila umur dia meningkat . Ia ke semakin matang ? Semakin nakal kot !Kisah dia orang ni panjang .... dari umur 20 an sampailah ke umur 30 lebih (Faith ) dan Ain pula dari umur 22 hingga 28-29 gitu .
BAB 2
HUJUNG minggu , Faith balik ke rumah keluarga di Sungai Petani. Balik dengan Ainnura semestinya. Faith pergi ambil Ainnura yang yang menyewa di Alor setar semasa latihan praktikal , kemudian memandu ke Sungai Petani. Faith ni mana reti nak balik rumah mamanya sorang-sorang . Tak pernah. Mesti kena angkut Ainnura sekali .
Jangan salah faham ye, bukan bawa balik ke rumah keluarganya . Mahu kena hambat dengan penyapu oleh Puan Rohana . Nasib tak baik kena baling dengan mangkuk sambal belacan kegemaran Encik Fazlan yang haw haw pedasnya. Ainnura akan balik ke rumah emak dialah. Mereka kan berjiran .
Cuma Ainnura tak berani nak turun kereta Faith di hadapan rumahnya . Turun jauh sikit, ambil masa sepuluh minit jugalah kena jalan. Faith tak suka , tapi dia pun tak mampu nak menahan. Daripada dua –dua emak terjerit-jerau marah , lebih baik mereka ambil langkah berhati-hati. Yang lebih sakit hati , kalau Ainnura kena marah dengan Puan Ilah. Tak sanggup Faith dengar. Kasihan kat buah hati kesayangAinya.
Selepas makan malam tu , Faith bagi tahu yang dia ada perkara yang hendak dibincangkan dengan mama dan ayahnya. Hairan juga Puan Rohana lihat. Anak lelaki yang selalu sengih dan senyum ni boleh bertukar jadi mat skema , bercakap macam tengah berurusan kat pejabat kerajaan . Puan Rohana dan Encik Azlan pun siap-siap tunggu di ruang tamu. Yalah , kedengaran macam penting benar. Saspen dan tertanya-tanyalah juga dia orang.
Sebelum beredar ke ruang tamu , Faith sempat telefon Ainnura . Nak ambil semangat . Dengar suara Ainnura yang lembut tu pun dah cukup untuk bagi dia kekuatan. Tahupun gentar kau Faith. Tapi kalau di hadapan Ainnura tunjuk macho sesaja.
"Hal apa yang penting sangat nak cakap dengan kami ni Faith ?" Tanya Encik Fazlan . Mata pandang ke arah si anak yang tunduk di sof hadapan.
"Faith nak tukar kereta baru ke? Mama sokong aje. Pesona tu dah lama dah , eloklah tukar. Vios ke, Honda City ke , dakpun CRV lagi grand , baru sesuai dengan anak mama yang segak ni. Mama boleh bagi deposit kalau Faith tak cukup duit."
Sampuk Puan Rohana sebelum Faith jawab apa-apa . Beriya-iya dia cakap. Selalu Puan Rohana desak Faith tukar kereta. Pesona yang Faith guna tu , kereta lama Encik Fazlan . Bagi pada Faith sejak dia masuk tahun satu di Universiti Utara Malaysia. Ni dah kerja dua tahun, masih pakai kereta buruk tu. Mana Puan Rohana tak bising . Malulah juga. Sepatutnya anak dia tu pakai kereta yang hebat la sikit. Kerja pun pangkat eksekutif . Tapi Faith ni degil. Katanya dia nak kumpul duit beli rumah sendiri. Cukuplah kereta yang ada . Selagi boleh jalan , tak banyak ragam , kenapa nak tukar. Geram tau. Puan Rohana nak tumpang naik pun segan!
YOU ARE READING
RINDU YANG TERLARANG ...
RomantikCinta sembunyi -sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah . Tidak mahu berdosa , Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia masih muda . "Jangan panggil kami mama dan ayah , kalau ada niat nak kahwin dengan keturunan lahanat...