Badrul dan rahim telah jauh berada didalam hutan sedang mencari akar tuba.Akar itu susah didapati ditempat itu,maka mereka berdua mencarinya lagi jauh kedalam hutan.Akhirnya terjumpa juga akar tersebut.Badrul kemudian mengeratnya sehelai sepanjang semeter.
"Hm..jom balik,aku da dapatkan akar tuba."Kata badrul.Rahim tidak nampak disekitar situ,padahal baru sekejap tadi dia berada didekatnya sambil memakan jambu hutan.Badrul berteriak memanggil rahim.Rahim tak mendengar panggilan itu kerana dia telah jauh berjalan ke dalam dan tersesat.
"La...da berpuluh kali aku masuk ke tempat ini,eh...rasanya aku tak dapat mengenali jalan arah balik,padahal baru saja aku bersama badrul.Alamak.Aku jadi tak tahu kemana arah aku hendak melangkah."Kata rahim dengan rasa hairan.
"Rahim...yang engkau asyik berpusing-pusing ditempat itu buat apa ha.Setengah mati aku mencarimu."Kata badrul ikut hairan.
"Aku sesat dan tak dapat mengenali arah balik."Kata rahim.
"Eh..engkau ni sedar tak sedar."Soal badrul.
"Kenapa pulak.Aku da katakan aku lupa mengenali jalan-jalan disini."Kata rahim yang membuat badrul termenung untuk beberapa lamanya.
"Kau diam disitu dan jangan kemana-mana.Boleh jadi kau telah melangkah akar mimang.Aku nak siasat tapak kakimu."Kata badrul.Badrul terus mengesan bekas tapak kaki rahim.Daun-daun kering dan ranting yang patah menjadi petunjuk tapak kaki rahim.Badrul meneliti dengan cermat tapak kaki itu sambil menunduk.
Setelah badrul berjalan menerusi tapak kaki rahim,maka badrul menjumpai akar itu terbungkus oleh daun-daun kering.Badrul memerhati akar yang berbeza dengan akar-akar yang ada dijumpai dihutan ini.Akar itu berbau dan memeningkan kepala.Badrul terus mengeratnya tanpa merusak kulit luarnya.
Akar itu dikeratnya sepanjang semeter dan badrul menggulungnya dengan hati-hati agar tak luka sehingga menimbulkan bau yang memeningkan kepala.Setelah membungkus akar tersebut,maka badrul kembali ketempat rahim.Rahim masih berada ditempatnya sedang duduk termenung.
"Kau dapatkan akar itu?"Soal rahim.
Badrul menunjukkan akar itu kepada rahim.Rahim memerhati dan cuba mencium bahagian akar yang terputus itu.Pening kepala rahim.
"Kalau lah benar ini akar mimang,memang dia boleh melupakan seseorang dihutan.Tapi menurutku,tak sesiapa yang tahu bentuk rupa akar mimang.Akar ini lah yang sangat diperlukan oleh wak tahak."Kata rahim sambil berfikir.
"Kalau benar ini akar mimang,memang aku tak serahkan kepada wak tahak.Biarlah aku simpan saja."Akhirnya badrul memberikan pendapat.
"Apa yang tersimpang didalam fikiranmu."
"Katakan lah ini memang akar mimang.Kalau jatuh ketangan wak tahak,wah..tentu tentu banyak gadis dilupakannya fikirannya dan dikenekannya.Dah tentu gadis-gadis itu akan dicabuli.Lagi aku akan bertambah-tambah tabungan dosaku."Kata badrul.
Badrul dan rahim pun kemudian berjalan meninggalkan tempat itu.Baru beberapa puluh langkah mereka berjalan,rahim yang berjalan dibelakang menghentikan langkahnya.Badrul pun menghentikan langkahnya dan memerhati rahim.Rahim tersenyum.
"Apa kenenya ni."Badrul ingin tahu.
"Ha aku baru mengenali keadaan sekelilingku,mana utara mana selatan.Wah tempat tadi sungguh bagai tempat berhantu yang membuat sesat seseorang.Mungkin benar aku melangkah akar mimang."Kata rahim membenarkan.
"Suatu hari kita akan tahu rahsia akar ini bagi wak tahak."Kata badrul.
Setelah keduanya tiba kembali dirumah,badrul menyimpan akar mimang itu dirak atas dan terbungkus dalam keadaan yang selamat.Mereka kemudian duduk-duduk dibangku dapur sambil minum kopi o panas dan makan siang.
