Part 9

1.7K 47 42
                                    

Sorry ye Kak UN langkau 3 bab ....  kita baca bab 9-10 dalam buku ajelah . Yang dibawah ni sebenarnya bab 11 .

Happy reading walaupun Faith kena belasah .... salah dia juga yang lembik ngeee....

*************

KERETA Faith berhenti di tepi jalan berhampiran dengan rumah Encik Adnan. Yakin saja Faith menurunkan Ainnur di situ. Bukan lagi di perhentian bas yang perlukan masa sepuluh minit untuk jalan. Status Ainura dah bertukar kepada isteri , memang selayaknya dia dilayan dengan lebih baik dan adil berbanding sebelum ini. Siapa tak sayang bini oi!

Ainnura masih terpaku di kerusi sebelah . Diam tak berkutik. Faith mencari tangan Ainnura lalu digenggam erat seolah-olah ingin menyalur semangat dan keyakinan dirinya ke dalam tubuh Ainnura.

"Lepas orang settlekan dengan mama dan ayah , orang datang jumpa emak ayah dan ambil awak ya. Ain tak perlu cakap apa-apa dengan dia orang . Biar orang yang uruskan semua."

Ainnura angguk. Dia angkat tangan Faith ke atas dan dicium lama. Terasa berat bagi Ainnura untuk berpisah dengan Faith. Sejak mereka bernikah , tidak pernah satu malam pun mereka berjarak . Hati Ainnura terasa lain macam. Gelisah

"Ain minta maaf yea kalau ada dosa dengan Faith ."

Faith gelak . "Dosa apanya Ain? Kan setiap lepas solat orang dah maafkan awak jika terdosa sekali pun . Lagipun awak isteri yang baik , orang sangat bahagia hidup dengan awak. " Balas Faith. Lepas tu dia cium dahi si isteri.

"Ain takut la Faith ... " kata Ainnura perlahan dan macam nak menangis . Nampak sangat muka risaunya. Dari Alor Setar lagi dia tak boleh senyum . Puas Faith pujuk sepanjang jalan .

"Janganlah macam ni sayang. Kita kena yakin. Daripada fikir yang buruk- buruk , lebih baik Ain banyakkan zikir dan berdoa supaya urusan kita dipermudahkan Allah ..."

Perlahan Ainnura mendongak muka pandang wajah Faith . Mata bertatapan . Dua pasang mata berbicara hingga ke hati.

"Faith janji takkan tinggalkan Ain ya...walau apapun berlaku ." Mohon Ainnura dengan nada sayu.

"Iya wak...orang janji kita akan habiskan masa tua bersama , masing-masing boleh menatap rambut putih masing-masing , tengok anak-anak kita kahwin , timang cucu yang berdozen- dozen , lepas tu kita pi pusing satu dunia berdua aje ... walaupun masa tu lutut orang dah sakit, orang jalan pun dah bertongkat."

Sikit senyum tercalit di bibir Ainnura. Dia cubit peha Faith sekali. "Suka main- main tau. Ni perkara serius Faith. Seandainya orang tua kita nak pisahkan kita macam mana ?"

"Kesayangan orang ni la... Suka fikir yang negatif - negatif . Tak baik tau! Cer hala minda tu ke arah yang positif. Fikir yang baik- baik. Jangan fikir yang buruk- buruk. Macam doa juga segala apa yang ada di fikiran kita ni . Jadi kalau fikir yang baik- baik , bermakna kita mendoakan yang baik- baik wak ."

Usai Faith cakap , Ainnura terus sembam mukanya ke pangkal bahu Faith. "Ain sayang Faith sangat . Tak tahu macam mana Ain nak hidup kalau tak ada Faith ."

"Orang pun... Tapi kita tak boleh selama- lama hidup sembunyi macam ni . Kita kena kental hati sampai semuanya aman dan baik. "

Sekali lagi Ainnura mengangguk . " Baiklah. Ain akan ikut saja apa rancangan Faith . Ain tau you are my man . Faith memang akan selalu cuba yang terbaik untuk Ain."

Tersungging senyum manis di bibir Faith . Kembang dihargai si isteri yang disayangi.

Ainnura beri ciuman ke pipi Faith sekali , sebelum dia keluar kereta. "Good luck husband, do your best." Ucapnya manja.

RINDU YANG TERLARANG ...Where stories live. Discover now