Chapter 18

131 13 0
                                    

Dah dua hari kami berdua tak bercakap. Dan itu bukan salah aku.. Dia dah menipu, dan dia layak untuk dibenci.

"Eunhee," Aku memandang ke arah pintu. Makcik Lee masuk ke dalam.

"Makcik nak keluar pergi beli barang masak. Nanti kalau pakaian dah habis basuh, kamu tolong la sidaikan ya?" Aku mengangguk.

"Okay."

"Makcik pergi dulu," Aku sekali lagi mengangguk sebelum menumpu ke arah kerja sekolah semula.

Tengok matematik pun boleh teringat kat dia. Kenapa entah.

Bahagian belakang pen aku ketuk banyak kali pada meja. Kenapa la soalan ni susah sangat? Ish.

Selang beberapa minit aku menekan kalkulator pula. Selepas itu, aku akan padam menggunakan liquid paper.

Dan itu berulang untuk 30 minit. Sampailah aku buat keputusan untuk pergi tengok pakaian dalam mesin basuh.

----

Sehun mengetap giginya. Tangan kanannya memegang cawan sambil matanya memandang perempuan di hadapannya.

"Kenapa datang sini lagi, Nami?"

"I nak you balik," Sehun tergelak sinis. Jarinya diketuk di atas meja sebelum dia bersandar di kerusi. Tangannya bersilang memeluk tubuh.

"And why is it?" Nami memandang lelaki di hadapanya tempat ke dalam mata.

"Sebab I still cintakan you," Sehun terdiam. Bibir dikemam sebelum dia bersuara.

"You faham tak I tak boleh terima you?" Nami memandang Sehun tak percaya.

"Kenapa? I dah tak cantik macam dulu ke?!" Sehun berdecit perlahan. Rasa menyampah pula dengan perempuan itu.

"I dah ada girlfriend baru."

"Lepastu?! Break je lah dengan dia! Datang kat I balik, Sehun! I tau you masih lagi sayangkan I!" Sehun menggeleng. Dia mendekatkan badan dengan meja.

"I kesian kat dia. Jadi, I takkan pernah sesekali break dengan dia,"

"Kenapa? Sebab dia miskin? Sebab dia hodoh?! Sebab dia-"

"Bukan, Park Nami!" Perempuan itu terdiam.

"Dia dah tak dak parents. Jadi, I perlu jaga dia."

"Tchh..Dia tak layak untuk you, Sehun. Tak dak siapa yang lebih layak untuk you lebih dari I," Sehun mengeluh. Dia bangun dan memandang Nami.

"Terpulanglah..I tak kisah you nak cakap apa pun. I nak naik atas, nanti you balik." Dia berpaling dan membuka langkah.

"Sehun," Nami menarik tangannya dan sesuatu yang tak dijangka berlaku.

Perempuan itu menciumnya dan dia langsung tak menolak mahupun membalas. Dia cuma berdiri di situ.

Dan tanpa mereka perasan, ada sepasang mata yang dah ternampak situasi itu.

---

Eunhee mengeluh berat. Tali beg dipegang erat. Harini Pakcik Kang tak dapat nak ambil. Jadi dia perlu balik jalan kaki.

Dan bukan itu masalahnya. Dia cuma terasa tak sedap hati saja. Entah kenapa, terasa berat kaki nak melangkah melepasi pagar sekolah.

Tapi, nak tak nak, dia tetap membuka langkah.

"Singgah kedai buku kejap la," Hatinya berbisik walaupun otaknya dah kata jangan.

"Bukannya jauh.. Pergi kejap je." Arah kaki diubah ke bandar.

"Yoon Eunhee!" Belum sempat dia nak buka lima langkah, dah ada suara yang menganggu. Dan dia amat kenal dengan suara tu.

"Yah! Kau nak pergi mana?" Sehun berhenti di hadapannya. Nafas diambil banyak kali.

"Apa maksud awak?"

"Kau nak pergi mana seorang? Kenapa tak balik terus?" Eunhee berdecit. Perasaan nak menjeling dia tahan.

