Arasyh prov
Setelah Iman keluar empat pasang mata memandangku. Aku mengangkat kening.
"Siapa tu?" Soal Firdaus.
"Anak kawan mummy" ujarku.
"Kenapa dia ada kat sini?" Soal Nain. Lelaki yang pakai spek bulat nampak comel di mata.
"Entah. Aku balik camp terus ada kat ruang tamu" jawabku.
"Ubat? Dia kemalangan ke? Kenapa sampai Mummy Lin kena sapu pula?" Soal Mikhael.
"Aku manalah tahu!!! Kalau korang nak tahu sangat korang tanyalah dia. Nie nak belajar ke tak nie. Kalau tak pergi berambus sana" kataku geram. Mereka sengih.
"Janganlah marah. Tak sem nanti" ujar Nain lalu gelak. Aku mencebik.
End prov
Mikhael bermain dengan pennya. Perempuan tadi menjadi perhatiannya. "Asyh. Nama dia sape?" Soalnya kepada Arasyh yang sedang baca buku.
"Iman. Kenapa? Berminat ke? Ko kena ingat ko dah ada tunang" Arasyh mengingatkan Mikhael.
"Tak. Aku cuma macam kenal dia. Naluri aku kata aku ada hubungan dengan dia" ujar Mikhael menarik perhatian yang lain.
"Ko jangan kaitkan kimia pula eh. Kadang² naluri ko pun tak betul" ujar Shah. Mikhael membaling kamus ke arah Shah. Nasib Shah sempat mengelak.
"Hurm. Interesting" ujar Firdaus tiba²
"Dahh kenapa pula dengan monyet sekor nie. Cakap sorang²" kata Nain. Firdaus senyum penuh makna yang hanya mereka je tahu sebabnya.
👑👑👑👑👑
"Done" Aunty Lin mengemas alat yang digunakan untuk membalut lukaku. "Ini mungkin akan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Jangan mandi air panas ye Iman" pesan Aunty Lin. Aku mengangguk.
"Aunty... Siapa kawan² Asyh tu?" Soalku. Aunty Lin senyum.
"Aus, Nain, Shah dan Mikha" ujar Aunty Lin.
"Diorang memang panggil Aunty Mummy eh?" Soalku lagi.
"Kalau Iman nak panggil Aunty mummy pon Aunty tak kesah. Aunty memang nak anak perempuan macam Iman yang cantik nie" ujar Aunty Lin.
"Ehh takpelah Aunty Iman tak biasa" aku menolak dengan baik. Aunty Lin memegang tanganku.
"Iman I'm mean it" ujar Aunty Lin.
👑👑👑👑👑
"Good morning Mummy" Arasyh mencium pipi Aunty Lin. Dia mengambil tempat berhadapanku.
"Good morning Asyh. Mummy nak minta pertolongan kamu" ujar Aunty Lin.
"Apa dia mummy?" Soal Arasyh. Aunty Lin memandang aku.
"Mummy nak Asyh bawa Iman pergi beli pakaian. Baju yang Iman pakai tu dah lusuh sangat. Bolehkan sayang" ujar Aunty Lin.
"Alahh mummy. Asyh kena pergi sekolahlah nanti. Ada perjumpaan" ujar Arasyh ingin mengelak.
"Apa susah. Bawalah sekali Iman pergi sekolah Arasyh. Mana tahu Iman tergerak hati nak pindah sekolah" ujar Aunty Lin.
"Aunty. Iman dah biasalah dengan sekolah lama" ujarku.
YOU ARE READING
The Queen Life's Story
Novela JuvenilStatus; on going _Edited story_ Kisah seorang gadis biasa. Menjadi puteri cuma impiannya sahaja. Tidak pernah akan menjadi kenyataan melainkan dia mengahwini seorang putera diraja. Tetapi impiannya mungkin akan jadi kenyataan bila di...