"Jadi,macam mana cerita akar tuba itu?"Rahim ingin tahu.
"Lima puluh ringgit benda yang tak berharga ini,jadilah.Tapi kalau yang wak tahak tahu yang benda ini akar tuba,habislah aku."
"Tak kisah drul...kan kau pernah ditipunya dengan tangkal pengasih itu."Kata rahim.Badrul pun dengan tersenyum terus mengangguk.Keduanya kemudian diam dan suasana didapur itu sunyi kembali.
"Sekarang pergilah kau ke rumah wak tahak menjual akar hikmat ini.Lepas saja barang ini dari tanganmu,wangnya harus kau dapat saat itu juga."
"Pas...."Jawab rahim singkat.Rahim pun terus membawa basikalnya keluar.Badrul merasa bimbang dengan akar tuba itu.Entah-entah jadi wang atau jadi bahan umpatan wak tahak.
Sebelah petang rahim kembali dengan wajah yang cerah dan bibir rahim terukir senyuman kejayaan.Dia segera mengeluarkan wang dalam saku bajunya dua keping berwarna biru.Selembar berharga lima puluh ringgit.
"Rahim...seratus ringgit?"Tanya badrul.
"Ya...seratus ringgit untuk akar yang sebenar tak berharga lima sen itu."
"Lima puluh ringgit seorang."Kata badrul dengan sukanya.Rahim bersetuju.
"Malam nanti marilah kita membelanjakan sedikit daripada wang ini dipekan.Kita lupakan sekejap segala kerunsingan dari apa yang menimpa diri kita terutama yang puncanya dari rosnah sial itu."Kata badrul.
"Eh.tadi aku nampak rosnah ada dirumah.Agaknya dia tak kerja hari ini."
"Kau ada apa-apa cerita tentang rosnah."Tanya badrul.
"Tak ada hanya aku nampak sekejap tadi dia meninggalkan rumahnya dengan membawa beberapa bungkusan ditangannya.Entah lah kemana dia pergi itu saja lah yang aku tahu."Kata rahim.
"Nampaknya rosnah berjalan dijalan kecil itu penuh dengan tanda tanya aku.Macam dia tak ingin pemergiannya itu diketahui orang.Tapi aku sempat memerhati gerak gerinya yang aneh itu."Kata rahim.
"Seharusnya kau mengikuti,barang kali dia mempunya sesuatu rahsia,maka akhir-akhir ini dia menjerit ketakutan."Usul badrul.
"Tak payah drul...nanti makin teruk kita disangka bukan-bukan."Kata rahim memberikan alasannya.
Sebenarnya apa yang dikatakan oleh rahim itu benar juga.Rosnah petang itu berjalan tanpa diketahui oleh orang ramai.Dia terus berjalan melalui jalan kecil dibelakang rumahnya.Sesiapa pun tak mengetahui keadaan rosnah yang sedang berjalan dengan sesekali berlindung dicelah pokok-pokok yang ada dikiri kanan jalan.
Akhirnya rosnah sampai ditempat kediaman rumah tukang emas.Dia memasuki rumah itu melalui pintu belakang dan tukang emas membukakan pintunya.Rosnah terus berdepan dengan tukang emas.
"Ha..kenapa kau pulak datang kepadaku?"Tanya tukang emas.
"Adakah kau menerima semua cadanganku.Malam nanti aku akan datang kerumahmu."
"Tidak..kau jangan datang lagi kerumahku."Kata rosnah.
"Aku tahu kerana kau takut heboh-heboh dan diketahui orang.Kau pandai berpura-pura supaya mereka percaya yang engkau dan talip telah kahwin,padahal hanya maksiat.
Dengan aku kau tak mahu berbuat seperti itu.Kau tahu aku sudah pun banyak membelikanmu barang-barang kemas kepadamu.Kini kau mula hendak menolak aku.Bila kau tak mahu aku datang kerumahmu,kau sajalah datang kerumahku."Kata tukang emas.
"Tidak aku tak mahu lagi melakukan pekerjaan seperti itu.Hentikan semua ini."
"Apa...senang kau cakap seperti itu setelah banyak barang aku belikan kepadamu.Kau harus jadi isteriku.Kalau kau enggan,aku akan menggantung mu seperti aku dan seman menggantung talip."Kata tukang emas mengancam rosnah.
"Nah...ambil semua barang-barang yang kau berikan kepadaku."Rosnah terus mencampak bungkusan baju tersebut.Kemudian terus memberikan kalung emas,cincin emas dan subang kepada tukang emas.