"Kenapa awak kisah? Pergi la balik. Bukan urusan awak pun," Dia berpaling. Tapi niatnya untuk tinggalkan Sehun terhenti bila lelaki itu menarik tangannya.

"Kenapa aku kisah? Soalan jenis apa tu? Aku dah cakap. Entah berapa kali aku nak ulang. Kau tanggungjawab aku. Jadi aku kena pastikan kau selamat." Anak matanya menikam anak mata Eunhee.

Eunhee tergelak sinis kemudian memandang Sehun.

"Saya tak rasa saya mintak awak untuk jaga saya. Awak tiba-tiba saja wujud dalam hidup saya, then bawak saya masuk dalam penipuan awak tentang hubungan kita. Lepastu, saya terpaksa rahsiakan siapa awak yang sebenarnya. Dan awak cakap saya tanggungjawab awak?" Dia memandang Sehun tanpa beralih.

"Sedar tak Sehun? Awak selama ni dah menyusahkan saya sebenarnya? Masalah saya yang memang dah banyak sebelum ni, bertambah lagi lepas awak datang." Pegangan Sehun di tangannya semakin melonggar. Lelaki itu nampak agak terkejut dengan kata-katanya.

"Sehun.." Eunhee menahan sebak di dada. Sudah dua hari dia menahan perasaan. Dia perlu lepaskan juga sekarang.

"Jom tamatkan hubungan ni?" Pahit, tetapi digagahkan juga dia menelan. Sehun mengetap giginya. Ayat itulah yang dia paling tak mahu dengar.

"Eunhee-"

"Saya penat, Sehun..Penat hidup macam ni. Lagipun, awak.." Eunhee memejamkan matanya buat seketika sebelum kembali memandang Sehun.

"Lagipun awak masih ada Nami.. Pergilah kat dia..Dia masih cintakan awak..Kita cuma palsu, Sehun,"

"Eunhee, dengar...Aku tak cintakan Nami. Dia cuma-"

"Dan awak juga tak cintakan saya!" Sehun terdiam.

"Kalau awak tak cintakan dia..Tak da siapa yang awak cintakan, Sehun.." Eunhee menekup mulutnya. Dia cuba untuk tidak menangis. Sekurang-kurangnya bukan sekarang.

"Saya dengar dan nampak semuanya Sehun.."

"Awak masih lagi tak tamatkan hubungan bodoh ni sebab awak kesian kat saya!" Mata Sehun membulat. Dia langsung tak mejangka ini akan berlaku. Tangannya yang bergetar cuba untuk mencapai lengan Eunhee.

"Jangan sentuh saya.." Suaranya separuh berbisik. Dia memandang Sehun dengan tatapan kecewa. Kaki melangkah beberapa langkah menjauhi Sehun.

"Saya percayakan awak sebelum ni.. Saya ingatkan yang awak dah mula cintakan saya walaupun pada mulanya kita cuma cover depan orang.."

"Saya percaya yang awak ikhlas.."

"Saya percaya semua kata-kata awak.."

"Sehun.."

"Saya sebenarnya dah cintakan awak." Lelaki itu berdiri kaku.

"Tapi entah kenapa hati saya tiba-tiba rasa tawar lepas saya nampak semuanya haritu.." Eunhee berdehem membetulkan suara yang semakin serak.

"Bermula dari sekarang..Saya bukan sesiapa dalam hidup awak dan awak bukan sesiapa dalam hidup saya.."

"Kita padamkan semua memori yang ada.."

"Anggap saja saya sebagai salah satu memori hitam awak.."

"Jangan jumpa dengan sengaja lagi, Sehun. Kita dah tak ada apa-apa," Dan perempuan itu terus membuka langkah untuk ke bandar. Tak kira apa pun, dia tak rasa untuk balik awal harini.

Sehun mengemam bibirnya. Dia memandang belakang Eunhee yang makin menjauh dari pandangan.

Jadi...Eunhee dah dengar dan nampak.

Lelaki itu terduduk di atas bahu jalan. Rambutnya dikusutkan dan muka diraup. Pening dengan apa yang dah berlaku.

BAD BOY+OSH [Malay](C)Where stories live. Discover now