Bahagian 6 : Roh Gadis Bertudung

1.6K 46 2
                                    

Rahim membuat sarapan pagi dan telah siap dihidangkan dimeja dapur.Kopi panas pun telah tersedia disitu.Badrul yang telah siap membersihkan diri dan berpakaian itu telah duduk di bangku menghadap meja dapur.Kedua nya sarapan pagi sebelum berangkat kerja ditempat janda tua yang dijanjikan itu.
"Pengalaman semalam lebih teruk kita alami daripada kita dapati dari kejadian dengan emak sutinah itu."Badrul membuka cakap nya dipagi itu,kemudian meminum kopinya dua tiga teguk.
"Entah air apa pula yang disiramkan pada kita itu.Masin pun ada,masam pun ada juga pedas pula."Tambah rahim sambil minum kopinya juga.
"Macam mana kau boleh rasa air itu pula sedang kan aku hanya basah saja."
"Kenapa tidak nya,aku tengah mendongak dan mulutku terbuka,tahu-tahu air itu mencurah macam cari langi.Ada juga lah terminum sedikit."Kata rahim.Dan badrul pun tergelak mengalami telatah temannya itu.
"Tentulah air itu dari bekas basuh pinggan.Entah-entah air bercampur kuah besi."
"Mungkin jugak."Rahim membenarkan kata-kata badrul.
   "Jom...kita pergi."Ajak badrul yang telah siap minum dan sarapan.Tak lama kemudian,keduanya telah nampak berbasikal dijalan kampung,dengan membawa peralatan kerjanya.
   Mereka berdua menghabiskan masa setengah jam untuk sampai dirumah yang akan dibaiki itu.Kedatangan badrul dan rahim disambut dengan pandangan mata dua orang gadis yang hanya menampakkan kepalanya dilubang tingkap yang terbuka.
"Emak ada tak?"Tegur rahim.
"Emak telah pergi ke pasar.Kalau abang nak mulakan kerja.Simen dan pasir ada dekat halaman belakang dekat bilik dapur."Kata gadis dan wajahnya menunjukkan dia adalah kakaknya.
"Baiklah.Saya kebelakang."Kata rahim yang terus membawa basikalnya kebelakang.
Badrul menyandarkan basikalnya berjauhan dari basikal rahim.Ketika dia menoleh kearah rahim,badrul nampak rahim berbual dengan salah seorang dari kedua gadis tadi.Yang berbual dengan rahim mempunyai bentuk tubuh yang ramping.Setelah gadis itu menunjukkan sesuatu kepada rahim,dia pun kemudian masuk kedalam rumah.
Badrul segera menghampiri rahim dan berbisik.
"Yang tadi siapa?"
"Itu kakaknya nama emi.Sekarang kau carilah anita adiknya itu.Pandai lah tanya ini tanya itu.Ini masanya kau berkenalan dengan dia.Drul gerenti kau tak payah mengurat dia."Bisik rahim menyenangkan hati badrul.
"Pass...kalaulah keadaan anita serupa dengan kakaknya,jadilah.Lumayan juga untuk teman berseronok.Baiklah aku cari dia."Bisik badrul.Apa yang mereka mulakn itu bukanlah soal kerja,tapi pasal anak dara itu lah penting.Itu lah sebabnya badrul dan rahim dikenal dengan panggilan lanun-lanun pengurat.
Tak lama kemudian badrul muncul disaat rahim sedang mencampur simen dan pasir.
"Betul katamu.Aku tak payah mengurat dengan si anita itu.Ibarat anita mengantuk disorongkan bantal.Aku pun dah berbual-bual dengan dia."Kata badrul namun dengan nada mengeluh dan tak gembira.
"Hm...kau tahu tak gajah bengkak?"Soal badrul.
"Gajah tu dah pun besar lagi bengkak apa bendanya?"Rahim ingin tahu.
"Sebesar gajah bengkak itu lah tubuh badan anita.Nasib..."Keluh badrul.Badrul memulakn kerjanya dan tak lagi menyinggung hal gadis lagi.Keduanya terus bekerja hingga ke petang.
Ketika keduanya hendak mengundurkan diri dari rumah yang dibaiki itu,sempat emi mengucapkan kata-kata perangsang kepada rahim.Rahim nampaknya suka dengan sikap-sikap emi selama bekerja seharian di rumah itu.
   "Abang lanjutkan kerja pada esok harinya?"Soal emi.
"Tentulah...balik dulu ya."Kata rahim mesra seorang diri.
   Keduanya kemudian mengayuh basikalnya masing-masing.Wajah rahim nampak jernih dan mendapat kegembiraan.Hanya badrul yang nampak kesian.Sejauh ini,dia belum mendapatkan yang sesuai untuk dirinya.
