Chapter 25

164 16 0
                                    

Ting, tong!

Sehun mengemam bibirnya kuat. Kakinya tidak berhenti bergerak.

"Ya? Sehun?" Makcik Lee keluar dari rumah. Wanita itu nampak agak terkejut.

"Makcik..Ma-mana Eunhee?" Makcik Lee nampak teragak-agak.

"Dia tak bagitau kamu, Sehun? Pukul 8 malam nanti dia akan berlepas ke Lyon untuk belajar di sana. Sekarang, dia dah bergerak ke airport," Dua orang lelaki itu nampak tersentak. Sehun dapat rasakan bibirnya bergetar.

"Ke-kenapa, ya?"

"Makcik tak tau nak cakap. Dia cuma cakap yang dia nak sambung berlajar kat sana. Bulan Januari haritu dia memang dah apply nak masuk uni kat sana. Dan dah lama juga dia terima tawaran tu. Cuma dia teragak-agak nak pergi atau tak. Dia cakap, dia nak bagitau kamu dulu. Lepastu baru dia pergi." Sehun terduduk. Dia tak pernah bayangkan benda ni akan terjadi.

----

"Cepat, Yeol, ada lagi 15 minit!" Sehun tak dapat duduk diam di tempat duduk penumpang. Dia betul-betul rasa nak lari ke lapangan terbang sekarang.

"Banyak kereta sangat ni, Sehun." Chanyeol mengetuk stereng kereta.

"Okay, macam ni. Airport dah tak jauh. Apa kata kau lari je? Tunggu kat sini pun ambil masa," Chanyeol memandang rakannya. Sehun mengemam bibirnya.

"Serius, nanti kita jumpa kat sana." Chanyeol sekali lagi memandang rakannya untuk memberi kepastian.

"O-okay. Jumpa sana," Sehun keluar dari kereta dan terus berlari ke lapangan terbang. Dia berhenti di pintu utama. Kepalanya memandang kiri dan kanan sehinggalah matanya tertancap pada papan kenyataan yang memaparkan masa berlepas dan sampai.

Seoul - Lyon : 2000 | 1830

Dia mengerling jam tangan. 7.55. Dia betul-betul kena cepat. Sehun berlari ke arah balai perlepasan. Dia memandang ke tingkat atas ruang menunggu. Dia terkaku.

"Eunhee.." Dia cuma mampu berbisik. Perempuan itu dah berjalan dari situ. Dia mengetap giginya. Sumpah. Dia betul-betul sedih. Tak pernah dia rasa macam ni seumur hidupnya.

"Sehun." Lelaki itu memandang hadapannya.

"Chanyeol..Dia.. Dia dah pergi," Chanyeol terdiam. Dia dah boleh agak memandangkan mereka terlalu lambat.

----

Sehun berbaring sambil memandang siling putih di biliknya. Kata-kata Eunhee di surat tadi terngiang-ngiang di mindanya.

' Hai, Sehun!
      Waktu awak habis baca ni, mesti awak tak sangka kan? Sebenarnya saya banyak juga berselindung dari awak. Sebenarnya, sebelum saya kenal awal lagi, saya dah apply untuk universiti di Lyon. Dan dalam dua atau tiga minggu lepas saya dapat tawaran. Saya teragak-agak juga nak terima atau tak memandang waktu tu saya dah kenal awal. Jujur, saya cakap, saya rasa sayang nak tinggalkan awak. Tapi, sebab ini memang impian saya, jadi saya terima juga. Niat saya, saya akan beritahu awak beberapa hari sebelum flight. Maaf, Sehun. Saya pun dah macam penipu sekarang.
    Awak mungkin ingat saya dah tak sayangkan awak. Tapi, Sehun sebenarnya saya masih lagi cintakan awak. Ingat, walaupun bila dah besar, awak dah jumpa orang lain, saya masih lagi cintakan awak. Ingat tu. Nak tahu kenapa saya sanggup tinggalkan awak?
   'Aku akan jaga kau sampai kita dah bawak haluan masing-masing, waktu tu, kita tak akan jumpa dah, itu janji aku,'
Itu kata-kata awak, kan? Dan saya nak tunaikan. Saya dah ada haluan saya dan itu maksudnya saya dah bukan tanggungjawab awak. Kita tak akan jumpa satu sama lain dah. Sebab saya tahu, saya langsung tak layak untuk awak.
   Sayang...Perkataan tu langsung tak pernah ada orang gunakan untuk saya dan awak orang pertama. Saya betul-betul happy lepas saja awak wujud dalam hidup saya. Sounds cliché, but true. Awak dah banyak juga ubah saya.
   Sehun... Walaupun kita tak akan jumpa dah..Tapi, awak masih lagi ada di hati saya..Okay? Lepasni, awak dah kena berhenti buat crime. Itu harapan terakhir saya. Berhenti buat apa yang awak sedang buat, sampailah kita umur 21 tahun. Lepas saja tempoh tu, awak buatlah apa awak nak buat.
  Dan, sebenarnya saya langsung tak lupakan awak. Dah cukup panjang surat ni, jadi saya tak nak tulis apa sebenarnya yang dah jadi. Awak tanya lah Mingyu, ya? 010-38564562. Itu nombor dia. Tanyalah!
  Last but not least, Sehun. You are my first love to be honest. There is a saying goes, 'First love often doesn't make it,' I guess it's true, huh? Apa-apa pun, jaga diri awak! Saya dah tak ada lepasni. Terima kasih atas segalanya, Sehun. Ingat, saya cintakan awak!

