Chapter 19

122 12 0
                                    

Setelah hampir dua minggu, bunyi muzik yang kuat menyapa telinganya kembali. Lelaki itu memegang sewacan liquor sambil memandang sekeliling.

"Sehun..Kau ni kenapa eh? Petang tadi aku ternampak kau tengah duduk kat tengah-tengah jalan..Nak sapa kau, nanti aku pulak yang kena potong jadi 18, jadi aku biarkan saja..Kau ada apa-apa ke?" Chanyeol memandang rakannya. Tangannya sedang menggerakkan secawan wine dengan perlahan.

"Aku...Aku dah break dengan Eunhee." Chanyeol tersedak air liurnya sendiri. Gila..Kawan dia ni betul ke?

"Kau biar betul?" Chanyeol masih lagi membuntang sambil memandang rakannya.

"Takkan la aku nak tipu kut?" Lelaki itu tampak tenang. Chanyeol terdiam. Dia memandang wajah rakannya dalam-dalam.

Lelaki ini betul-betul lain..Selalunya bila Sehun gagal dalam hubungan, lelaki itulah yang paling serabut dalam dunia. Mengalahkan perdana menteri.

Dan tiba-tiba sahaja satu perkata terlintas di minda Chanyeol.

"Aku tanya ni...Jangan la kau bunuh aku pulak," Sehun memandang Chanyeol dan mengangguk sekilas sebelum tumpuannya tertumpu pada semua pelangganya.

"Kau...Betul ke..Erm, sebelum korang memang betul-betul ada relationship ke?" Chanyeol memandang Sehun. Mengharapkan jawapan yang jujur.

Tak lama selepas itu, Sehun mengeluh berat.

"Aku tak boleh nak jawab soalan tu, Chan.."

"Sebab aku pun dah keliru dengan perasaan sendiri."

----

Plastik dijinjit pada kedua-dua belah tangan. Badannya bergerak, tapi mindanya entah ke mana.

"Ah!"

"Sorry!" Eunhee berdecit perlahan sambil tangannya mengutip semula barang-barang yang bertaburan. Sepasang tangan menolongnya.

"Saya betul-betul mintak maaf," Lelaki tadi menghulurkan tangannya untuk membantu dia berdiri.

Eunhee memandang ke atas.

"Eunhee?" Eunhee berkerut seketika. Cuba mengingati wajah itu.

"Mingyu? Kan?" Lelaki itu tersenyum seraya mengangguk. Eunhee tersenyum nipis dan menyambut tangan lelaki itu.

"Sorry...Saya tengah tengok phone tadi.." Eunhee menggeleng. Tangannya membetulkan pegangan pada plastik.

"Tak apa lah..Saya pun tengah fikir benda lain," Mingyu ketawa halus.

"Jom, saya temankan awak balik? Lagipun saya tak dak apa nak buat," Eunhee berfikir sebentar. Sekurang-kurangnya ada juga teman nak bersembang.

"Okay,"

---

"Boss, kitorang dapat cerita yang.. Diorang berdua dah break," Seorang pekerja menunduk hormat ke arah tuannya.

"Okay...Thanks. Nanti aku akan bagitau plan seterusnya..Untuk sekarang, kau boleh keluar," Pekerja itu mengangguk dan terus keluar dari pejabat majikannya.

"Kesian kat kau Sehun... Dalam hubungan yang palsu pun masih ditinggalkan," Lelaki itu tersenyum sinis. Dat diambil dan dibaling tepat ke arah gambar adiknya.

"Oh Sungmin!" Lelaki itu tersentak. Dia memandang ke arah pintu. Seorang perempuan berjalan masuk.

"Kau...Ex adik aku dulu kan?" Perempuan itu tersenyum puas.

"Apa kau buat kat sini?"

"Aku nak adik kau balik," Perempuan itu duduk di atas kerusi di hadapannya.

"Habistu?"

"Aku tau yang kau nak hancurkan adik kau..Kan?" Sungmin mengangkat sebelah keningnya.

"Why not..Kau hancurkan hidup girlfriend dia, biar dia sedih..Then, bagi dia kat aku. Kau masih dapat hancurkan hidup dia secara tak langsung," Perempuan itu membakar puting rokoknya.

"Dan kenapa aku perlu percayakan kau?" Perempuan tadi berdecit. Rokoknya dikepit antara jari telunjuk dan jari tengah sebelum dikeluarkan dari mulut.

"Sebab..Aku pun tak suka perempuan tu."

"Apa yang aku dapat?" Perempuan itu menggulingkan biji matanya.

"Apa yang kau nak..Aku akan bagi. Cakap saja," Sungmin tersenyum.

"Okay, deal." Perempuan tadi tersenyum puas. Dia mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya.

"Ini, kad aku..Call bila perlu," Perempuan itu terus keluar dari pejabat Sungmin.

"Kim Nami, huh?" Sungmin meletakkan kad itu.

"Not bad.."

---

"Jadi..Awak dah break?" Eunhee mengangguk lemah. Tanpa dia sedar, dia dah ceritakan masalahnya kepada Mingyu. Tapi, jika dah dibuka, takkan la nak ditutup semula, kan? Tapi, yang pastinya dia takkan ceritakan tentang identiti sebenar Sehun.

"Awak okay ke sekarang?" Eunhee mengangkat sebelah keningnya.

"I mean...You know. Awak baru lepas break. Mestilah sedih," Eunhee tersenyum pahit.

"Siapa saja tak sedih? Tapi, betul..Saya rasa saya tak layak untuk dia. Biarkan lah..Mungkin saya akan berjumpa dengan orang betul bila dah besar lagi nanti? Buat masa sekarang..Saya akan fokuskan pada pelajaran," Mingyu tersenyum manis memandang Eunhee.

Perempuan itu memang kuat. Wajahnya sentiasa tenang.

"Awak tak nak balik?"

"Awak halau ke?" Mingyu ketawa halus. Eunhee nampak terkejut.

"Eh, mana ada!" Eunhee menggeleng sepenuh hati.

"Mana ada..Sekarang kan sejuk. Lagipun kejap lagi dah nak gelap.." Eunhee menutur perlahan.

"Jadi awak risaukan saya?" Eunhee mengemam bibir memandang Mingyu. Lelaki itu betul-betul buatkan dia keliru.

Melihatkan perempuan itu keliru, Mingyu tergelak halus. Dia mengusap rambut Eunhee.

"Awak ni comellah! Okay, saya balik dulu." Eunhe terkedu. Jarang dia dipuji. Dengan lelaki pula.

"Eunhee? Saya nak balik dah ni," Eunhee tersentak. Cepat-cepat dia mengangguk. Mereka berdua bangun dari bangku di halaman rumahnya.

"Jalan elok-elok tau...Bye," Mingyu mengangguk dan melambai.

Eunhee memandang belakang Mingyu yang makin jauh. Keluhan dilepaskan.

"Gila lah kau, Eunhee..Baru lepas break dah jumpa lelaki lain," Dia menggeleng kepalanya. Pagar kecil di sebelah pagar automatik ditutup sebelum masuk ke dalam.

BAD BOY+OSH [Malay](C)Where stories live. Discover now