Chapter 10

158 17 0
                                    

Aku memerhatikan kawasan padang sekolah. Untuk kali pertamanya, Sehun mengajak aku makan bersama. Di padang sekolah pula tu, macam lah kat kantin tu dah tak dak meja. Ish!

Tapi bagus juga, aku kena cari cara untuk pujuk dia supaya ajar aku.

Tapi tulah, tiba-tiba saja ego naik menggunung. Aku rasa macam tak perlu minta dia ajarkan sebab kononnya aku dah cukup pandai.

"Selesai pandang muka aku?" Aku tersentak. Dia perasan?

"Perasan lah! Saya tak pandang pun, berfikir je," Aku mencebik. Tak nak bagi dia kembang semangkuk.

"Sama ja kan? Tak payah la mengelak. Aku tau aku handsome," Mata aku membulat. Ya Tuhan, gila perasan dia ni.

"Sejak bila awak perasan ni?" Dia mengangkat bahu sambil tersenyum.

"Aku belajar dari kau lah." Senyuman masih lagi tak lekang. Wah, dia senyum. Gila, rasanya ni first time aku tengok dia senyum selepas aku tau pasal diri dia yang sebenar.

"Kenapa? Ada apa-apa ke?" Dia menyentuh mukanya. Aku menggeleng.

"Tak...Awak..Awak tersenyum." Dia memandang aku terkejut. Tak lama selepas itu, dia berdehem.

"Oh, ya. Aku tengok dari gerak geri kau macam ada sesuatu..Bagitaulah kalau ada," Tangannya mencapai chopsticks semula. Makanan dimasukkan ke dalam mulut.

"Ermm..Kalau tak menyusahkan awak lah.. Saya tak paksa.." Aku menggantung ayat. Sedang susun semula perkataan-perkataan yang akan dikeluarkan.

"Kan aku dah cakap. Sekarang kau tanggungjawab aku, tak kira lah benda tu besar ke kecik ke..Aku akan cuba untuk tolong. Cakap lah cepat," Selesai makan, dia meletakkan chopstick dan menutup semula bekas makanan. Tisu dicapai.

"Sa-saya cuma nak mintak tolong awak ajarkan matematik. Bila dah masuk chapter baru ni saya rasa macam nak pecah otak sikit," Kami berdua terdiam. Lebih kepada dia sebenarnya. Memang lah aku kena diam untuk tunggu jawapan dari dia.

"Okay," Dia mengangguk. Aku pula yang blur tiba-tiba.

"H-huh?"

"Aku akan ajar kau..Tapi kenapa kau mintak aku ajarkan?" Dia memandang aku. Sebelah keningnya terangkat seketika.

"Erm..Saya dengar awak pandai. Itu sajalah," Dia tersenyum sinis. Kepala disengetkan dan matanya langsung tak meninggalkan mata aku.

"Kau stalk aku?"

"Hey! Mana ada! Ish..Awak ni memang jenis yang perasan ke macam mana?" Aku berdecit.

"Habistu, dari mana kau tau? Aku tak rasa aku ada bagitau kau tentang prestasi akademik aku," Aku berdecit. Kena susun balik ayat supaya dia tak kembang nanti.

"Saya dengar dari Aeri. Dia lah yang stalk awak. Bukan saya!" Dia menegakkan badan semula.

"Kau tak dak rasa nak stalk aku jugak?" Aku berkerut.

"Kenapa?"

"Saja..Mana lah tau kau nak tau lebih banyak tentang boyfriend kau ni." Dia tersenyum nipis.

"Tak dak masa lah. Dah la, jom!" Aku mengemas barang dan terus bergerak ke tong sampah untuk membuanh sampah.

---

"Bye, Eun!" Aku melambai ke arah Aeri. Harini entah kenapa, dia ajak aku balik jalan. Buang tebiat juga budak tu.

"Eunhee dah balik!" Aku menutup pintu utama. Kasut dibuka sebelum menukar kasut rumah.

"Selamat pulang! Oh, ya Eunhee." Aku memandang Mak Cik Lee yang baru berjalan keluar dapur.

"Esok, kawan mendiang ayah kamu nak datang melawat. Kalau tak keberatan lah..Katanya saja dia nak datang melawat dengan family dia." Aku mengeluh. Kenapa lah kena datang?

BAD BOY+OSH [Malay](C)Where stories live. Discover now