Please take note dalam wattpad ni kak UN skip bab 4 tau ... dalam buku nanti adalah . Tak masukkan sebab takut korang boring .... asyik citer pasal gaduh2 mak-bapak jerk hukhuk .
Bab 5 ni muncul tok wan . Watak tok wan ni sgt happening , lawak dan happy go lucky orangnya .... nanti dalam buku , banyak kisah antara tok wan -ain - faith .
enjoyyy....
BAB 5
MATA Ainnura dah berair. Sebak mengenangkan nasib cinta dia dan Faith. Tak nampak jalannya lagi, melainkan putus. Tapi 'putus' tu adalah keputusan yang macam 'mati' untuk dia. Berpisah dengan Faith , bermakna matilah hidup dia. Dia tak sanggup. Emak dan ayah tak henti-henti mendesak dan mengugutnya supaya jangan berkawan dan berjumpa dengan Faith. Tertekan sangat. Dia mana boleh tak berjumpa dengan Faith. Mahu tak boleh buat semua kerja , asyik merindu lelaki tu.
"Dah la tu ... jangan nangis lagi. Dah dekat dua jam Ain nangis. Orang pun sedih juga . Tapi nangis tu tak selesaikan masalah kita Ain..."
Pujuk Faith yang duduk di kerusi pemandu. Sejak dua jam itu mereka tak keluar-keluar dari kereta. Parkir saja depan warung , tujuannya nak makan malam bersama , tapi lain pula yang jadi.
"Ain takut pertemuan ni jadi pertemuan terakhir kita Faith. Emak dan ayah dah semakin aggresif. Kalau boleh hari-hari dia orang nak mai Alor Setar ni , check Ain jumpa awak ke tidak. Ni... dengar sok sek sok sek dah pasang sepai pulak .Entah –entah esok lusa , upah body guard . Ain takut Faith. Ain tak mahu berpisah dengan Faith... " Adu Ainnura dengan sedu-sedu. Kejap cakap , kejap berhenti , lap air mata , sambung balik cakap.
Lama Faith berdiam diri, memikir. Dilihat saja Ainnura yang masih terus menangis teresak-esak . Belas sangat. Apalah pengakhiran nasib kisah cinta mereka. Tujuh tahun , susah payah mereka jaga dari diketahui keluarga masing –masing . Sebabnya, mereka nak mengelak dari kejadian seperti tengah berlaku sekarang inilah. Ancaman supaya hubungan mereka putus dengan segera. Tak ada tolak ansur! Dua-dua emak dan ayah masing-masing sama je naiknya. Keras dan tak bertimang rasa!
"Kita kena nikah cepat Ain. Bila dah ada ikatan , dia orang dah tak boleh buat apa-apa dah . Masa tu Ain dah jadi tanggung jawab orang . Itu saja jalan terbaik yang orang dapat fikir. Orang dah tak nampak cara lain untuk selamatkan hubungan kita."
"Tapi macam mana kita nak nikah kalau dia orang tak setuju? Faith nak ajak Ain kahwin lari kat Siam ka ?"
"Isk Ain ni ... kahwin lari tu , kasar sangat bunyinya...." Komen Faith dengan lembut , tak selesa dengan soalan Ainnura.
"Habis tu?"
"Rasa-rasa tok wan boleh tolong kita tak?" Faith membuka idea.
YOU ARE READING
RINDU YANG TERLARANG ...
RomanceCinta sembunyi -sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah . Tidak mahu berdosa , Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia masih muda . "Jangan panggil kami mama dan ayah , kalau ada niat nak kahwin dengan keturunan lahanat...