"Kini barang-barang itu telah aku kembalikan.Kau jangan lagi ganggu aku."Kata rosnah yang membuat tukang emas mula naik berang.Dia mengangkat tangannya dan menampar pipi rosnah.
"Kau tak patut buat begitu kepadaku.Aku bukan talip yang mudah kau permainkan."
"Aku tak bermaksud mempermainkan talip.Semua pembunuhan ini diatas rancangan kau dan seman.Kau memujukku dengan barang-barang kemas dan harta kekayaanmu.Kini aku sedar,aku tak ingin perbuatan itu berlarutan."Kata rosnah sambil menahan isak tangisnya.
"Perempuan jahanam....kau nak membongkar peristiwa pembunuhan itu."
"Tidak...biar orang lain tahu sendiri perbuatanmu.Sebenarnya aku masih kasihkan badrul.Tapi kau bagi harta banyak-banyak pada talip dan talip memujukku.Setelah aku tinggalkan badrul dan dapat talip,kau mudah mempermainkan talip.
"Kau dan talip berganti-ganti mencabuli aku.Akhirnya kau membunuh talip."Kata rosnah mengingatkan kembali peristiwa itu.Dengan wajah merah padam tukang emas mendengar kata-kata rosnah itu.
"Kau akan kembali kepada badrul?"Merah mata tukang emas.
"Apa salahnya kalau aku merasa masih berharga dihati badrul.Segala kesalahanku dan dosa-dosa ku aku percaya boleh ditebus dengan kebaikan.Aku akan mengakhiri keburukan ku dari sekarang hingga seterusnya."Selepas berkata begini,rosnah pun kemudian cepat-cepat meninggalkan rumah tukang emas.
Tukang emas termenung setelah rosnah pergi.Dia termenung bukan menyesali perbuatannya,tetapi dia kemudian mengambil dawai dan dengan gigi dirapatkan dia berniat menjerat leher rosnah dengan dawai itu hingga putus.
"Kau akan mampus ditangan ku ros..."Bisik tukang emas seorang diri.
Beberapa hari setelah rosnah meninggalkan rumah tukang emas,dia nampak menjadi sedikit perhatian orang-oranga kampung.Rosnah tidak lagi mengenakan baju yang mendedahkan bentuk tubuhnya dengan pakaian-pakaian ketat,dia berbaju kurung dan mengenakan kain tudung dakwah.
Dia menjadi seorang yang pendiam dan ketika berjalan,dia lebih suka menundukkan wajahnya tanpa melihat kekiri dan kekanan.Sudah tentu mereka yang tahu tabiat rosnah di masa lalu tertawa dan ada yang mengatakan "bertudung konon,tapi hatinya maksiat".
Suara-suara itu kadang-kadang sampai juga ketelinga rosnah.Bila rosnah tertekan oleh perasaan sedihnya kerana mendengar suara yang menyakitkan hati itu,dia mengambil air sembahyang dan sembahyang dua rakaat untuk memohon kekuatan iman kepada allah.
Akhirnya orang-orang kampung tak ambil peduli dengan rosnah yang disangkanya mengada-ngada itu.Isteri-isteri orang kampung yang dulunya bimbang tentang keselamatan keluarganya masih menganggap rosnah yang dulu,gadis murahan yang senang digauli.
Petang itu rahim dengan wajah yang mantap menemui badrul.Duduk dibilik dapur itu menjadi kebiasaan mereka berdua sambil minum kopi dan makanan ringan.Mereka berdua berbual disitu.
"Rosnah bekas makwe kau tu dah jadi orang alim nampaknya.Entah iya entah tidak tak tahu lah.Setiap kali aku nampak dia dijalanan,dia menundukkan wajahnya.Ketika kuperhati,memanglah dia rosnah.Sehelai rambutnya pun kini aku tak nampak.Hanya wajahnya saja yang terdedah.Itupun dah tak pakai gincu tak pakai celak.Macam mana pendapatmu drul."Kata rahim dipetang itu.
"Dia pernah datang kepadaku dalam keadaan dia berpakaian macam itu."
"Hei..aku nak dengar cerita itu."Kata rahim ingin sangat tahu hal itu.
"Setelah kupelawa,barulah dia masuk kebilik dapur ini dan duduk dibangku itu."Kata badrul memulakan ceritanya.