"Hm...setiap pemuda yang mempunyai kekasih,mempunyai cara tersendiri untuk bermesra."Kata badrul sambil mengayuh basikalnya.
Rahim masih diam saja.Dia tahu badrul tak mendapatkan kegembiraan seperti dirinya.Maka rahim tak nak membuat luka dihati badrul yang masih kesepian itu.
"Aku mempunyai cara tersendiri bila bermesra dengan kekasihku.Antara lain yang aku suka adalah memanjakan kekasihku."Kata badrul.
"Memanjakan dengan cara bagaimana?"Rahim ingin tahu.
   "Duduk bersama...dan aku menatap wajahnya yang indah.Membelai rambutnya.dan yang paling aku suka adalah mendukung kekasih dengan cara wajar dan penuh kasih.Tapi kalau aku dapat anita...macam mana aku nak dukung dia sedang tubuhnya sebesar gajah bengkak."Kata badrul.
Rahim merasa kasihan mendengar cita-cita kawannya itu.Tapi rahim pun tak dapat menahan gelak ketawanya kerana rasa geli dari temannya itu.Walau bagaimana pun rahim merasa sedih juga dengan pengalaman badrul.Mereka hampir tiba dirumah sewa yang ditempati oleh badrul.
Badrul telah nampak halaman rumahnya dari jauh.Bila dia nampak seorang perempuan berbaju kebaya dan berkain batik lepas,maka ingatannya tertuju pada orang tua lisut emak sutinah itu.Badrul terperanjat.Kerana dia tidak mau orang tua itu akan sibuk saja maka dia cepat-cepat badrul berteriak kepada rahim.
"Him...cepat patah balik."Kata badrul dengan memusing basikalnya dengan tiba-tiba.Rahim ikut terkejut bagai melihat hantu.
"Apa bendanya."Rahim ingin tahu.
"Tengok orang tua lisut itu telah bertenggek kat depan rumah aku."Kata badrul.
Rahim melihat perempuan didepan rumah badrul.Dia pun cepat patah balik dan dengan mengejut mengayuh ikut basikal badrul.Badrul menghentikan basikal nya dekat jalan kecil berhampiran dengan bilik mandi orang.Dari situlah badrul dan rahim menghendap memerhati halaman rumahnya,kalau-kalau orang tua lisut itu telah berambus pergi.
"Eee...apa kalian berdua ini buat ha..nak intai makcik mandi?"Seorang perempuan tua mendongakkan kepala nya diatas dinding bilik mandinya yang terbuat dari papan itu.Badrul dan rahim saling berpandangan.
"Bu...bukan macam itu makcik."Jawab rahim.
"Ala...aku tahu hal kau berdua itu.Malam tadi aku dengar heboh-heboh kau hendap bilik anak gadis rosnah itu.Dan kau kene siram air.Ha...sekarang kau nak intai aku mandi.Aku dah tua keripot ini,apa yang kau boleh tengok ha?"Kata orang tua itu dengan suara serak.
Tanpa berkata-kata badrul dan rahim mengayuh basikalnya meninggalkan tempat itu sebelum peristiwa berlarutan.Merah padam wajah badrul dan rahim menerima umpatan yang membuatnya malu itu.
"Rosak...binasa nama kita dibuatnya."Keluh badrul.
"Drul..kalau macam ini,dah tentu nama kita telah tersebar dimerata tempat,mungkin aku akan pindah kekampung lain."Keluh rahim dan benar-benar pucat dituduh hal yang tidak benar itu.Mereka mengayuh basikalnya menghabiskan masa.Selepas beberapa lama,barulah badrul mengayuh basikalnya menuju kerumahnya.
   Di halaman rumahnya perempuan tua lisut itu dah pun tiada nampak.Badrul memasuki halaman rumahnya dan rahim terus mengayuh basikalnya pulang kerumah sewanya.Setelah menyandarkan basikalnya dengan perasaan pedih,badrul terus membuka pintu dapur dan terus masuk keruang itu.
Sebenar nya yang berdiri didepan rumah badrul adalah sutinah jannet.Sutinah jannet baru saja dari belakang rumah badrul mencari badrul.Ketika itulah dia nampak badrul membuka pintu dapur dan masuk kedalam.Sementara badrul duduk dibangku terdengar suara halus dan lembut mengucapkan salam.
Badrul segera membalas ucapan salam itu dan terus keluar mendapatkan tamunya.Ketika dia muncul digawang pintu,maka dia berdepan dengan sutinah.Badrul terkejut kerana tak menyangka sutinah boleh datang mencari dirinya.Sutinah berada disamping basikal barunya.Tentu mahal harga basikal itu.
