Chapter 24

138 15 0
                                    

"Oh Sehun. Saya Inspektor Kang Minjun dan ini Pegawai Choi Hansol," Sehun hanya memandang kedua-dua polis di hadapannya ini tanpa reaksi. Sudah lebih kurang tiga hari dia dan Chanyeol ditahan ke dalam lokap. Dan ini hari pertama dia keluar untuk soal siasat.

"Saya akan tanya beberapa soalan. Tolong jawab sama ada ya, atau tak." Inspektor Kang memandang Sehun mengharapkan walaupun sedikit reaksi dari lelaki itu. Tapi, hampa. Inspektor Kang memandang Pegawai Choi sebelum mengeluh perlahan.

"Kamu telah melakukan pelbagai jenayah seperti, membunuh dan berjudi di bawah umur?"

"Ya,"

"Kamu membuka beberapa buah kelab sekitar Hongdae dan Apgujeong dibawah umur?"

"Ya,"

"Beberapa jenayah yang kamu lakukan telah melibatkan seorang gadis remaja bernama Yoon Eunhee," Sehun menarik nafas panjang. Mendengarkan nama itu saja sudah cukup membuatkan dia sebak.

"Y-ya.."

"Dan kamu tau atau tidak, disebabkan jenayah yang kamu lakukan di hadapannya, telah buatkan dia mengalami fobia?" Sehun mengemam bibir. Dia agak tersentak. Perempuan itu langsung tak pernah bagitau tentang fobianya.

Dan kalau difikirkan..Apa sangat yang Sehun buat? Berjudi, minum arak dan keluar masuk kelab. Sahaja.

"Apa yang-"

"Tolong jawab ya atau tidak, sahaja," Sehun tersentak. Dia mengangguk.

"Ma-maaf,"

"Saya ulang soalan saya semula.."

"Kamu tau tak dia mengalami fobia disebabkan jenayah yang telah kamu lakukan hadapannya?"

"Tak,"

Pegawai Choi mengangguk kepada Inspektor Kang. Mereka terdiam sebelum inspektor itu memandang Sehun.

"Kamu ada pengikat jamin?" Sehun menggeleng.

"Peguambela?" Sekali lagi lelaki itu menggeleng.

"Baiklah, kamu boleh balik ke tahanan,"

----

"Mingyu.." Eunhee turun dari biliknya. Dia memandang lelaki itu yang sedang duduk di sofa.

"Tadi pagi dapat surat,"

"Surat? Surat apa?" Eunhee mengemam bibirnya. Dia melangkah untuk duduk di sofa bertentangan dengan lelaki itu.

"Dari mahkamah.. Perbicaraan Sehun lusa, pukul 3.30 petang. Chanyeol keesokannya, pukul 3.30 juga," Mingyu menjongketkan keningnya sambil memandang perempuan di hadapannya.

"Awak nak pergi?" Eunhee mengangguk.

"Saya sebagai saksi." Mingyu mengemam bibirnya sebelum mengangguk.

"Okay, kalau macam tu kita pergi-"

"Bukan itu saja saya nak cakap!" Eunhee mula panik.

"Habistu?" Perempuan itu bermain dengan jarinya sebelum memandang Mingyu.

"Tolong..Tolong ikat jamin diorang," Mingyu ketawa halus.

"Awak serius ke? Eunhee... Diorang dah buat banyak jenayah bawah umur. Diorang layak masuk penjara," Eunhee mengemam bibirnya. Matanya yang berkaca dipejamkan.

"Sa-saya tau.. Tapi..Diorang bukan sengaja. Tolonglah, Mingyu. Saya harapkan awak," Eunhee menahan sebak di dada. Apa yang dia tahu, dia nak Sehun dan Chanyeol diikat jamin. Nak harapkan cari peguambela memang tak lah. Peluang terlalu tipis.

"Tapi, Eunhee. Saya masih tak da hak nak ikat jamin. Kita masih bawah umur, tambah pula perbicaraan tu esok," Eunhee memejamkan matanya. Betul.. Apalah yang dia harapkan?

BAD BOY+OSH [Malay](C)Where stories live. Discover now