"Drul...aku ingin kembali kepadamu."Katanya lirih dan halus.Aku diam saja sambil merokok.Dia menundukkan wajahnya tanpa berusaha menatap wajahku.Saat itu aku merasa muak melihat wajahnya yang terbungkus dengan kain suci itu.Kemudian dia melanjut kan kata-kata setelah aku diam saja.
"Tapi bukan sekarang drul...suatu masa nanti,bila kau telah menganggap aku telah berharga sebagai seorang manusia yang mengenal budi dan bahasa juga agama.Aku datang hanya meminta maaf diatas segala yang terjadi.Aku pernah meninggalkan mu kerana tamakkan harta kekayaan dan mementingkan diri ku sendiri."Demikian kata rosnah.
Ketika aku menatap wajahnya yang tunduk itu,air mata nya berlinang.Tetapi sedikit pun aku tak hiba dengan air mata nya itu.rasa geramku tak tertebus oleh pernyataannya itu.Akhirnya dia memohon diri.Sebaliknya aku benci kepadanya itulah ceritaku."Kata badrul.
Rahim menghembuskan nafasnya ketika badrul mengakhiri ceritanya.
"Agak-agaknya dia mula berubah pendirian.Aku pernah menegurnya dengan ucapan salam secara islam,kemudian dia membalasnya dan menghentikan langkahnya.kemudian katanya.
"Jangan lah kau mengucapkan salam itu dengan mempersendakan diriku.Sesungguhnya orang yang mengucapkan salam seumpama itu haruslah dengan niat dan perbuatan yang ikhlas dan tahu hakikat ucapan itu.Tahu kah bahawa ucapan salam itu tadi kau telah memohon kepada allah akan rahmat kepadaku dan sebaliknya.
Siapakah yang menegurku?"Tanyanya kerana rosnah hanya menunduk tanpa berusaha memandang kearahku.Maka aku katakan yang aku adalah rahim.
"Apa yang kau hendak him..?"Dia pun bertanya.
"Em..eh..hanya menegurmu saja."Jawabku dengan wajah pucat.
"Terima kasih sesungguhnya aku menerima ucapan orang yang memohonkan keselamatan diatas diriki."Katanya yang kemudian rosnah mengucapkan salam kepadaku dan aku membalasnya dengan perasaan takut.Dia pun terus melangkah pergi.Wah kini aku sungguh takut berdepan dengan rosnah."Kata rahim dengan wajah yang sungguh-sungguh.
Badrul diam mendengar kata-kata kawannya itu.Kejadian apa yang diceritakan oleh rahim itu sedikit mempengaruhi fikiran badrul.Terasa bahawa badrul mempercayai kesungguhan rosnah yang ingin menjadi orang baik-baik itu.Walau bagaimanapun cerita rahim itu menyenangkan hati dan perasaan badrul.
Lama badrul memikirkan semua apa yang pernah dialami hingga kesaat ini dia mendengar berita perubahan rosnah.Fikirannya diingatkan tentang perkara-perkara yang baik.Dan badrul mengeluh seorang diri kerana belum melakukan perkara yang baik ini.
Malam telah menyelubungi alam sekitarnya.
Dirumah tukang emas.Tukang emas telah beberapa kali cuba mengambil peluang untuk menunaikan niatnya untuk membunuh rosnah.Tapi setiap kali dia hendak melakukan perkara itu,ada saja suasana yang tak mengizinkan.
Dia teringat mayat seman yang mengerikan itu.Dadanya koyak dan kepalanya terbelah sehingga hilang otak dan hatinya.Semua orang kampung menduga itu perbuatan binatang buas yang mengoyak rabak tubuh badan seman.Timbullah niat tukang emas untuk membuat perkara yang serupa.
Tubuh rosnah akan dikoyakkan bahagian dadanya dan akan dikeluarkan hatinya.Kemudian dirinya akan membelah kepala rosnah dan akan mengeluarkan otaknya.Rancangan telah pun tersedia difikiran tukang emas.Untuk itu dia menyiapkan pisau lebar pemotong daging.
Ketika malam telah pun sunyi dan tiada sesiapa yang lalu lalang didepan rumahnya,tukang emas mengambil pisau lebar itu dan mula mengasahnya dibilik kerjanya.
"Srikk....srikkkk..bunyinya mata pisau itu beradu pada batu pengasah.Pisau itu berterusan diasah dan matanya makin berkilat dengan keadaan yang tajam.
