Bahagian 2 : Gigi Emas Mayat Wak Sarpin

3.6K 88 5
                                    

Malam bertambah larut.
Badrul dan rahim mula membaringkan diri.Kerana keduanya baru sahaja bercerita tentang gadis bertudung itu,maka bunyi-bunyi binatang kecil-kecil dikeheningan malam itu menjadi perhatian keduanya.
Bila suara angin diluar mula menimbulkan bunyi.Keduanya merasakan bahawa diantara deru angin itu ada terselit keanihan,sehingga keduanya memasang telinganya.Ianya merupakan suara panggilan yang ditelan bunyi angin.Akhirnya keduanya kembali duduk dan cuba mendengarkan suara panggilan yang meminta tolong tersebut.
"Suara panggilan yang menyesatkan...Marilah kita mengucapkan kebesaran nama allah."Ajak badrul kepada rahim.Keduanya kemudian mengucapkan ayat yang diajarkan oleh gadis bertudung itu.Angin diluar memang bertiup mula kencang.Sehingga menimbulkan bunyi yang nyaring ketika angin itu melanda daun-daun kayu.
Suara itu pun tedengar lagi dan timbul tenggelam diantara deru angin.
"Badrul...,kau dengar suara itu?"Soal rahim.
"Ya...tidak jelas...kerana suara angin itu mula menimbulkan bunyi."Keduanya kembali mendengarkan dengan penuh perhatian.Suara panggilan itu  lemah ditelan bunyi angin.
Walaupun keduanya dilanda keseraman yang menyelimuti diri mereka,namun keduanya berusaha mendengar suara yang hampir-hampir tenggelam akibat ditelan bunyi angin tersebut.Dengan wajah yang kaku dan tegang badrul memasang telinga.
"Aku dapatkan suara panggilan itu."Kata badrul berbisik.Rahim ternganga mulutnya,dan matanya membulat kerana ingin tahu apa yang didengar oleh badrul.
   "Dia menyebut nama allah dan meminta tolong."Kata badrul dengan cepat kemudian diam kembali kerana hendak mendengar kan lebih lanjut.Masing-masing berusaha untuk mendengarkan suara panggilan itu.
"Ya..,aku dapat kan suara itu lagi."Kata badrul.
"Aku pun mendengarkan kata-kata bismillah itu diucapkan."Kata rahim.
"Aku telah dapatkan apa yang dimaksudkan.Mari temankan aku ke bilik mandi."Kata badrul yang kemudian bangkit dari duduknya.Rahim mengikuti dari belakang.Selepas badrul mengambil air sembahyang,dia pun kembali ke ruang depan setelah menyiapkan kertas dan pen dan dakwat.
Rahim memerhati pintu tingkap yang tidak diselak dengan baik nampak bergerak-gerak ditiup angin.Diapun kemudian menutup daun tingkap tersebut,dengan perasaan yang diliputi dengan macam-macam syak.Setelah daun tingkap itu ditutup rapat,barulah badrul menulis ayat diatas kertas.
Setelah menulis ayat tersebut,badrul segera melipatkannya dan dimasukkan dalam songkoknya.Rahim yang tidak dapat dengar dengan jelas akan suara itu,kini mengikuti sahaja apa kemahuan badrul.Ketika badrul keluar dari rumah,rahim pun ikut juga.
   Kemana kita?"Sola rahim tak mengerti dan tubuhnya mula menggigil bila telah berada diluar rumah.
"Rahim...,aku pun bukan berani sangat.Kalau kau tak dapat menguasai ketakutanmu,aku pun tak dapat melaksanakan kerja ini.Sekarang kita pergi ke kubur gadis yang bertudung itu.Aku perlu meletakkan ayat yang aku tulis diatas kuburnya.Itu saja."Bisik badrul dengan nafas yang ditahankan.
Nampaknya badrul mengajaknya dalam keadaan yang cemas.Maka rahim pun mengikut kehendak kawannya itu.Keduanya menggunakan basikal masing-masing untuk ketempat yang dituju.Keduanya mengayuh dengan melawan arah angin,sudah tentu kaki-kaki mereka cukup berat menekan pengayuh.
"Basikal ini tidak dapat kita kayuh."Kata rahim setengah berteriak.Bunyi daun-daun pokok yang dilanda angin kencang cukup menimbulkan suara bising dan menyeramkan suasana.Ternyata apa yang dikatakan oleh rahim memang benar.Badrul pun tidak dapat mengayuh basikalnya.
"Kita terpaksa menolak basikal ini."Teriak badrul.Keduanya kemudian berjalan kaki dan basikal masing-masing ditolaknya.Keadaan angin masih tetap kencang sehingga keduanya yang berjalan melawan arah angin itu berjalan dengan lambat.
Rahim yang selalu dilanda perasaan syak terhadap benda-benda yang ada ditepi jalanan itu,kemudian melihat bayangan tinggi seakan-akan hendak rebah.Mula-mula ia bergerak.Ketika ia menimbulkan bunyi kuat,maka tahulah rahim terhadap benda tersebut.
