Queen2👑{E}

409 24 2
                                    

Kehadapan anak ayah yang disayangi,

Mungkin kamu dapat surat ini masa ayah sudah pergi dari bumi ini. Maaflah kalau kamu tak faham tulisan buruk ayah ini. Nur Iman Nadhirah. Nama yang ayah nak letak pada anak perempuan kandung ayah. Tapi. Bukan rezeki ayah. Munculnya Iman telah memberi sinaran baru untuk ayah. Kalau Iman nak tahu. Ayah jumpa Iman di bawah sebatang pokok di balik semak. Berdekatan dengan tempat Iman itu berlakunya kemalangan jalan raya

Mungkin mereka itu ialah ibu bapa Iman yang kandung. Kalau Iman baca surat ini automatik Iman akan mendapat sedikit peninggalan ayah untuk Iman. Dulu, ayah seorang businessman yang berjaya pada waktu yang sangat muda. Ayah berkongsi syarikat dengan seorang sahabat baik ayah. Dan pada umur yang sangat muda ayah telah berkhawin dengan ibu angkatmu. Tapi sayangnya seperti yang kamu tahu. Kami telah bercerai semasa umur kamu 10 tahun dan kamu telah menyalahi ayah.

Anakku, untuk pengatahuan kamu. Perkhawinan ayah dan ibu memang atas dasar cinta. Tetapi ibumu lebih tamak daripada firaun. Dia khawin dengan ayah semata ingin membolot semua harta ayah pada masa itu. Dia juga telah berlaku curang pada jangka masa yang panjang. Ayah tahu semua itu tetapi ayah mendiamkan diri sehinggalah ayah dapat tahu rancangan ibumu ingin membunuh ayah dalam kemalangan jalan raya.

The Queen Life's StoryWhere stories live. Discover now