Kalau dalam buku nanti ... ni bab 14 yea.... kak UN langkau -langkau uploadnya . Sebelum ni ada kisah Ain dengan emak-bapaknya , dan bagaimana Faith jadi hero selamatkan Ain . Tapi tak naklah upload ... korang baca je dalam buku nanti na .
Kak UN upload bab ade tok wan ... sebab kak un suka watak tok wan ni . Harap hampa pun suka kat tok wan nanti .... satu watak yang sempoi , lawak tapi penuh kasih sayang ... luv tok wan so much !
**********
BAB 14
BERSERI-SERI wajah Ainnura bila lihat Faith berdiri di sisi kereta. Yalah seharian tak jumpa , rindunya tak tertanggung . Macam kata sorang pelakon wanita yang baru kahwin dan sedang viral tu, suami pergi bilik air pun rindu . Betul sangat tu . Rindu pada si suami tak pernah padam. Lain rasanya kalau rindu pada kekasih. Rindu pada suami ni getarannya lain macam tau! Nak cerita lebih-lebih pun tak reti , yang rasa je tahu. Tambahan hari ni Faith tak hantar makanan tengahari sebab kawan-kawan pejabat dah plan belanja dia makan. Hari ini hari terakhir dia buat praktikal di situ.
Faith pun sama , dari jauh sudah tersenyum manis pada si isteri. Matanya tak berkedip memandang Ainnura. Puas dapat menatap satu-satunya wajah yang seharian dirinduinya. Lagi-lagi dia berasa lega bila melihat Ainnura sihat dan selamat datang kepadanya. Jika berjauhan , dia selalu bimbang tentang keselamatan Ainnura. Takut juga Encik Fazlan atau Encik Adnan bertindak di luar pengetahuannya. Di hadapan mata , boleh la dia pertahankan Ainnura. Kalau di belakang? Itu yang selalu merisaukannya.
Faith bukakan pintu untuk Ainnura. Namun , belum sempat Ainnura masuk , dua orang lelaki rupa samseng menghampiri mereka minta kunci kereta. Faith cuba lawan , ingatkan perompak ke apa, tapi lelaki tu cakap Encik Fazlan yang suruh dia orang ambil kereta tu. Malah dia orang tunjuk bukti mesej dari Encik Fazlan. Faith nak kata apa lagi . Bagi sajalah. Dah memang kereta tu kereta ayahnya , tuannya dah minta balik , terpaksalah lepaskan. Dia tahu kenapa ayahnya bertindak begitu.
Faith hanya dapat memandang kereta tu pergi dengan hati yang sayu. Banyak jasa kereta tu pada dia dan Ainnura. Dari zaman belajar , sampailah dah kerja, itulah satu-satunya kenderaan yang dia ada. Pernah terniat untuk tukar kereta baru , tapi rancangannya untuk menikahi Ainura lagi penting. Takkan nak nikah Ainnura percuma begitu saja. Ainurah gadis baik. Jadi dia kumpul duit untuk kahwin terlebih dahulu Lepas tu baru plan untuk tukar kereta. Antara Ainnura dan kereta , dah tentu Faith pilih Ainnura!
"Tak ada kereta , kita boleh naik bas . Ain dah lama tak naik bas . Teringin pula nak naik. Tetambah bila dengan Faith." Ainnura memujuk . Dia sauk lengan Faith dan sandarkan kepalanya. Manja-manja gitu.
Faith senyum. Tenang. " Orang okey la Ain. Don't worry. Cuma orang kasihan wife orang je la. Terpaksa bersusah dengan orang." Balasnya lembut .
"Susah apanya... sikit pun tak rasa susah . Bagi Ain , asalkan ada Faith di sebelah dah cukup semua. Nanti kita sama-sama bina empayar kita sendiri . Lepas habis belajar , Ain akan bantu Faith . " Bisik Ainnura. Walaupun Faith nampak cool , tapi dia tahu yang hati Faith agak terkilan dengan cara orang tua mereka.
YOU ARE READING
RINDU YANG TERLARANG ...
RomanceCinta sembunyi -sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah . Tidak mahu berdosa , Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia masih muda . "Jangan panggil kami mama dan ayah , kalau ada niat nak kahwin dengan keturunan lahanat...