                  Lots of love,
Yoon Eunhee.

Sehun mengalirkan air matanya. Tak sangka..Antara mereka berdua, perempuan tu yang tinggalkan dia. Gila... Complicated betul kisah cinta mereka. Dan truth to be told, sebenarnya dia sendiri pun dah mula cintakan Eunhee. Dia tak nak mengaku, tapi itu sebuah fakta. Perempuan itu berjaya buatkan hari-harinya lebih bahagia dari biasa.

----

"Sebenarnya..Nami ada suruh aku bagi dia makan ubat pelupa or whatever it is tu... Tapi, of course..Aku tak nak terlibat dalam kes gila dia. Jadi, aku suruh Eunhee berlakon. Supaya senang sikit nak bagi Nami dan Sungmin masuk perangkap," Mingyu terdiam. Terasa bersalah pula bila bercakap depan-depan dengan Sehun dan Chanyeol begini.

"Lepastu?"

"Pasal polis tu..Aku minta maaf sangat. Waktu tu aku cuma kenal korang melalui Nami dan Sungmin.. Jadi aku rasa korang memang patut dihukum."

"Dan lepas Eunhee cerita perkara yang sebenar tentang Sehun baru aku faham..Serius, aku minta maaf." Mingyu memandang mereka berdua bersalah. Sehun terkejut. Eunhee cerita?

"Apa yang dia cerita tentang aku?"

"Jangan risau! Dia tak cerita secara detail. Dia cuma cakap yang kau ada kisah hitam dulu yang dah lead kau untuk jadi macam tu," Sehun mengangguk.

"Sekali lagi, sorry Sehun, Chanyeol." Mereka bertiga cuma diam. Sampailah Chanyeol menggeleng.

"Kitorang yang patut minta maaf kat kau. Disebabkan Nami nakkan Sehun, sekali dengan kau terlibat sekali. Dan..Thanks, sebab dah ikat jamin kitorang. Kalau bukan sebab kau, rasanya aku dah tak dapat nak tengok dunia dah," Mereka ketawa halus.

"Oh, ya Sehun.." Mingyu memandang lelaki itu sedalam-dalamnya.

" Tak dak orang yang dia lebih cinta dan sayang dari kau. Percayalah cakap aku..Sampaikan aku sendiri pun dah fade up nak ambil hati dia. Trust me, she loves you more than you think." Sehun terdiam. Kepalanya kembali serabut.

-----

"Miss Eunhee? This is your unit, I hope you like it," Eunhee memandang ke dalam unit apartment yang disediakan untuknya.

"I love it, thank you very much." Pekerja itu mengangguk.

"So, you will start your orientation weeks by the day after tomorrow, please get enough rest." Perempuan itu mengangguk.

"I'll head back first." Eunhee melangkah masuk ke dalam rumahnya. Pintu ditutup dan bagasi di tarik masuk. Dia tersenyum. Akhirnya, impian dia tercapai juga.

Dia berjalan ke arah tingkap biliknya. Eunhee tersenyum sambil memandang pemandangan luar yang sedang dibasahi hujan.

Tak semua apa yang kita harapkan akan tertunai kan? Ada kadang kala kita terpaksa korbankan sesuatu untuk kebaikan semua orang. Dan itu apa yang dia sedang buat sekarang. Korbankan perasaannya untuk Sehun. Biarlah, bukannya selalu dia melalui benda yang sukar macam ni.

Apa dia perlu ingat ialah, lelaki itu dah wujud dalam hidupnya dan menjadi salah satu memori indah dalam minda. Dia cuma perlu tahu yang cinta dia tak pernah hilang walaupun dah habis hayat.

Betul, orang kata..Cinta pertama kita bukan selalunya orang yang akan bersama dengan kita sepanjang hayat. Tetapi, cinta pertama kitalah yang akan diingat sepanjang hayat.

"Terima kasih, dan selamat tinggal, Oh Sehun."

- End -

BAD BOY+OSH [Malay](C)Where stories live. Discover now