Chapter 22

123 12 0
                                    

Eunhee terjaga. Mata dipejam rapat untuk meredakan sakit kepala. Sekeliling bilik itu dipandang. Tangannya  sudah pun dilepaskan.

Knock, knock

Pintu bilik dipandang. Seorang lelaki berpakaian serba hitam sambil mukanya ditutup separuh dengan topeng muka melangkah masuk.

Eunhee merapatkan kaki ke dada. Dalam hati, dia berdoa supaya lelaki ini tak akan apa-apakan dia.

"Eunhee," Lelaki itu berhenti di hadapan katil itu. Topeng dibuka.

"Min-Mingyu?" Lelaki itu meletakkan satu jadi di bibir tanda untuk perlahan sedikit suara.

"Apa..Apa yang awak buat kat sini?" Pelik juga..Takkan lah Mingyu pun sekutu Nami?

Lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

---

"Ya Tuhan! Eunhee.." Makcik Lee terjatuh melutut. Mulut ditekup menahan esakan.

"Makcik jangan risau.. Saya akan handle benda ni." Sehun duduk bercangkuk. Jelas riak risau di wajahnya.

"Makcik serahkan pada kamu ya, Sehun?" Sehun mengangguk yakin. Dia memandang Chanyeol yang setia berdiri di hadapan pintu masuk. Sama-sama mengeluh.

"Tolong selamatkan Eunhee dan jaga diri kamu juga.." Makcik Lee memandang Sehun.

"Baik, mak cik.." Mereka sama-sama berdiri.

"Makcik tolong jangan telefon polis. Kalau tak, kami bertiga dalam bahaya, nanti." Makcik Lee mengangguk. Kalau bukan sebab amaran Sehun, dah lama hal ini jadi kes polis.

"Saya pergi dulu, ya? Makcik jaga diri."

"Kamu berdua pun. Tolong balik dengan selamat." Mereka berdua tersenyum seraya mengangguk.

"Kami minta diri." Mereka berdua menunduk hormat sebelum melangkah keluar.

"So..Sekarang?" Sehun memandang Chanyeol sekilas.

"Kau call diorang. Pesan, supaya pastikan kedudukan diorang tak dapat dikesan dan sentiasa peka dengan panggilan kita," Chanyeol mengangguk. Dia mengeluarkan telefon dari dalam poket.

"Now...We will attack 'em."

----

"You dah buat masukkan benda tu?" Nami memandang sepupunya dengan penuh bongkak.

"Dah." Perempuan itu tersenyum. Dia memandang Eunhee yang terbaring tak sedarkan diri di atas katil.

"Good..Lepas Sehun jadi milik I, you boleh lah kalau nak ambil dia." Lelaki di hadapannya ini mengangguk.

"Thanks, Mingyu. Kerja you dah habis." Dia terus melangkah keluar.

Mingyu melepaskan nafas berat. Dia memandang Eunhee.

'Sorry, Eun..Sorry, Sehun. Aku terpaksa,'

Dia menutup pintu bilik itu sebelum meninggalkan Eunhee berseorangan.

---

"Boss! Diorang dah sampai!" Sungmin tersenyum sinis. Dia memandang Nami.

"Okay..Biarkan diorang. Ingat, jangan serang kalau diorang tak serang. Kita tak nak cederakan sesiapa." Pekerja tadi mengangguk tanda faham.

Sungmin memandang monitor CCTV yang dipasang. Adiknya dengan Chanyeol sedang berdiri di hadapan rumah ini.

Nampak clueless dan berharap.

Dan itu apa yang dia nak.

~•

"Kau seriuslah, Hun? Bukan ke sepatutnya rumah ni lagi penuh dengan pegawal?" Chanyeol berkerut memandang banglo di hadapannya. Langsung tak nampak macam ada mangsa culik di dalam.

"Yeol, aku datang rumah dia ni hampir dua puluh kali, wei. Aku tau la," Sehun berdecit. Mereka berdua turun dari kereta.

"Tapi, kau kena hati-hati. Sungmin tu bukannya boleh dipercayai. Dia suka main trick. Pastikan back up kita bersedia," Chanyeol mengangguk. Mereka memandang sekeliling sebelum melangkah masuk ke dalam banglo itu.

"Boss suruh aku bawa korang naik ke atas," Seorang lelaki berbadan tegap berdiri di hadapan mereka. Mukanya langsung tiada reaksi. Nampak sangat dah didera dengan Sungmin.

Sehun memandang rakannya sebelum mengangguk. Mereka berdua mengikut langkah lelaki tadi ke tingkat atas.

"Ini, perempuan tu ada di dalam," Dengan itu, lelaki tadi turun ke bawah meninggalkan mereka berdua yang agak keliru.

Kenapa..

Senang sangat? Takkanlah Sungmin nak lepaskan Eunhee padanya begitu saja? Apa motifnya?

"Kau nak buka?" Sehun mengemam bibir sebelum perlahan-lahan mengangguk. Tangannya naik memegang tombol pintu itu.

"Relaks, Hun." Tangannya menolak pintu itu. Jantungnya mengepam darah ke seluruh badan dengan laju sebaik sahaja pintu bilik itu terbuka.

Seorang perempuan bergaun putih sedang berdiri membelakangi mereka. Dia sedang melihat keluar beranda. Rambutnya yang panjang dibiarkan lepas.

"Dia nampak..Elok?" Chanyeol bisik ke arah Sehun. Dengan bibir yang masih bergetar, Sehun menyebut nama itu.

"Eun-Eunhee.." Perempuan itu beralih ke belakang. Lelaki itu dilanda rasa sebak secara tiba-tiba. Entah kenapa, pandang saja muka perempuan itu, dia terasa seperti sebiji batu yang besar dijatuhkan dari bahunya.

"Si-siapa..Awak?" Mereka berdua kaku.

BAD BOY+OSH [Malay](C)Where stories live. Discover now