Setelah tukan emas selesai mengasah pisau,dia pun kemudian menyiapkan pencakar besi berjari-jari tiga yang maksudnya untuk mengoyak-ngoyak dada rosnah.Alat-alat itu disiap kan dibilik kerjanya berserta dawai penjerat leher.
"Kalau rosnah dah kujerat lehernya,dia akan mati lemas tanpa bersuara.
Dadanya akan kubelah dengan pisau ini.Kemudian kucakar-cakar dengan alat ini,dah tentu orang kampung akan mengesannya seperti kematian ditubuh badan seman."Demikian kata hati tukang emas yang telah merancang kekejaman itu.Sementara tukang emas menunggu larut malam,dia membaringkan dirinya dikatil.
"Sebelum rahsia ku terbongkar oleh mulut rosnah,dia harus mati ditanganku."Kata hati tukang emas.Sementara membaringkan dirinya dikatil.Bagi tukang emas yang malam ini akan menjalankan kekejaman,terasa malam yang ditunggu masih lama lagi untuk masa yang paling sesuai.
Tukang emas kemudian bangkit dan melihat kegelapan diluar.Dia tersenyum disebabkan keadaan malam yang gelap pekat itu.Sementara dia berdiri digawang pintu belakang itu,dia ternampak kain putih tergeletak ditanah.Diambilnya kain itu.
"Nampaknya kain putih ini kain rosnah yang tercicir.biarlah kugunakan untuk membungkus pisau itu dan peralatan lainnya."Kata tukang emas didalam hati.
Sebenarnya kain itu adalah kain kapan yang sangat mengerikan itu.Kain itu diambinya dan dibentangkan dilantai rumahnya.Selepas itu tukang emas mula mengambil alat-alatan yang untuk dibungkus dengan kain tersebut.Tetapi belum sempat dia meletakkan alat-alat itu,dia melihat kain kapan itu bergerak sendiri.
Dia memastikan apakah angin bertiup yang menggerakkan kain tersebut.Diluar memang angin mula bertiup.Makin lama makin menderu dan mendatangkan bunyi yang seram.Tukang emas pun melihat keatas langit.Nampak kehitaman saja.Mungkin mendung tebal diangkasa.Dan akan hujan pula.
Suasana akan lebih bagus bila hujan turun.Kata hati tukang emas.Dia pun kemudian membalikkan tubuhnya.Kain kapan itu mula berisi dan menampakkan mayat terbujur dengan dibungkus kain kapan.
"Hah...mayat siapa ini.Mengapa dia berada didalam rumahku?"
Tak lama kemudian mayat itu pun membuka kain tersebut dan ketika asap tebal menyelimuti mayat tersebut,maka menjelma lah seorang gadis yang bergaun putih berdiri didepan tukang emas.Walau pun wajah gadis itu cantik,tetapi pucat dan hanya menunjukkan warna putih kulit pipinya.
Maka nampak sungguh menyeramkan.Tukang emas mula merasakan yang dirinya telah menggigil menatap pemandangan yang tak diduga dan mengejutkkan itu.Ketika mata gadis itu terbuka,maka biji matanya merah bersinar memancarkan cahaya.Tangan tukang emas menggigil.
Tapi tangan itu memegang pisau lebar yang baru diasahnya.
"Hah....tanpa sedar tukang emas bersuara ketika gadis yang berdiri didepannya itu bergerak kerarahnya.
"Ja...jangan de...dekat...ka..kau han..hantuuu...tidak tidakkkkk...."Suara tukang emas mula bernada keras disamping menahan seram.Tukang emas berundur kebelang disamping memegang erat-erat pisau besar yang lebar itu.Ketika tukang emas undur,punggungnya telah terhalang oleh dinding.Tukang emas tak dapat lagi nak berundur.
"Jangan de...dekat.Aku pancung kau."Ancam tukang emas.Tetapi gadis hantu pocong itu makin mara dan menggerakkan kedua tangannya.Kerana tukang emas mula terdesak,maka dia berniat menghayunkan pisau besar itu.
"Yaaaaa..."Teriak tukang emas sambil menghayunkan pisau itu bertubi-tubi kearah tubuh badan gadis pocong tersebut.Sudah tentu gadis pocong cuba mengelak dan menepis hayunan pisau yang tajam tersebut.Tetapi tubuh badan gadis itu terkena pisau juga.
Kain yang dipakainya koyak rabak,tetapi tubuh badan gadis tersebut tidak mengeluarkan darah walau pun ianya terluka.Disaat itulah tangan gadis pocong memegang pergelangan tangan tukang emas.Ia nya bagai besi yang menyepit sehingga tukang emas tak dapat menggerakkan tangannya.
