Heheh... gambar di atas tu adalah Ain dan Faith dalam bayangan Kak UN . Korang boleh juga imagine rupa yang korang suka ... ikut suka hati / citarasa masing -masing . No heart / hot feeling ekeke....
Enjoys... dan jangan lupa tinggalkan jejak , nama korang sebab kak Un tengah kumpui nama untuk dimasukkan dalam ruangan dedikasi buku. Dah tak lama nak submit ni....
BAB 1
"KITA kahwin Ain?" Tanya Faith dengan suara ikhlas dan perlahan. Wajah Ainnura direnungnya tak berkedip. Sayangnya pada Ainnura tak dapat diluahkan dengan kata-kata lagi dah . Dia nak jadikan Ainnura sebagai kekasih halal dengan kadar segera.
Ainnura telan liur . Tak tahu nak jawab apa. Ikut hati memang nak kata 'ya' tanpa fikir apa-apa lagi dah , tapi akalnya yang waras menegah . Jadinya dia hanya diam terpaku . Membalas renungan Faith dengan pandangan kosong . Sedetik , dua detik ... beberapa detik berlalu , dia masih tak mampu nak jawab apa-apa.
"Orang serius ni awak..."
Ainnura tunduk . "Ain tahu..." , ujarnya perlahan. "Tapi tak ke cepat sangat wak ? Ain pun tak habis belajar lagi..."
"Boleh jer . Kahwin cepat lagi elok Ain...daripada kita selalu jumpa macam ni. Orang tak mahu , dosa tau ."
"Kita mana pernah pegang tangan... kat mana dosanya ?"
"Memang la tak pernah pegang-pegang , tapi mata orang ni selalu renung wajah Ain yang manis tu . Tiap kali jumpa makin bertambah dosa orang. Dah tujuh tahun kita kawan. Dah tak terhitung dosa orang kan? Tapi kalau kita kahwin , tiap kali pandang Ain , orang dapat pahala tau! " Jawab Faith, seiring dengan senyum dan mata nakalnya.
"Faith baru je kerja, Ain pula ada dua semester lagi nak kejar..."
"Masalah ke tu Ain?" Sekali lagi mata Ainnura ditatap dengan segala rasa kasih.
Ainnura mengeluh.
"Orang tau apa dalam hati Ain , itu bukan alasannya kan? Sebaliknya apa yang orang rasa , Ain pun rasa . Nak kita bersatu cepat , dan orang boleh jaga, boleh sayangi Ain siang malam , dua puluh empat jam. " Faith sengih-sengih di hujung katanya .
"Tapi Ain takut..."
"Dengan family kita?" Serkap Faith .
Perlahan Ainnura mengangguk . "Takut sejarah lama berulang ..."
" Ain jangan risaulah. Orang akan slow talk dengan dia orang. InsyaAllah semua akan okey. Niat kita baik kan ? Nak bina masjid, nak buat benda mulia , takkanlah dia orang nak halang kot?" Faith angkat-angkat kening .
YOU ARE READING
RINDU YANG TERLARANG ...
RomanceCinta sembunyi -sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah . Tidak mahu berdosa , Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia masih muda . "Jangan panggil kami mama dan ayah , kalau ada niat nak kahwin dengan keturunan lahanat...