"Awas badrul....,pokok besar tumbang..!"Teriak rahim kuat.
   Badrul pun sedar akan kejadian itu sebelum rahim mengingatkannya.Ternyata benarlah dugaan rahim.Pokok tersebut tumbang dilanda angin yang bertiup menakutkan itu.Bunyi cabang ranting yang patah menambah suasana angin yang sedang kuat bertiup itu makin menimbulkan suasana yang dahsyat.
Badrul dan rahim terselamat tanpa mengalami kecederaan sedikitpun.Keduanya tercungap-cungap menolak basikalnya setelah berjalan sekian lama.Angin yang bertiup belum ada tanda-tanda berkurang,dan malam pun bertambah pekat menghitam.
"Kita haru cepat sampai ke kubur itu."Teriak badrul.
"Yalah....,tapi tengok lah.Setakat ini sahaja yang kita boleh bergerak."Jawab rahim.Berjalan didalam kegelapan dan dalam keadaan yang menyulitkan ini,sudah tentu bagi mereka berdua susah untuk mengenali jalan menuju ke kubur tersebut.
"Kita telah berada jauh diluar kampung.Adakah kita ni sesat?"
   "Sesat? Ah...,tidaklah.Marilah jalan kearah sini.Aku rasa kubur itu tak jauh dari sini,hanya kurang beberapa langkah saja."Jawab badrul yang mengenal pasti akan tempat itu.
"Kita letakkan basikal kita disini."Perintah badrul.Rahim mengikut.
Keduanya kemudian meneruskan berjalan tanpa membawa beban.Ternyata kedua nya bergerak lebih dapat mengenali keadaan disitu.Badrul mengingat-ingat dimana agaknya kubur yang pernah dijumpai itu.Bayangan keduanya didalam kegelapan malam itu menunduk-nunduk cuba mencari tanda-tanda kubur.
"Ha..Itu disana."Teriak badrul sambil bayangan tangannya menunjuk arah depannya.
"Ya agaknya."Tambah rahim sambil mendekatkan diri kepada badrul kerana seram.
Kerana sekeliling kawasan sekitar kubur tersebut telah dibersihkan,maka kubur itu memang nampak oleh kedua pemuda tersebut.Bila nampak kubur tersebut,mulalah badrul dan rahim menghampiri dengan langkah cepat.Walau bagaimanapun keduanya tidak lepas dari perasaan yang dihantui oleh macam-macam syak wasangka.
   "Apa yang akan terjadi disekitar kubur ini badrul?"Tanya rahim.
"Aku tidak tahu.Mudah-mudahan kita tidak melihat sesuatu yang menakutkan."Kata badrul sambil makin hampir ke kubur didalam kegelapan malam tersebut.Rahim makin merasakan debar jantungnya makin kuat bila dirinya telah dekat dengan kubur itu.
Bayangan kubur yang menghitam dan dalam keadaan malam yang seperti ini,sudah tentu membuat keduanya antara berani dan tidak berada ditempat ini.Tetapi didalam hati,badrul menguatkan dirinya agar dapat cukup tenang melakukan kerja ini.
"Aku melakukan kebaikan demi gadis didalam kubur ini."Kata hatinya.
Badrul menundukkan dirinya dan rahim pun mengikut gerakan badrul.Angin masih bertiup kencang.Daun-daun kering yang berterbangan dikegelapan malam,cukup banyak bertaburan dan sebahagian jatuh menimpa kubur dan kedua pemuda tersebut.Badrul kemudian mengambil tulisan ayat tersebut kemudian diletakkan diatas tanah kubur dan tetap terletak disitu sambil kedua tangannya menindih ayat tersebut.
Rahim yang cuak dengan kegelapan malam dan ditempat seperti ini,mula membayangkan sesuatu yang bukan-bukan.Ketika dia melihat sekelilingnya,hanya kegelapan malam dan bayangan benda-benda yang digerakkan oleh angin kencang.Alangkah serammnya.Ditempat yang terpencil dan berada disisi sebuah kubur seperti ini bukannya perkara mudah untuk dilakukan.Kata hati rahim yang diliputi ketakutan.
Bunyi angin yang melanda pucuk pokok mula berkurangan.Angin pun mula reda.Tak berapa lama kemudian angin itupun tiada menimbulkan benda-benda ada disekitar tempat itu.Badrul dan rahim saling berpandangan.Kini suasana itu digantikan dengan kesunyian malam yang mencengkam.
Keduanya masih berada disisi kubur,dan memikirkan kejadian ini seakan suatu keajaiban yang luar biasa.Kini suasana demikian digantikan dengan udara malam,malam yang mula terasa sejuk.Keduanya cuba mengawasai keadaan sekelilingnya.Mereka berdua hanya melihatkan kegelapan malam dan bayangan hitam dari benda-benda yang ada di sekeliling.Benda-benda itu hanya menambahkan seramnya suasana,yang membuat badrul dan rahim risau terhadap kegelapan malam.
"Angin dah reda."Bisik rahim cukup perlahan ditelinga badrul.
