Chapter 21

134 12 0
                                    

Sehun berhenti berlari apabila kereta hitam itu hilang dari pandangan. Nafas distabilkan sebelum tangannya menggengam penumbuk.

Sekali tengok pun dia tau yang itu kereta siapa..

Oh Sungmin.

Bodoh! Tak guna punya abang. Apa lah yang abang dia nak? Tak cukup ke buat dia berenggang dengan keluarga?

"Bangang kau, Sungmin." Dia mengetap gigi.

----

"Perempuan, bangun!" Eunhee terbangun apabila terasa mukanya basah. Kepala yang masih pening dibiarkan. Sedaya upaya dia memandang orang di hadapannya.

"Nami?" Perempuan itu tersenyum sinis.

"Kenapa tak percaya? Tch. Aku pun tak percaya yang kau sebenarnya girlfriend lelaki tu!" Nami menggengam botol mineral yang telah kosong. Dia yang dah tuangkan air pada Eunhee semata-mata nak bangunkan perempuan tu.

"Sial..Kenapa aku ada kat sini?" Eunhee memandang tajam perempuan di hadapannya.

"Kenapa, kau tanya aku? Huh.." Nami tergelak sinis. Kakinya rajin mengelilingi bilik di rumahnya ini.

"Aku nakkan Sehun balik." Dia berhenti di hadapan cermin. Wajah Eunhee dilihatkan melalui biasan cermin.

"Jadi? Ambil je la dia! Kitorang dah tak da apa-apa la, bodoh!" Eunhee mengetap gigi. Gerakan di tangan dia cuba untuk kurangkan memandangkan kedua-dua tangannya diikat dengan tali.

"Not that easy, honey.." Nami beralih. Badan disandarkan di meja solek.

"I'm going to destroy you first." Eunhee menggigit bibirnya. Fizikal dan mentalnya betul-betul sakit. Betapa dia berharap yang ibu ayah dia masih ada sekarang ni.

"Oh, ya Eunhee..Kau nak tau benda yang paling lawak?" Nami kembali mengelilingi bilik itu.

"Kau tau tak..Orang yang langgar parents kau.."

"Ialah aku." Darahnya berderau satu badan. Eunhee memandang perempuan itu tak percaya.

"Yes, sweetie." Nami mendekatkan wajah dengannya.

"Aku yang langgar mak ayah kau. Sebenarnya, aku tak tau yang diorang tu parents kau. Dan aku pun memang tak pernah kenal kau langsung. Tapi, nak buat macam mana? Dah kitorang punya accident tu teruk sangat, baik aku lari je..Kan?"

"Bodoh..Kau bukan manusia, Nami." Perempuan itu hanya tersenyum sinis. Badan ditegakkan semula.

"Cakap la apa kau nak. Cuma aku nak kau tau.." Nami memandang Eunhee dengan bongkak.

"Sehun. He will be my property soon. And I'll make sure that he will forget 'bout you.. Forever, babe.. Forever." Nami tergelak sinis sebelum keluar meninggalkannya seorang diri. Dia membaringkan diri ke atas katil. Tangan yang semakin sejuk dibiarkan.

Apa gunanya? Dia akan mati juga. Kalau nak dibandingkan dengan hatinya yang sakit sekarang.

----

"Bangang!"

"Bodoh!"

"That Oh fcking Sungmin is too much." Chanyeol hanya memandang rakan baiknya sambil menggelengkan kepala.

Ya, dia sendiri pun terkejut bila Sehun bagitahu tentang kejadian yang dah menimpa Eunhee. Tapi, perlu ke lelaki depannya ni mencarut?

"Woi, dari kau mencarut macam tak pernah belajar Sivik..Baik kau pergi cari orang dan serang Sungmin. Kau ingat perkataan-perkataan yang kau keluarkan tu boleh terbang pergi kat dia ke?" Sehun menjeling Chanyeol. Orang tengah serabut, dia main-main.

"Aku tak main-main, dude..Think 'bout it. Kau mencarut kat sini, macam la kata-kata kau tu boleh pergi tembak laki tu sampai mati." Sehun bersandar di kerusinya.

"Habistu kau nak suruh aku buat apa? Aku blank, Yeol.." Dia memejam matanya. Chanyeol mengguling biji mata.

"Bodoh. Last time I checked, kau still tak jual syarikat pengedaran senjata kau. Wake up, Hun.. You have many weapons. Kau ada lima buah syarikat seluruh Korea, Sehun." Chanyeol memeluk tubuh sambil mengangkat sebelah kening. Sehun membuka mata. Badan ditegakkan semula.

"Betul! Aku lupa-"

"Bagi aku masuk!" Mereka berdua memandang ke arah pintu.

"Boss! Sorry. Kitorang dah cuba halang dia-"

"Tak pa. Kau boleh keluar," Sehun mengetap gigi. Pekerja tadi menunduk hormat sebelum berjalan keluar dari pejabat Sehun.

"Kau nak apa bangang?" Mata Sehun tepat menikam anak mata lelaki di hadapannya.

"Kau panggil aku bangang, Hun? Maksudnya kau pun bangang. Kita dari darah danging yang sama." Sehun menggulingkan biji mata.

"Apa kau nak, Sungmin?" Lelaki itu tersenyum sinis. Tangan kiri dimasukkan ke dalam poket sambil dia berjalan mendekati Chanyeol.

"Makin tinggi kau eh?" Chanyeol tergelak sinis.

"Nak buat macam mana mak aku bagi makan vitamin banyak."

"Jawab soalan aku, Sungmin. Jangan buang masa," Sehun memandang abangnya tajam.

"Well..I bet you already know.."

"Yang aku dah culik girlfriend--opps ex-girl kau." Sungmin memandang adiknya. Cuba untuk memprovok lelaki itu habis-habisan.

"Jadi, tujuan aku datang malam ni untuk bagitau yang sepanjang dua hari aku culik dia, aku langsung tak bagi dia makan.." Sungmin berhenti seketika.

"Tapi aku rasa, Nami ada bagi dia ubat tidur setiap jam." Kedua-dua Sehun dan Chanyeol kaku.

"Apa kaitan Nami dalam hal ni?"

"Kau tak tau eh? Sebenarnyakan..Plan asal ialah..Aku culik dia, masukkan kau dalam perangkap, hancurkan kau dan lepaskan dia dengan selamat."

"Tapi tiba-tiba perempuan tu datang. Dia suruh aku hancurkan Eunhee dan jangan cederakan kau sebab dia nak kau. Jadi aku ikutkan je lah.." Sungmin mengangkat bahunya.

"Bodoh! Lepaskan dia, bangang!" Sehun terus berdiri. Nafasnya semakin kuat menahan marah.

"Boleh.."

"Aku bagi kau masa 24 jam..Datang ke rumah Nami, bawak 3 milion won." Sehun memandang abangnya tak percaya.

"Dasar mata duitan.." Kata-kata itu tersekat dengan nafasnya.

"Ingat, 24 jam. Kau boleh bawak galah tu je. Jangan bawak orang lain. Aku benarkan korang bawa sorang satu pistol tanpa peluru tambahan."

"Kalau korang langgar mana-mana satu peraturan, aku tak akan teragak-agak untuk bakar jasad perempuan tu depan mata kau." Sehun menggengam tapak tangannya.

"Ingat, Hun...24 jam. Kalau kau lambat, dia akan mati sebab berlebihan ubat tidur." Lelaki itu terus keluar dari pejabat Sehun.

"Bodoh!"

BAD BOY+OSH [Malay](C)Where stories live. Discover now