Selepas itu gadis pocong itu menolak tubuh tukang emas hingga tukang emas tersungkur dilantai.Kini gadis pocong tersebut yang memegang pisau itu.
"Ja...jangannnn..."Suara tukang emas,ketika gadis itu mara dengan tangan menghayunkan pisau lebar tajam tersebut.
Tukang emas cepat bangkit dan menghindar sehingga ayunan pisau itu tak mengena.Ketika tukang emas hendak lari melalui pintu,maka angin telah menghempaskan pintu itu hingga pintu tersebut tertutup.Tetapi tukang emas cuba menarik gagang pintu untuk membukanya.Gadis itu mara lagi.
Ketika tukang emas membalikkan tubuhnya maka.
"Aaaaaa..."Jerit terakhir tukang emas mengisi kesunyian malam.Hayunan pisau itu tepat mengenai leher tukang emas.Kemudian hayunan kedua membelah kepala tukang emas.Pisau itu terbenam dikepalanya.
Pisau itu dicabutnya balik kemudian bertubi-tubi hayunan pisau itu mencincang tubuh badan tukang emas.Darah nya pun berhamburan diseluruh tubuh tukang emas dan darah yang menyembur berhamburan dilantai.Akhirnya rebah lah tubuh badan tukang emas dan menimpa benda-benda lain hingga berantakan.
Gadis pocong tersebut kemudian dengan langkah perlahan terus pergi dari tempat itu dengan pisau yang bermandikan darah masih ditangannya.Sesiapa pun tak mengetahui peristiwa didalam bilik kerja tukang emas tersebut.Hanya teriakan yang terakhir itu mendatangkan orang ramai kerumah tukang emas.
Bilik kerja tukang emas tersebut terang benderang diterangi oleh lampu kabait.
Orang-orang itu masuk kerumah tukang emas melalui pintu depan hingga mereka belum nampak keadaan tukang emas.
"Aku dengar jeritan didalam rumah tukang emas.Tapi dalam rumah ni senyap saja."Kata seorang penduduk yang datang dengan orang ramai.
"Entah..tapi jelas dia menjerit ketika aku berlalu didepan rumahnya."Diantara orang ramai itu ada juga isteri-isteri yang datang dengan suaminya untuk mengetahui apa yang terjadi dirumah tukang emas.
Para isteri-isteri itu terus kebelakang kemudian mereka nampak tubuh tukang emas.
"Waaa...."Teriak para isteri itu kerana ngeri menyaksikan tubuh badan tukan emas bagai tubuh badan lembu yang dibelah-belah oleh kapak tajam.Yang lainnya bergegas kearah teriakan itu.Dan mereka menyaksikan kejadian itu.
Mereka yang melihat keadaan mayat tukang emas ternganga mulutnya.Mata nya membulat kerana tubuh badannya sudah pun koyak rabak menunjukkan daging-dagingnya yang mencemaskan untuk dilihat.
Dalam masa singkat penduduk kampung dikejutkan oleh bunyi kertuk yang dipalu bertubi-tubi.
"Ha...dengar ketuk itu.Siapa pula yang kene rompak atau kemalangan."Kata penduduk yang baru mendengar isyarat kecemasan dilarut malam itu.
"Hai..apa pulak."Kata beberapa orang penduduk yang bertanya kepada tukang palu kertuk dipondok kawalan.
"Tukang emas terbunuh..."Jawab orang itu.Mereka yang baru mendapat berita segera berlari kearah rumah tukang emas.Huru hara segera timbul dikampung itu dengan cepatnya.Badrul dan rahim pun berada diantara kerumunan orang ramai tersebut.
"Wah...sudah jelas....tukang emas kene rompak.Tapi barang-barang kemasnya tak diambil.Adakah tukang emas telah bergaduh dengan seseorang pelanggannya."Macam-macam dugaan orang kampung mengenai kematian itu.Tak sesiapa pun yang tahu latar belakang kematian itu.
"Ini jelas bukan perbuatan binatang seperti yang mengena mayat seman dulu.Kesan luka yang demikian adalah perbuatan manusia."Kata yang lain mengambil kesimpulan.Kebanyakan orang ramai mengangguk dengan dugaan ini.Tetapi tak seorang pun mereka yang tahu siapa yang membunuh tukang emas,kecuali tiga orang tertentu.