   "Lebih baik kita tinggalkan tempat ini."Ajak rahim kerana merasakan dirinya tak boleh tahan malam-malam begini berada ditempat yang sepi dan disisi sebuah kubur yang rohnya telah menjelma.
Badrul tidak menjawap.Tapi hanya mengangguk perlahan.Ayat yang terletak diatas tanah kubur itu ditindih dengan batu agar tetap berada disitu.Perlahan-lahan badrul berdiri diikuti oleh rahim.Seterusnya badrul dan rahim mula meninggalkan kubur itu.
Disaat yang sama dimalam itu.
Didalam sebuah rumah yang dilengkapi peralatan ganjil,mengepullah asap kemenyan dari mangkuk pembakarnya.Dua buah tengkorak kepala manusia yang terletak diatas pacak nissan tiba-tiba tengkorak itu retak dan kemudian pecah.
Orang lelaki tua yang mempunyai wajah hodoh sedang bersila menghadap kepulan asap kemenyan.Ketika dilihatnya dua tengkorak manusia itu telah pecah dan pecahan itu berhamburan dilantai tempatnya bersila,maka terkejutlah lelaki tua itu.Matanya membulat dan mulutnya ternganga.
"Hah...,apa yang menyebabkan ini semua?"Tanya lelaki tua itu seorang diri.
"Oh ini bermakna aku tidak dapat menguasai rohnya lagi.Usahaku gagal."Kata orang tua itu seorang diri sambil menunjukkan wajahnya yang menggambarkan rasa terkejut yang sangat.
Dia memerhati serpihan tengkorak yang berkecai dilantai tempat dia bersila.Setelah dia memerhati cukup lama akan benda-benda yang menjadi pujaan itu,dia pun kemudian berdiri dan memikirkan sesuatu.Tak lama dia telah berdiri diluar rumahnya dan wajahnya mengarah keatas.
   Setelah dia melihat keatas,maka nampaklah mendung diatas yang sedang menutupi bulan.Sebaik kelihatan bulan tersebut terkeluar dari awan hitam yang menyelimuti,maka orang tua ini mengangkat kedua belah tangannya dan dia pun mengucapkan sesuatu yang kurang jelas seakan menyeru akan sesuatu.
Selepas demikian dia pun menyemburkan serbuk didalam mulutnya dan disemburkan ke atas.Kemudian ke kiri kemudian ke kanan.Selepas demikian maka dia pun berjalan menjauhi rumahnya menembus kegelapan malam.Dia terus berjalan sambil sesekali dia berhenti mengucapkan sesuatu.
Setelah lama dia berjalan,tahu-tahu dia telah berada di suatu tempat iaitu disebuah luar pondok yang didalam sebuah pondok itu berada dua orang yang sedang duduk-duduk.Didalam pondok itu hanya diterangi oleh sebuah pelita minyak yang digantung didinding.
Orang dua tersebut segera mendengar perbualan kedua lelaki yang didalam pondok.
"Macam mana ni.Lama dah kita tak dapat menghasilkan barang-barang curian.Nak merompak pun,kampung dalam keadaan malam seperti ini dah tentu ada orang-orang berjaga."Kata lelaki yang lebih muda.
  "Sekarang ni memang dah tak dapat lagi peluang untuk mencuri atau merompak.Pemuda kampung telah mengadakan penjagaan di pondok-pondok kawalan dan sentiasa meronda.Kalau kau mau,kita pergi ke kubur wak saripin itu."Kata seorang lagi yang lebih tua.
"Apa?...,hiii...kekubur malam-malam begini.Ah tidak."Jawab yang muda.
Tak lama kemudian terpikir pula yang muda untuk mengetahui apa yang ada dikubur berkenaan dengan mayat wak saripin itu.Lelaki muda itu kemudian menatap wajah lelaki yang lebih tua.
"Apa kene nya dengan pergi kekubur wak saripin?"Soalnya.
   "Apakah kau tidak pernah tahu yang wak saripin itu bergigi emas seluruhnya.Sementara kita belum dapat hasil dari barang curian,elok kita gali kubur wak saripin dan mengambil gigi emasnya itu."Kata lelaki yang lebih tua.
   "Menggali kubur dan berdepan dengan mayat wak saripin itu.Hiii...mengerikan.Apa lagi wak saripin baru meninggal dalam tiga hari ini.Alamak seramnya.Tidak man.Aku tidak mau."Kata yang muda.Bila saman mendengar kata rakannya,maka hilanglah harapannya untuk mendapatkan gigi emas wak saripin.
"Kau fikir baik-baik kohar.Kita gali kubur wak saripin siang hari tahu.Seram itu memanglah.Tapi kalau kita gali kuburnya siang hari aku rasa seram itu kuranglah.Gigi emas itu tidak kurang dari lima ratus ringgit tahu.Masa hidupnya,wak saripin pernah berkata kepadaku yang gigi emas itu berharga lapan ratus ringgit,tahu tak."Kata saman cuba lagi mempengaruhi fikiran kohar.
"Eh iyeke boleh laku gigi wak saripin itu agak lima ratus ringgit?"
