Part 6

1.7K 53 43
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DI PAGI jumaat yang barkah , pasangan Faith dan Ainnura selamat dinikahkan di pejabat ugama. Tok wan ni nampak je biasa-biasa , low profile , tapi dia punya ramai kenalan yang boleh membantunya dalam urusan-urusan macam ni. Kacang je baginya , kalau sekadar untuk menikahkan cucu sendiri. Nak dengan tak nak buat je .

Ya ... tok wan tolong Ainnura dan Faith kerana yang pertama , sangat kasihan pada mereka . Budak-budak ni berniat baik dan ingin memudahkan perkara yang dihalalkan Allah , tapi ibu-bapa mereka spesies bangang yang terlalu pentingkan ego masing-masing. Bukan tok wan tak cuba menasihati , tok wan dah usaha , tapi semuanya degil dan tunjuk pandai sendiri, yang akhirnya tok wan juga yang kena marah balik . Dashyat orang la la ni ... punyalah bijak , sampai tak ada rasa hormat pada orang-orang tua langsung! Tu yang tok wan geram. Malah buat tok wan tak rasa bersalah menikahkan budak-budak tu senyap-senyap. Padan muka mak –bapak dia orang! Gaduh lagi.

Alasan kedua , tok wan sangat berkenan pada Faith . Sebelum setuju , dia dah interview macam-macam dan perhati perangai Faith terlebih dahulu hingga dia puas hati. Sampai dia ajak Faith tinggal dengan dia selama seminggu untuk perhati perangainya. Berulang la Faith dari Kangar ke Alor Setar pergi kerja.

Malah Faith tu kena jadi imam solat kat surau berhampiran rumah dia pun ada. Itu komplot tok wan dan kawan- kawnnya. Buknya apa, tok wan nak uji Faith ni layak ke tidak. Solat tu tiang ugama , kalau Faith lulus bab solat , bermakna dia punya asas ugama yang agak kukuh. Ternyata Faith lulus dengan cemerlang.

Ketiga , mata tua tok wan memang nampak dengan jelas betapa dua orang ni saling menyintai dan menyayangi antara satu sama lain. Tok wan nak cucu dia senyum bahagia , bukannya asyik murung memikirkan kasih yang tak kesampaiaan . Kenapa la mak bapa dia orang tak fikir pasal kebahagiaan anak masing-masing. Jika boleh memilih bahagia , kenapa nak masuk dalam derita kan? Lagi pun , Faith tu sangat baik dan bertanggung jawab. Dah lama dia orang berkawan . Faith tu lah yang banyak ambil berat tentang Ainnura. Tok wan tahu tu. Ainnura selalu cerita apa saja dengAinya.

Tok wan perhati jer kelakuan laki bini tu selepas balik dari menikah . Tersenyum-senyum simpul , kerling mengerling , terpegang tangan ...eh , semua adalah. Tok wan buat –buat tak nampak je. Bukan tak biasa dan tak faham . Dia terlebih dahulu makan garam . Masa macam ni mana nak ingat apa dah. Dok ingat benda yang seronok aje, maklum baru dapat lesen.

"Kelam kabut sangat tu , hampa nak ke mana ?" Tok wan tegur Ainnura dan Faith yang nampak tergesa-gesa . Saja je tok wan nak menyakat. Kasi thrill sikit.

"Err... nak masuk bilik la tok wan."

Jawab Faith jujur . Lurus bendul sungguh . Faith kena cubit sekali dengan Ainnura. Merah padam muka Ainnura, malu dengan tok wan . Tentu tok wan kata dia tak menyabar, padahal Faith yang ajak sebab katanya dia nak berikan Ainnura sesuatu. . Faith senyum kelat. Tok wan ni... saja la kan .

RINDU YANG TERLARANG ...Where stories live. Discover now