Selepas 16 tahun berlalu...
"Imann!!!!" Namaku dijerit. Aku segera bangun dari tidur. Aku melihat wajah cikguku di hadapan. Semua kawan² kelasku ketawakan ku.
"Kamu tidur lagi di dalam kelas saya siap kamu saya kerjakan. Pergi basuh muka sana" arah cikgu. Aku mengangguk dan kembali tidur.
"Nur Iman Nadhirahhh!!!!!!" Sekali lagi namaku dijerit.
👑👑👑👑👑
"Huarghhhh!!!" Aku menguap. Melepaskan tekanan ngantuk. Setan² pon dah berkerumuni mataku.
"Kau tidur pukul berapa semalam?" Soal Reza. Sahabat baikku.
"Humm? Entahlah. Semalam lepas balik kerja aku siapkan kerja rumah lepastu aku terus buat home work. Pukul 3 rasanya aku tidur" ujarku. Ya itu memang rutin harianku. Mencari rezeki untuk aku dan ayahku makan.
"Lepas tu pukul 5 kau dah bangun. Siapkan makanan. Kau tak penat ke?" Soal Reza lagi. Aku mengeluh.
"Kau macam tak tahu pula aku nie macam manakan" kataku. Reza terdiam. Dia mengeluarkan buku nota di dalam mejanya. Dia membelek sekilas dan menyerahkan kepadaku.
"Ape nie?" Soalku.
"Nota pelajaranlah. Aku tahu kau banyak tinggal sebab kau selalu tidur dalam kelas. Aku dah siapkan nota yang penting. Kau tinggal baca je. Inggat tahun nie kita ade ujian penting" pesan Reza. Aku terharu. Diala satu²nya sahabat yang setia ada ketika aku susah.
"Thank" ujarku. Reza senyum.
👑👑👑👑👑
Aku berjalan kaki pulang ke rumah. Selepas menukar pakaian aku siapkan makanan petang untuk ayah makan. Selepas selesai semua perkara wajib aku bersiap untuk pergi kerja.
"Ayah jangan lupa makan ubat tau. Penat je Iman beli ubat tapi ayah tak makan pon" bebelku. Ayah ketawa kecil.
"Yalah. Nanti ayah makanlah. Kamu nie tak terlambat ke nak pergi kerja? Sekarang nie dah pukul berapa dah" ujar ayah risau. Aku senyum.
"Kak Sue bagi Iman datang lambat hari nie sebab dia buka kedai pon lambat. Okaylah. Nampak macam ayah halau Iman je. Iman pergi dulu" aku menyalami tangan ayah.
Ayah sakit kanser tahap 4. Ayah kata ayah taknak buat apa² treatment sebab ayah nak habiskan masa dekat rumah usang nie. Aku memandang rumah yang berusia melangkaui usia aku. Sekarang nie aku 17 tahun. Ya. Tahun nie aku akan menghadapi peperiksaan yang besar. Aku tak siapkan apa² lagi. Jadi aku akan berusaha sampai aku berjaya.
"Hai Kak Sue!" Aku menyapa Kak Sue yang sedang membersihkan meja. Aku segera menukar pakaian uniform dan mula membuat kerja.
👑👑👑👑👑
"Iman" Kak Sue mendapatkan aku yang sedang leka mengelap sudu dan garfu. Kak Sue menyerahkan sampul kepadaku.
"Apa nie? Akak nak khawin eh?" Gurauku. Akibatnya aku mendapat cubitan ketam dari Kak Sue
"Itu gaji kamu untuk bulan nie" ujar Kak Sue.
"Tapi Kak Sue. Sekarang nie belum masuk awal bulan" ujarku.
"Kamu ambil jelah duit nie. Beli apa2 yang patut. Baju sekolah kamu pon dah lama kan. Kamu taknak tukar ke? Kasut sekolah kamu tu. Kesian Kak Sue tengok" aku hanya senyum. Barang yang tak penting buat apa aku nak tukar. Lagi pon tahun nie tahun last aku bersekolah.
"Baiklah. Terima kasih Kak" aku menyambung membuat kerja yang tergendala.
👑👑👑👑👑
YOU ARE READING
The Queen Life's Story
Teen FictionStatus; on going _Edited story_ Kisah seorang gadis biasa. Menjadi puteri cuma impiannya sahaja. Tidak pernah akan menjadi kenyataan melainkan dia mengahwini seorang putera diraja. Tetapi impiannya mungkin akan jadi kenyataan bila di...