"Kalau lah gigi emas itu jatuh pada harga empat ratus atau tiga ratus,jadilah.Mana nak dapat kerja semudah itu.Tak payah kita malam-malam menhendap rumah orang.Bongkar kubur kita buka mulut wak saripin,nah dapatlah hasilnya."Kata saman.
"Bagus rancangan itu.Aku setuju."Kata suara dari luar.Saman dan kohar terkejut bila mendengar suara yang tiba-tiba didengar nya itu.Ketika keduanya tahu siapa yang masuk didalam pondok tersebut,maka hilanglah terkejutnya.Orang tua itu kemudian ikut duduk disisi keduanya dan tersenyum.
"Apa pula yang wak tahak malam-malam begini ikut menyibuk?"Soal kohar.
"Adalah wak nak bincang sikit.Wak dah hampir-hampir berjaya menggunakan barang curian tengkorak kepala kepunyaan wak saripin itu.Tetapi sayangnya,tengkorak kepala itu jatuh dan pecah kedua-duanya."Kata wak tahak.
   "Sekarang begini.Bila kalian berdua da setuju untuk membongkar kubur wak saripin,aku mau kepala wak saripin."Kata wak tahak dengan sungguh-sungguh.Saman dan kohar saling berpandangan.
"Untuk itu nah.Dua puluh ringgit seorang."Kata wak tahak dengan menghulurkan wang kertas ringgit dan diletakkan di tikar didepan mereka berdua.Kohar pun memandang saman.
Kemudian wak tahak pun meneruskan kata-katanya.
"Kau tahu kohar dan saman.Buku ini.."Wak tahak menunjukkan buku ditangannya.
   "Buku ini kepunyaan wak sarpin.Tetapi wak sarpin tak banyak tahu bahasa lama didalam kandungan buku ini.Tetapi wak,tahulah isi dan maknanya.Itulah sebabnya percobaanku hampir berjaya."Kata wak tahak.
"Aku mahu tengkorak kepala yang baru.Ia kugunakan untuk memanggil syaitan seperti tunjuk ajar didalam buku hikmat ini.Kemudian syaitan itu aku suruh untuk mencuri roh orang yang telah mati,dari alam barzakh.Roh itu kemudian aku penjarakan didalam tengkorak kepala itu.Lepas itu roh itu akan kusuruh menurut kehendak hatiku.
  Contohnya untuk mengambil harta kekayaan,atau untuk mendatangkan dara yang cantik agar datang kerumahku.Ha macam itulah ilmu roh yang terkandung didalam buku kepunyaan dukun wak saripin ini."Kata wak tahak menerangkan lebih jelas lagi.Saman dan kohar adalah pemuda bujang yang gatal dan suka mengurat.
   Apabila disinggung tentang boleh mendatangkan anak dara dengan ilmu roh itu maka mulalah terpikir oleh keduanya.Dan selera kohar baik pun saman mula bangkit.Keduanya kemudian diam untuk beberapa lamanya.
   "Boleh kaya dan boleh mendatangkan anak dara orang?"Soal saman.
"Tapi wak.Memanggil syaitan dan menggunakan tengkorak kepala,bukankah itu merbahaya.Bagaimana nanti kalau syaitan itu mengamuk,atau roh yang jadi suruhan itu berontak?"Soal kohar.Wak tahak tersenyum.Seakan kata-kata kohar itu tidak mempengaruhi sedikitpun.
"Didalam buku ini disebutkan jampi-jampi sebagai tolak balanya.Jadi wak tidaklah bimbang sedikit pun.Dan wak telah menghapal tatacara seperti didalam buku ilmu roh tersebut."Kata wak tahak meyakinkan.
"Kalian tak percaya,bolehlah kita bertiga menyaksikan wak memuja tengkorak kepala wak saripin untuk memanggil syaitan dan mencuri roh dialam barzakh."Katanya.Kohar dan saman saling berpandangan.Akhirnya terjadilah kata sepakat dan wang itu dipungut oleh kohar dan saman.
"Baiklah wak tahak.Kami berdua bersedia mengambilkan kepala mayat wak sarpin itu.Esok paginya akan kami lakukan kerja itu."Kata saman.Wak tahak terus berdiri dari tempat duduknya dan setelah melempar senyumannya,dia pun keluar dari ruang pondok tersebut,meninggalkan kedua orang yang masih berada di pondok itu.
"Bila benar buku yang dipelajari wak tahak itu boleh mendatangkan anak dara orang,dah tentu akan kuminta si kamsiah itu untuk datang kepadaku."Kata kohar dengan tersenyum.Saman pun tersenyum kerana kini kohar telah pun mau memberikan kerja sama nya menggali kubur wak sarpin pada keesokan harinya.
Pagi masih awal lagi kohar dan saman telah pun pergi ke tanah perkuburan yang jauhnya cukup setengah batu dari kampung mereka berdua tinggal.Ketika keduanya telah pun sampai di tanah perkuburan itu,keduanya segera mencari kubur wak sarpin.Kubur wak sarpin mudah dikenali,kerana masih baru dan di nisannya tertulis nama wak sarpin.
