Kisah awal hidup Shah
Hi. Nama aku Nur Shahzrin Waish bin Tan Sri Musa. Aku merupakan salah satu watak penting dalam story nie.
"Wah dia dapat nombor satu lagilah"
"Anak orang kaya. Apedehal"
"Dahlah sombong"
"Jangan kawan dengan dia!"
Em yeay. Itu tanggapan orang kepada aku. Well. Aku tak boleh mempertikaikan apa yang dikatakan diorang.
👑
Meja makan.
"Shahzrin. Macam mana pelajaran kamu?" Soal papaku.
"Okay" ujarku.
"Papa taknak kamu datangkan masalah kat sekolah tahu" ujar papa tegas seolah memberiku amaran. Aku mengangguk.
"Papa hari nie Irah buat persembahan. Datang tau!" Ujar adik perempuanku bersemangat.
"Oh ya? Persembahan apa?" Soal papa. Aku mendecit.
"Irah jadi princess!! Papa datang tau!" Shahirah yang baru berusia 4 tahun berharap.
"Nanti papa datang tau" Papaku senyum.
"Takpayah janji kalau tak ditepati. Nanti tak datang juga" ujarku beku. Ya orang tua nie tak pernah tepati janjinya. Selalu sahaja sibuk.
"Shah! Kenapa cakap macam tu kat papa?!" Akakku menegah.
"Betullah! Kat rumah nie semuanya sibuk! Baik Akak Papa Abang Mama semua sibuk!" Aku bangun dan masuk ke bilik.
👑
Aku memandang kosong ke arah pintuku. Semua sama je! Takde sorang pon yang paham aku dan Irah. Diorang semua tau sibuk je setiap masa. Akak yang berumur 18 tahun sibuk mempersiapkan diri masuk ke kolej. Abang yang berumur 24 tahun sudah berkerja di syarikat Papa. Mama sudah seminggu tak balik sebab fashion week di Paris.
"Abang?" Shahirah melihatku di balik pintu.
"Kenape?" Soalku melihatnya.
"Abang datangkan?" Soal Shahirah. Aku senyum.
"Mestilah abang datang" aku bergerak ke arahnya. "Abang nak tengok princess nie nangis" aku gelak. Shahirah mencebik.
"Janji eh datang?" Shahirah membuat pinky promise. Aku senyum.
"Lepas kelas abang terus datang!"
👑
"Hari nie Tuan Shah ade kelas piano lepas kelas Language" ujar P.A pribadiku. Aku mendegus."Cancel boleh? Aku nak tengok Irah" ujarku.
"Tak boleh Tuan. Sebab cikgu dah sampai" ujar P.A pribadiku.
"Ish!" Aku menghentak kaki.
Hidup aku dah macam robot dah. Semua benda sudah diatur untuk dilakukan. Takde satu pon yang aku boleh tolak. Itu semua kuasa veto Papa.
"Pelajaran kita tamat disini. Shah nak tengok Irahkan?" Soal cikgu Aishah. Aku mengangguk senyum.
👑
YOU ARE READING
The Queen Life's Story
Novela JuvenilStatus; on going _Edited story_ Kisah seorang gadis biasa. Menjadi puteri cuma impiannya sahaja. Tidak pernah akan menjadi kenyataan melainkan dia mengahwini seorang putera diraja. Tetapi impiannya mungkin akan jadi kenyataan bila di...