Mereka adalah wak tahak dan kohar serta saman.Sementara orang ramai sedang sibuk dengan kejadian itu,wak tahak,kohar dan saman memisahkan diri dan meninggalkan tempat itu.
'Adakah kau menduga bahawa kematian itu dari perbuatan manusia?"Bisik wak tahak.
"Sama sekali bukan.Aku tenguk dia membelah kepala,dan membelah dada.Sudah tentu ini perbuatan gadis pocong.Agaknya belum sempat dia hendak mengambil hati dan otaknya,orang-orang kampung telah pun datang."Kata kohar sambil berbisik.
"Wak haru cepat menghentikan perbuatannya,kalau tidak,kita pun akan menjadi susah."Kata saman ikut merasa cemas.
"Kita ada akar mimang.Gadis pocong itu tidak akan mencederakan kita bertiga."Kata wak tahak.
"Bukan kah kebetulan tukang emas yang dibunuhnya.Malam ini juga kau berdua kebas barang-barang kemas itu.Aku menunggu kat luar kalau-kalau gadis pocong tersebut muncul.Senanglah aku melemahkannya."Bisik kata wak tahak yang membuat kohar dan saman saling berpandangan.
Namun kohar dan saman saling mengangguk.Mereka bertiga terus mendiamkan diri ditempat yang sulit dan berharap agar orang-orang yang berkerumun dirumah yang menjadi huru-hara itu kembali kerumah masing-masing.Mereka bertiga menuggu cukup lama dan akhirnya rumah tukang emas itu pun dibiarkan begitu saja tanpa ada yang menunggunya.
"Orang-orang itu terus menguruskan mayat tukang emas dan menguburkan jenazahnya malam ini juga."Bisik wak tahak.
"Dah tentu mereka sibuk ditanah kubur.Sekarang lah masanya kita masuk dalam rumah tukang emas."Usul kohar yang mendapat persetujuan wak tahak.
"Ya cepatlah kerjakan kebas barang-barang kemas itu.Mereka melupakan rumah ini."Kata wak tahak pula.Kohar dan saman segera keluar dari tempatnya.Dua orang itu terus memasuki rumah tukang emas dengan niat mengambil barang-barang kemas.Keduanya masuk rumah itu dengan merosak pintunya kerana orang-orang kampung telah menutup pintu itu dengan cara yang susah untuk dibuka.
Keadaan didalam rumah gelap pekat kerana semua lampu didalam rumah itu telah dimatikan.Untuk mengenali bilik-bilik didalamnya mereka berdua menggunakan pemetik api yang hanya menerangi ditempat mereka berdiri saja.Namun setelah mereka menjumpai lampu minyak,kohar segera menyalakan lampu minyak tersebut.
Merak berdua satu sama lain berpisah didalam rumah itu kerana mencari barang kemas itu.Walau pun kohar telah puas menyelongkar laci-laci dan almari yang ada didalam sebuah bilik,kohar tak dapat menemukan apa yang dicarinya.Kohar tak berniat mencari dibahagian bilik yang lain kerana dibilik ini saja tukang emas tinggal.
Sedangkan dibilik-bilik yang lain menimbulkan perasaan seram pada kohar.
"Saman...saman..."Bisik kohar kepada rakannya.Panggilan berbisik kohar tiada jawapan.Dalam bilik itu hanya kesunyian yang dirasakan.Rasa sunyi yang menghimpit itu mula membuat perasaan kohar naik seram.
"Kriettt...terdengar ensel pintu yang berbunyi di tingat atas.
Kohar hanya melihat kegelapan bila dia cuba melihat tangga yang menuju ditingkat atas.Bunyi yang mengejut itu makin membuat kohar berniat hendak meninggalkan tempat itu.Dia pun berjalan keluar dari bilik tersebut,dengan fikiran yang tak lepas dari suara tadi.
Fikirannya yang mengena pada barang-barang kemas itu dilupakan.Apa yang diingatnya adalah tukang emas yang baru saja meninggal dengan cara mengerikan ditempat ini.Walau pun dugaan kohar tentang bunyi tadi adalah saman yang pergi ketingkat atas,tapi kohar lebih suka meninggalkan tempat ini.
Lampu minyak ditangan nya diletakkan ditempat semula dan dimatikan.Dia pun cepat-cepat keluar dari dalam rumah yang menakutkan itu.Sampai diluar,kohar tak menemui wak tahak disitu.Tak jauh dari tempat kohar berdiri beberapa batang pokok pisang bergoyang.