Keadaan suasana yang masih sejuk itu menjadikan kawasan itu masih diliputi oleh kabus tebal sehingga pemandangan mata keduanya hanya boleh melihat benda-benda yang terdekat.Sementara itu cahaya matahari belum nampak disekitar tempat itu.Walau bagaimanapun keduanya merasakan juga keadaan yang seram itu.
"Man.Tunggulah sampai hari terang sedikit.Kabus tebal disekitar sini sungguh menakutkan aku."Pinta kohar yang telah berdiri didekat kubur wak sarpin.Saman menggelengkan kepalanya tanda tak setuju.
"Buat apa buang masa.Sementara kita gali kubur ini,hari pun beransur-ansur terang.Ayuh kita laksanakan sekarang."Ajak saman.
Saman telah pun menghayunkan cangkulnya mengorek timbunan tanah kubur.Kohar masih melihat kekiri dan kekanan melihatkan sesuatu seakan memastikan benda-benda disekeliling tiada yang bergerak dan menakutkan.Dia pun mula mengikut saman dan mula mengorek tanah itu dengan cangkul.
"Crok..crak,crok,crak!"Bunyi cangkul-cangkul mereka berdua bergantian mengorek tanah kubur itu.Beberapa lama kemudian cangkul-cangkul mereka telah menyentuh kayu lapiknya.Seterusnya kayu lapik tersebut telah nampak kesemuanya.Bila kayu-kayu lapik tersebut telah dikeluarkan,maka nampaklah mayat wak sarpin.
   Bila terpandangkan saja mayat wak sarpin di arah kepalanya,keduanya terkejut.Kepala wak sarpin telah terpisah dari anggota tubuhnya.Ini terjadi seperti yang diceritakan dalam "Dukun Iblis",yang mengisahkan sebelum mayat wak sarpin dibawa kekubur pernah ditengah jalan ditimpa pokok,dan orang-orang yang memikulnya membiarkan mayat itu dibawah himpitan pokok.
   Tak lama kemudian keduanya mula mencium bau busuk dari mayat itu.Sambil menutup hidungnya keduanya masih memerhati keadaan mayat wak sarpin,yang nampak mengerikan itu.Keadaan bau yang menusuk hidung tersebut kerana tali perut mayat wak sarpin telah pun pecah dan dagingnya mula lah reput.
Dengan cangkul saman tidak mendapat kesukaran untuk mengeluarkan kepala wak sarpin yang mengerikan itu.Setelah sampai diatas,keduanya membiarkan kepala itu terletak ditepi,dan keduanya mula menimbun kembali kubur wak sarpin seperti semula.
Kubur itu telah tertimbus tanah seperti semula.Kini keduanya kemudian memerhati kepala wak sarpin yang tergolek ditanah.Dalam keadaan seperti ini,sudah tentu kepala itu makin diperhati makin menggerunkan bagi yang memandang.Kepala itu nampak dagingnya menyusut dan berlendir.
"Kau tolong pegang dan aku akan membuka mulut ini."Bisik saman dengan perasaan yang seram juga.Kohar tak berkata-kata.Antara berani dan tiada mula menyentuh tangannya dibahagian atas kepala dan menekannya ke tanah.Saman mula membuka mulut kepala itu.Kerana mulut itu terkatup dan sudah pun membeku,maka agak sulitlah kerja itu.
Tetapi terbuka juga mulut itu dengan sedikit paksaan.Bila mulut itu sudah pun terbuka,saman memasukkan jari-jarinya kedalam mulut kepala tersebut untuk menanggal gigi emas di bahagian gigi atas.Sementara jari-jari saman berada didalam mulut,tiba-tiba mulut itu terkatup balik bagai menggigit jari-jari saman.
"Aaaaaa......"Teriak saman terkejut dan tangan yang tergigit itu segera bergerak menghindar dari kesakitan.Gerakan tangan saman yang cepat itu membuat kepala wak sarpin terpelanting dan berada jauh dari tempat keduanya.Kohar sungguh terkejut dengan peristiwa yang dihadapi itu.
"Dimana terjatuh kepala wak sarpin yang terpelanting itu?"Soal saman sambil merasakan jari-jari tangannya yang kesakitan.Kohar yang sedang menggigil ketakutan hanya membuat gerakan tangannya menunjuk ke arah sampingnya.Kabus  yang masih tebal itu tak membolehkan pandangan mata keduanya dalam jarak yang cukup jauh.
"Lihat...Itu gigi emas wak sarpin."Kata kohar yang memerhati gigi emas itu tergolek dekat kaki saman.Wajah saman yang tadinya pucat dan mengerikan,kini jadi tersenyum.Dia pun memungut gigi emas wak sarpin.Setelah memerhatikan cukup lama da membersihkan gigi emas tersebut,dia segera memasukkan gigi emas itu kedalam saku bajunya.
"Ha sekarang mari kita cari kepala mayat wak sarpin yang tercampak tadi."Kata saman mengajak kohar.Nampaknya kohar tidak begitu bersemangat melakukan kerja itu.Fikirannya telah dihantui oleh perkara-perkara yang menakutkan.Tapi kerana melihat saman yang dapat menguasai ketakutannya,dia pun ikut pula mencari kepala wak sarpin.
