Chapter 4

170 19 0
                                    

Tolong cakap mata aku tengah berbohong. Paling tak pun, otak aku salah tafsir maklumat.

Kepalanya disengetkan sedikit dan dia tersenyum sinis.

Fck my life..

Ya, tu memang Sehun..Versi gelap. Bangang lah. Takkan lah dia nak masuk club kot?

Perlahan-lahan dia melangkah ke arah aku dan yang bodoh bin bangangnya, aku langsung tak ambil apa-apa langkah seperti lari atau apa-apa saja.

Dah la kawasan ni dah start sunyi.

"Well, well..This is so unexpected, huh?" Tau-tau saja, dia dah ada betul depan aku. Tak guna.

"Yoon. Eunhee." Terasa macam ada elektrik yang mengalir dalam bada bila dia sebut nama aku.

Melihatkan aku yang langsung tak balas apa-apa, senyuman sinis yang memang dah ada kat mulut dia tu, bertambah sinis lagi.

"Kenapa? Tak percaya? Hmm?" Dia menunduk untuk samakan ketinggian kami. Muka dia hanya beberapa inci saja bezanya dengan aku. Terasa air liur pahit untuk ditelan.

"Hahh...Do you want to know another shocking thing?" Soalannya aku biarkan tak berjawab. Tak tau nak jawab apa.

"I am. The. Owner." Terus mata aku membesar. Maksudnya betullah, semua khabar angin tu.

Okay, Yoon Eunhee, langkah seterusnya ialah telefon poli-

"Kalau kau bagitau polis," Dia menegakkan badannya semula. Tangannya diselupkan ke belakang seluar dan dikeluarkannya sepucuk pistol.

Kejap...

Pistol?!

"Aku..Takkan teragak-agak nak bunuh kau. Faham?" Badan aku terus mengeras. Suaranya menjadi lebih dalam dan tegas.

"Aku tak suka la orang yang buang masa aku. Kau ada mulut kan? Jawab lah," Dia mengetap giginya. Pistol yang dia tengah pegang tu tepat di dahi aku.

"Fa-faham." Dia tersenyum puas. Pistol diselitkan semula ke belakang seluar.

"Dah, balik. Malam ni, nanti subway habis," Dia menyelak rambutnya ke belakang. Aku memandangnya tak percaya.

"Kenapa? Aku nak masuk..Pergi tengok kat dalam. Kau.. Nak ikut sekali ke?" Kepalanya disengetkan sambil memandang aku.

"T-tak nak.." Dia mengangguk.

"Pergilah, aku takkan masuk selagi kau tak hilang dari pandangan aku." Perlahan-lahan aku memusingkan badan dan bergerak meninggalkan kawasan tu.

Bodoh, bangang, bab--dah lah tu..

Menyesal aku daftar masuk pusat tuisyen tu!

----

"Eunhee!" Aku memandang Aeri. Dia tak pandang aku, tapi dia pandang makanan aku.

"Kau tau tak..Dah tiga minit kau termenung. Kalau kau tak nak makanan tu, baik bagi kat aku." Aku berdecit. Dia ni bab makanan memang pantang. Kalau boleh, satu dunia dia nak telan.

"Ada masalah ke? Aku tengok kau pagi ni macam orang hilang suami ja," Aku menggeleng. Sebenarnya aku teringatkan lagi tentang semalam.

"Eyyy, kau ni buat macam kita baru kenal lima minit. Aku kenal lah muka tu..Muka yang banyak gila bapak masalah." Aku memutarkan biji mata. Menyampah betul cakap dengan dia ni,

Patut ke aku bagitau?

Tapi, dah polis pun dia tak bagi. Takkan nak bagitau kawan-kawan? Tak ke terjun dalam kolam ikan pirana tu namanya?

BAD BOY+OSH [Malay](C)Where stories live. Discover now