Kohar menghampiri ketempat itu.Tapi kohar diahadapkan sesuatu yang memeranjatkan.Jantungnya segera berdebar kencang.Seorang perempuan berdiri didepannya.Bayangan tubuhnya itu,kohar telah mengenalinya.Dia lah manusia ciptaan wak tahak.
"Waaaaa....."Itu saja keluar dari mulut kohar.Dia pun kemudian lari meninggalkan tempat itu sebelum kejadian yang mengerikan terjadi.
Kohar terus lari dalam kegelapan malam.
"Kemana agaknya orang tua itu?Kalau dia dah jumpa dengan manusia ciptaannya itu kenapa tal dilemahkan?"Fikir kohar sambil mulutnya tercungap-cungap kerana berlari kencang dan baru saja mula berjalan.
Kohar segera menghampiri rumah wak tahak kemudian membuka pintunya.Setelah kohar berada didalam,dia melihat wak tahak terbaring tiarap tanpa mengenakan bajunya.Saman ada disitu sambil membubuh minyak waat pada luka-luka wak tahak kesan dari kene sebat.
Bila melihat itu maka niat kohar hendak menumpahkan kemarahan pada saman ataupun wak tahak dibatalkan.Sebaliknya kohar jadi hairan melihat bekas sebatan di punggung wak tahak.Wak tahak merintih kesakitan sambil menahan pedih pada kulit tubuhnya.
"Apa yang terjadi semua ini?"Suara kohar yang membuat saman menoleh dan wak tahak mengangkat wajahnya.Nampak wak tahak meringis menahan kesakitan.
"Eh..kau kohar.Aku baru saja membincangkan perkara kau,mungkin telah mati disiat-siat hantu pocong itu."Kata saman.Wak tahak bangkit dan melihat keadaan kohar yang keletihan.
"Eh..bagaimana kau boleh selamat dari maut itu?"Soal wak tahak.
"Ya..maut.Sebaik aku masuk kedalam rumah itu,aku nampak gadis pocong itu berada disebalik pintu.Aku tak dapat bersuara langsung,tapi aku berjaya keluar dari dalam rumah maut itu.Gadis pocong itu mengejarku hinggakan aku berada ditempat wak tahak."Kata saman memulakan ceritanya.
"Aku tak menemui gadis pocong itu didalam rumah.Tapi aku merasa seram keseorangan didalam rumah itu.Hanya setelah aku berada diluar,dekat pokok pisang itu aku terserempak gadis itu.Saat itu lah aku berteriak dan cabut lari."Kata kohar menceritakan pengalamannya.
"Didekat batang pokok pisang itu lah aku dikerjakan gadis pocong tersebut."Kata wak tahak yang membuat kohar kehairanan.
"Dikerjakan macam mana?Kan wak tahak boleh melemahkan."Kata kohar.
"Yalah..aku sebat dia dengan akar mimang itu.Tetapi dia melawan.Akhirnya akar itu direbutnya dan malah aku pulak yang disebatnya dengan akar itu dan kau tengoklah sendiri akibatnya."Kata wak tahak sambil meringis.
"Tapi dia segera menghentikan sebatan bertubi-tubi setelah aku mengucapkan jampi-jampiku.Tapi dia masih garang dan mempunyai mata yang menakutkan.Saat itu lah aku dan saman cuba menyelamatkan diri.Jampi-jampi ku hanya bertahan untuk melemahkan sementara saja,tapi belum dapat menguasainya.Aku sendiri tak tahu mengapa jadi macam ini."Kata wak tahak sambil bermenung memikirkan kejadian itu.
"Wah...kini sudah jelas.Gadis pocong itulah yang membunuh tukang emas."Kata kohar sambil mengingati kematian yang mengerikan itu.Wak tahak kemudian mengambil akar dan ditunjukkan pada kohar.
"Kau tahu akar apa ini?"Soal wak tahak.
"Kan wak kata ini akar mimang."Jawab kohar.
"Ya..kita semua menjadi bodoh.Akar mimang kepala hotak.Yang sebenarnya ini akar tuba.Dan aku telah membelinya harga seratus ringgit.Sungguh gila.Kalau aku tahu ini akar tuba.Huh..satu sen pun aku tak nak beli."Kata wak tahak dengan geramnya.
Walau pun saman dan kohar baru saja mengalami kejadian yang mengejutkan dan mengerikan,tetapi bila terdengar tentang akar itu,terpaksa juga keduanya merasa geli dan tak dapat untuk menahan gelaknya.
(Bersambung....)