Kepala wak sarpin tergolek dekat kubur  orang lain.Keduanya sama-sama melihat kepala yang mengerikan dan tak sedap mencium baunya yang sudahpun menimbulkan bau busuk itu.Walau pun dengan gerakan yang ragu-ragu.Saman mengambil kepala itu dan memasukkan kepala itu didalam karung dari bekas tepung gandum.
Setelah karung itu berada didalam karung gandum.Saman segera mengikatnya dengan tali yang kuat.Nampak nya saman baru bernafas lega demikian pula kohar.Dengan gerakan kepala,saman pun mengajak kohar meninggalkan tempat itu.Keduanya terus berjalan mengarah ke rumah wak tahak yang berada di hujung kampung.
   Wak tahak pagi itu telah membuka kedainya.Bahagian depan rumahnya itu digunakan untuk berkedai menjual benda-benda runcit dan makanan ringan.Kedai itu tak begitu besar namun dari hasil ini wak tahak selalu ada wang.Bilik dibahagaian tengah digunakan ruang tamu dan tempat tidur.Dibahagian belakang itulah dibuat bilik khas untuk mengamalkan pekerjaan ganjil tersebut.
Wak tahak bukanlah orang lama yang mengenal perkara-perkara ajaib.Tetapi disebabkan dia telah mengambil buku wak sarpin dan telah mempelajari kandungan buku didalamnya,dia dengan sungguh-sungguh mengamalkan perkara-perkara itu.
Ketika wak tahak tahu pagi itu kohar dan saman datang kepadanya dengan membawa bungkusan dari karung tepung gandum,mula lah wak tahak tersenyum.Dia segera mengajak kohar dan saman kebilik belakang.
"Kalian sudah berjaya membawa kepala wak sarpin?"Soal wak tahak.
"Dah tentu.Inilah dia.Tapi wak...."Kata saman.Setelah keduanya duduk didepan wak tahak,maka saman mulalah menceritakan kejadian kepala wak sarpin itu.Bila wak tahak mendengar kejadian itu,cerahlah wajah wak tahak.
"Bagus...ada kuasa pula di kepala wak sarpin ini.Tak lama lagi aku akan jadi kaya dan apa kehendakku akan dipenuhi dengan ilmu roh ini."Kata wak tahak dengan bersungguh-sungguh.
   "Tapi wak....saya ikut mengambil kepala wak sarpin ini.Jadi hal-hal yang menimbulkan bahaya janganlah hendaknya bahaya itu menimpa saya."Kata kohar.Wajah kohar nampak cemas dengan pekerjaan ganjil yang merbahaya ini.
"Jangan takut.Baik syaitan maupun roh yang kucuri dari alam barzakh itu tunduk dan taat kepadaku."Kata wak tahak.
"Sekarang kalian boleh balik dan menjual gigi emas itu.Malam ketiga nanti datang lah ke rumah wak.Mari kita sama-sama membuat percubaan mencuri roh itu."Kata wak tahak.Kohar dan saman segera memohon diri.Keduanya terus pergi dengan tujuan ketempat tukang emas di pekan kecil itu.
Sebaik keduanya telah pergi meninggalkan rumah wak tahak,wak tahak pergi ke bilik belakang dengan membawa kepala wak sarpin.Bilik belakang wak tahak itu tidak mempunyai tingkap,dan semua dindingnya tertutup rapat.Bilik ini sentiasa gelap bila wak tahak menggunakan bilik ini,barulah wak tahak memasang lampu pelita untuk menerangi kegelapan didalam bilik khas tersebut.
Wak tahak kemudian menyibukkan diri didalam bilik itu.Dia meletakkan kepala wak sarpin diatas hujung nisan yang dipacak dilantai.Didepan pacak nisan tersebut diletakkan mangkuk pembakar kemenyan,dan banyak lagi peralatan lainnya yang pelik-pelik.Setelah dia meletakkan kepala wak sarpin disitu,dia segera keluar dari bilik gelap tersebut dan menutup pintunya.
Wak tahak kemudian kembali ke depan dan berada dikedai runcitnya untuk melayan para pelanggannya.Siapa pun tak tahu apa pekerjaan sampingan wak tahak.Apa yang penduduk kampung ketahui perihal wak tahak,wak tahak hanya seorang tua yang mempunyai kedai runcit kecil.
Saman dan kohar hari itu juga terus menuju kerumah seorang sahabat nya yang selalu membeli barang-barang hasil curian.Sahabatnya itu seorang tukang emas dan bertindak menjadi orang tengah bila menerima barang-barang dari orang lain.Pagi itu tukang emas tersebut sedang berada di bilik depan menghadap sarapan pagi dan secawan kopi yang masih panas.
Tukang emas itu sebaya juga umurnya dengan saman dan kohar,yang usianya sekitar dua puluh lima tahun.Ketika pagi itu kedua pelanggannya datang,dia segera mempelawa duduk dilantai yang beralaskan tikar pandan.
