Queen 14 👑

267 15 0
                                    

Ini hari kedua aku sedar. Seperti kata Shah. Hari ini Nain jaga aku.  Dan hari nie jugak aku banyak gelak.

"And disebabkan kurang hati. Mikha derma sebahagian hati dia kat kau" Nain menghabiskan ceritanya. Aku sedikit terkejut.

"Abistu Mikha macam mana?" Soalku.

"Um" Nain menyuap suapan kelima sesudu aiskrim ke dalam mulutnya. Dia nie sengaja buat aju ngeliur. "Mikha okay. Dia ambil masa 3 hari je nak baik"

"Ouwh" aku memandang tempat lain. "Nain...." Panggilku.

"Apa?" Soal Nain.

"Napa korang baik sangat dengan aku?" Soalku ingin tahu.

"Sebab kau kawan kiteorang" ujar Nain ringkas.

"Betul?"

"Yup. Shah dah siapkan pemindahan kau. Bila kau dah sembuh nanti kau sekolah dengan kiteorang" ujar Nain lagi

"Eh?" Aku memandangnya tak percaya.

"Shah kan pemilik sekolah tu. Jadi senang je kau diterima masuk" tambah Nain. Serius. Shah nie kaya sebanyak mana?!

"Tapi...."

"Kau nak lagi sekolah kat situ? Selepas apa yang kau terima" Nain menyerah coklat kepadaku. "Orang sakit perlukan banyak gula dalam badan" dia senyum

🌸🌸🌸🌸🌸

Hari nie giliran Firdaus yang jaga aku. Tapi disebabkan itu Firdaus hari nie hari paling bosan bagiku.

"Kau nak keluar tak pergi taman?" Soal Firdaus.

"Boleh ke?" Soalku.

"Boleh. Sebab nie hospital Arasyh. Keluar jelah" ujarnya selamber.

"Thank" ujarku. Firdaus yang menolak kerusi rodaku diam. Aku senyum. Kau takdelah teruk mana. Thank sebab selamatkan aku" sambungku.

"Yang selamatkan kau bukan aku. Mikha yang buat." Ujar Firdaus. "Yang jumpa kau pon bukan aku. So aku takde pon selamatkan kau"

"Hahaha" aku ketawa kecil. Firdaus memandangku pelik.

"Kenape kau gelak? Aku tak buat lawak pon" tingkas Firdaus.

"Ya. Kau amat baik" ujarku. Firdaus senyum.

"Nanti kalau kau dah baik aku boleh belanja kau makan" ujar Firdaus.

🌸🌸🌸🌸🌸

"Feeling better?" Soal Khaliff. Aku senyum.

"Hari nie kau boleh keluarkan?" Soal Arasyh. Aku mengangguk.

"Mana Mikha?" Soalku. Khaliff menggaru kepala.

"Dia pengsan pagi tadi. So dia tengah rehat kat umah" ujarnya. Aku terkejut.

"Kenape boleh pengsan?" Soalku.
Arasyh meletakkan beg bajuku di atas meja.

"Doktor cakap dia tak boleh aktif sangat. Tapi pagi tadi punye semangat dia main soccer sampai pengsan dibuatnya" Arasyh gelak. Memang lawak kalau diingatkan balik kejadian pagi tadi.

"Dah jom balik! Mummy masak banyak ari nie" ujar Khaliff. Aku mengangguk.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Aku mengikat rambut. Masih terasa sakit lagi akibat hantukkan aritu. Aku mengambil phone dan turun kebawah. Aku mencari kelibat Arasyh. Manelah mamat sekor nie?

"Cari Asyh ke?" Soal Mummy Lin. Aku mengangguk. "Dia tengah tidur dalam bilik. Penat sangat baru lepas train" ujarnya.

"Ouwh. Iman baru nak tanya rumah Mikhael kat mane" putus semangat aku. Baru nak ucap terima kasih kat Mikhael.

"Ouwh rumah dia selang lima biji rumah." Ujar Mummy Lin. Aku mengangguk. "Jap Iman!" Mummy Lin halangku.

"Kenape mummy?" Soalku. Mummy Lin menyerahkan bekas makanan.

"Kasih bubur ayam nie kat Mikha. Dia mesti tak larat nak masak sendiri" ujar Mummy Lin. Aku mengangguk.

Seinggat aku Mikhael duduk seorang diri. Ouwh patutlah Mummy Lin bagi makanan nie. Aku mengira rumah. Rumah yang kelima pasti rumah Mikhael. Hampir dekat dengannya aku lihat ada seorang lelaki 40-an.

"Assalamualaikum" sapaku. Lelaki itu agak terkejut. Dia senyum.

"Waalaikumsalam" sambutnya.

"Pakcik nak tengok Mikhael ke?" Soalku. Dia mengangguk.

"Tapi dia tak buka pintu untuk Pakcik. Pasti dia marah lagi" ujarnya sedih.

"Eh kenape?" Soalku tak paham.

"Seba—" ayatnya dipotong oleh suara Mikhael.

"Iman! Masuklah" ujar Mikhael di muka pintu

"Tapi" aku menunjuk ke arah pakcik disebelahku. Mikhael mendecit.

"Masuk je. Tak payah pedulikan pakcik tu" arah Mikhael. Aku mengangguk.

"Saya masuk dulu pakcik" aku minta izin. Pakcik itu mengangguk.

Aku hanya perhati perbualan Mikhael dengan Pakcik itu. Pagar besar menjadi perantaraan antara mereka.

"Apa yang pakcik buat kat sini?" Soal Mikhael dengan suara serak basah.

"Maafkan pakcik. Pakcik datang nak jemput tuan" ujar Pakcik.

"Saya tak akan balik sana. Cakap dengan Nenda jangan risau" ujar Mikhael sebelum masuk rumah.

🌸🌸🌸🌸🌸

"Kau okay?" Soalku. Mikhael mengangguk. "Nah. Mummy Lin bagi" aku menyerahkan bekas bubur ayam kepadanya.

"Thank. Mummy nie macam tau je yang aku rindu bubur dia" Mikhael bergerak ke dapur.

"Ehh kaukan sakit. Biarlah aku hidangkan untuk kau" ujarku menghalang Mikhael.

"Aku tak pa—" ayat Mikhael berhenti bila aku meletakkan jariku di bibirnya.

"Kau duduk je kat meja makan. Jap lagi aku hidangkan" aku senyum. Mikhael mengangguk.

Aku menukar bekas. Bubur ayam itu aku masuk kedalam mangkuk. Aku membancuh air susu untuk Mikhael.

"Nah" aku menhidang bubur ayam di hadapan Mikhael. Mikhael sambut tanpa sebarang kata. "Thank sebab selamatkan aku" ujarku melihat Mikhael makan.

"Perkara kecik je" Mikhael mencicip air susu. "Yang penting kau selamat" ujarnya. Dia senyum ke arahku.

"Tha—" tak sempat aku habiskan percakapanku Mikhael pengsan lagi. Gelabah aku dibuatnya.
"Mikha! Mikha!!" Jeritku. "Aduh macam mana nie?!!" Aku mengeluarkan phone.

"Arasyh?"

🌸TBC🌸

The Queen Life's StoryWhere stories live. Discover now