   "Ada hajat ke awak berdua kemari?"Soal tukang emas seperti biasanya.
Saman segera memasukkan jari-jari tangannya didalam saku bajunya.Dengan tersenyum dia menghulurkan benda berkilat warna kuning,kepada tukang emas.Sahabat nya itu menerima gigi emas tersebut dan beberapa saat lamanya dia memerhati.
"Setahu aku awak ni tak bergigi emas.Gigi emas siapa ni?"Soal tukang emas sambil meminum kopinya.
"Ala...yang terang itu dah tentu barang kebas punya.Gigi emas wak sarpin."
"Prusss...."Air kopi dimulut tukang emas tersembur keluar kerana terkejut dan mata tukang emas itu membulat.Gigi emas yang dipegangnya terlepas dari tangannya.
   "Wak sarpin yang baru meninggal dunia itu?"Tukang emas ingin tahu.
"Yalah...apa pula halnya."Jawab seman.
"Ba...bagaimana kau ambil gigi emas ini?"Tanyanya lagi.
   "Dah tentu gali kuburnya lah."Jawab kohar yang sedari tadi diam saja.
"Apaaaa....?"Tanya tukang emas hampir tak percaya.
Tukan emas itu pun kemudian menunjukkan wajahnya yang pucat dan ketakutan.Dia kemudian membayangkan kengerian bila roh wak sarpin tak setuju dengan dicurinya gigi emasnya yang nampak antik itu.Bayangan itu mempengaruhi diri tukang emas,sehingga dia enggan membeli gigi emas tersebut.
"Tidak....aku tak mau membeli gigi emas ini.Hii..ngeri aku."
   "Lapan ratus ringgit harga gigi emas ini.Kalau awak nak beli dua ratus ringgit pun jadi lah."Kata saman yang kehilangan semangat untuk menjual gigi emas itu dengan harga yang cukup lumayan.
"Tidak...tidak..aku tak mau membeli gigi emas bekas orang mati."Katanya.
"Kalau macam tu seratus ringgit pun jadilah."Kata saman.
   "Sepuluh ringgit pun aku tak nak...lekas bawa balik gigi emas itu."Saman dan kohar saling berpandangan.Tapi tak ada cara lain kecuali meninggalkan rumah tukang emas itu dengan harapan yang hampa.
   Satu jam kemudian ketika tukang emas itu berada di dalam bilik kerjanya dan sedang mengerjakan kerja-kerja menukang barang kemas,diluar terdengar seseorang mengucapkan salam.Tukang emas itu pun menyahut dan pergi kedepan menemuinya.Tamunya itu seorang yang belum dikenalnya.
Setelah tamu itu dipelawa duduk,barulah tamu itu menerangkan hajat nya.
"Saya datang ni nakkan barang-barang lama.Ianya seperti dulang besar,strika lama.Terus terang saja bila saya dapat kan barang-barang itu saya berani membayar dengan harga mahal."Kata tamu itu.
"Maafkan saya tak ada benda-benda seumpama itu."Kata tukang emas.
"Untuk apakah barang-barang lama itu?"Tukang emas meminta penjelasan.
"Menarik wang dengan jumlah yang banyak."Bisik tamunya.
   "Dah tentu ada.Selain dari dulang dan seterika,saya masih mencari lagi kain kapan orang yang sudah meninggal,dan gigi emas.Barang-barang itu barulah boleh menarik wang dengan cara yang ajaib."Kata tamunya.
   Pikir punya pikir,tukang emas tersebut baru teringat akan saman dan kohar yang baru saja sejam yang lepas menawarkan gigi emas wak sarpin.Akhirnya timbullah fikirannya untuk memberi tahu tamu tersebut akan gigi emas tersebut.
"Mengenai kain kapan dan gigi emas itu,mungkin saya boleh menolongnya.Encik mestilah jumpa kawan saya itu.Nama nya saman dan kohar.Dia selalu senang ditemui dirumah judi di seberang sana itu."Kata tukang emas.
   "Terima kasih.Saya mohon diri untuk segera menemui kawan yang dimaksud itu."Kata tamunya yang segera hendak bangkit dari tempat duduknya.Tetapi tukang emas segera menahannya untuk beberapa ketika.
"Agak berapa encik nak bayar harga kain kapan dan gigi emas tersebut."
Tamunya kembali duduk dan memikirkan sesuatu.Kemudian katanya.
"Kalau kain kapan saya boleh bayar seratus ringgit,tetapi kalau gigi emas boleh bayar seribu ringgit."Kata tamunya.Tukang emas itu pun tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepalanya .
"Untuk kesungguhan maksud encik,maukah encik meninggalkan wang cengkeram kepada saya.Biarlah hal itu saya uruskan."Kata tukang emas.Tamunya itu nampak bersungguh-sungguh berkehendakkan barang tersebut.Maka dia pun segera mengeluarkan wang dari dalam beg tangannya.
"Saya tak perlu memberikan wang cengkeram kepada encik,tetapi biarlah saya tinggalkan wang seribu seratus ringgit untuk encik.Tolong dapat kan barang-barang itu."Kata tamunya.Tukang emas terkejut bila benar-benar tamunya itu memberikan wamg pembayaran dengan tunai.
   "Kalau aku beli gigi emas ini dalam lima puluh ringgit dan kujual pada tamu ini dah tentu aku untung sembilan ratus lima puluh ringgit."Kata tukang emas didalam hatinya.Dia pun segera menerima wang tunai itu dan kemudian berkata kepada tamunya.
"Encik tunggulah dirumah saya ini.Saya pergi mencari teman saya itu."Kata tukang emas.Tamunya setuju.Malah sebelum tukang emas pergi,dia pun menyediakan minuman da makanan ringan kepada tamunya.
   Tukang emas itu pun pergilah mencari saman dan kohar di rumah judi.Saman dan kohar tidak dijumpai ditempat itu.Ketika tukang emas mencari dipekan kecil,ditempat itu pun saman dan kohar tidak ada juga.Akhirnya tukang emas itu pun balik ke rumah menemui tamunya yang sedang menunggu.
"Sayang sekali.Saya tak jumpa kawan saya itu.Bagaimana nanti kalau petang encik kembali kerumah saya lagi.Mudah-mudahan saya boleh uruskan barang-barang yang encik maksudkan."Kata tukang emas.Tamunya mengangguk perlahan.
Tukang emas itu tak keberatan sedikit pun mengembalikan wang tamunya.Nampak nya tamu nya itu bersungguh-sungguh berkehendakkan barang-barang itu.Tamunya kemudian menerima wang nya kembali dan meninggalkan rumah tukang emas.Sebaik tamunya pergi,tukang emas itu pun kemudian menutup semua pintu rumahnya dan pergi mencari lagi kedua sahabatnya.
   Baru saja tukang emas itu muncul di pekan kecil itu,dia telah nampak saman dan kohar sedang minum kopi disitu.Tukang emas tersebut segera menghampiri dan mengajak saman dan kohar kembali ke rumah.Kerana ada maksudnya,maka tukang emas itupun yang membayar harga minuman dan makanan yang dipesan keduanya.
   Pekan kecil itu tak jauh dari tukang emas.Maka dalam beberapa puluh langkah saja mereka telah tiba kembali dirumah tukang emas.Tanpa menceritakan tamu tadi tukang emas segera berkehendakkan gigi emas wak sarpin.
   "Mana gigi emas wak sarpin?"Tanya tukang emas.
"Apa...gigi emas!Aku dah jual dengan harga empat ratus ringgit.Tapi wang itu belum dibayar.Kuserahkan saja gigi emas itu pada temanku.Petang nanti baru dibayar."Kata saman.Tukang emas pun termenung sekejap.
   "Ambil balik gigi emas itu dan aku bersedia membayar lima ratus ringgit."
Saman dan kohar saling berpandangan.Akhirnya saman dan kohar meninggalkan rumah tukang emas untuk mengambil gigi emas tersebut.Tak sampai lima belas minit kemudian,keduanya muncul kembali dirumah tukang emas.
   "Nah inilah gigi emas tersebut."Kata saman.Tukang emas segera membayar gigi emas tersebut dengan harga lima ratus ringgit tunai.Setelah wang ringgit itu diterima keduanya,maka pergilah saman dan kohar meninggalkan rumah tukang emas sahabatnya.
Setelah keduanya telah jauh dari rumah tukang emas,kedua-duanya kemudian segera menemui tamu tukang emas yang menunggu dijalan.Tamunya itu tak lain ialah wak tahak.Ketiganya kemudian tersenyum.
"Baru terkena kau...lima ratus ringgit."Kata saman sambil membahagi wang tersebut kepada tohar dan wak tahak.Wak tahak kemudian balik kerumahnya dan saman serta kohar menghayunkan langkahnya ke pekan kecil untuk bersuka-suka kerana berjaya menjual gigi emas tersebut dengan cara tipu helah yang telah dirancangkan.
Kini tinggallah tukang emas tersebut sedang berangan untung lima ratus ringgit bila tamunya datang.Dia duduk dikerusi goyang dan merehatkan diri sambil menunggu sampai hari petang.Tetapi ketika petang pun,tamu yang janji tak datang.tak juga muncul hingga hari pun telah malam.
   Begitupun ketika menginjak hari seterusnya.Tamu yang di tunggu-tunggu itu pun tak pernah muncul datang kerumahnya.Kini tahulah tukang emas itu.Dirinya telah diperdaya oleh saman dan kohar,dengan membeli gigi emas wak sarpin seharga lima ratus ringgit.Padahal tadinya membeli sepuluh ringgit saja dia enggan.
"Celaka punya budak.Sempat pula aku dikenekannya."Kata tukang emas tak habis-habisnya bersunggut,menyumpah serapah dan sebagainya.Gigi emas itu dikeluarkannya kemudian diperhati sekejap dan dibanting dilantai kerana geramnya.Tetapi gigi emas itu diambil balik kerana memang bnda ini emas.
(Bersambung...)

Memuja Ratu Syaitan Where stories live. Discover now