"Emak engkau panggil aku."Badrul ingin tahu.Sutinah mengangguk.
   "Kenapa bukan emak kau yang datang.Kau sengaja memujukku untuk menerima kerja baiki tingkap itu."Soal badrul.Bila sutinah mendengar ini,langsung wajah sutinah berubah.Nampak tak sedap hati.
"Tin..aku tak akan datang menolong membaiki tingkap rumahmu hanya kerana kau datang kemari menunjukkan kecantikan wajahmu."Kata badrul dengan berbisik.Sutinah nampak merah wajahnya kerana menahan marah.
   "Sungguh menyakitkan hati kata-kata mu drul."Kata sutinah dengan geram.
"Ya...seperti sakitnya hatiku melihat sikapmu.Mungkin kau tak pernah tersenyum selama hidupmu.Padahal senyum itu boleh menawarkan hati orang lain.Kalau lah ada orang lain yang cantik sepertimu dan senyum padaku walau hanya pura-pura,cukup lah senyum itu menjadi milikku.Dan aku akan mengerjakan apa kehendaknya."Kata badrul dengan tegas seakan menghimpit perasaan sutinah.
Bila sutinah mendengar perkataan badrul yang tajam dan mantap,mula lah sutinah surut rasa marahnya.Dia tak berkata-kata.Kemudian memusing basikalnya dan hendak berlalu.Tapi dia belum berlalu.Detik-detik perasaan yang tegang ini membuat keduanya sama-sama diam.
Akhirnya sutinah membawa basikalnya keluar terus sampai kerumahnya kembali.Tak lama kemudian emak sutinah mendapat kan sutinah sedang duduk diberanda depan.
   "Sudikah badrul mengerjakan membaiki tingkap itu?"Tanya emaknya.
"Malas nak cakap emak.Lanun pengurat itu dah sombong."Kata sutinah singkat.Tak lama kemudian emak sutinah masuk kedalam dan suasana kembali sunyi.Tinggal sutinah seorang diri termennung mengingati pergaduhan yang sekejap tadi.
Rahim kerumah badrul selepas makan malam.Badrul memang menunggu ketibaan rahim dimalam itu.Kemudian badrul mengabarkan kepada rahim tentang perselisihan petang tadi dengan sutinah.Lepas berbual-bual.Badrul tak mengadakan rancangan untuk keluar rumah.Keletihan kerja seharian dirumah janda tadi membuat keduanya malas untuk merayau dimalam begini.
   Ketika malam makin larut.Rahim tak bermaksud untuk balik kerumahnya,maka dia bermalam dirumah sewa badrul.Keduanya tidur seperti biasanya diruang depan berbaring dilantai yang berlapik tikar.Keletihan kerja tersebut membuat keduanya cepat tertidur dengan nyenyaknya.
   Angin diluar bertiup lembut dengan membawa udara sejuk yang membuat keduanya makin terlena.Didalam bilik tidur tiba-tiba terpancar cahaya yang menerangi sebentuk tubuh yang bertudung.Ternyata dia adalah seorang gadis yang hanya nampak sekerat tubuhnya saja.
   Gadis itu mengucapkan salam kepada badrul.Badrul yang memerhati kedatangan gadis itu hanya nampak sekerat tubuhnya itu membuatnya sukar membalas ucapanya itu.Gadis yang bertudung dakwah itu seperti didalam bayang-bayang cermin.Walau pun dengan keadaan diri yang seram,berjaya juga badrul membalas ucapan salam itu.
"Ja...jangan lah kau menakutkan aku."Kata badrul dengan merapatkan dirinya didinding tempat ruangnya berbaring.Ketika gadis bertudung itu menampakkan wajahnya,maka badrul hampir terpekik kerana takut.
"Si..siapakah kau ini?"Badrul mengucapkan kata-kata itu dengan pucat.
"Lupakah engkau dengan aku.Bukan kah kau telah membersihkan kuburku dan aku pernah naik becamu.Aku lah gadis yang kau tolong itu."Kata gadis itu kemudian menunjukkan senyumnya.Tapi senyum itu malah membuat badrul seram.
"Ka...kalau begitu...kau sudah mati."Kata badrul.
"Ya...aku memang sudah mati.Benarlah apa yang kau katakan itu."
"Kalau kau sudah mati,kenapa kau datang kepadaku?"Soal badrul.
"Sebenarnya kau nak kembali ke alam barzakh.Tetapi pintu itu tertutup."Kata gadis itu yang wajahnya mengandung kesedihan.
"Aku tidak mengerti apa yang kau maksudkan itu."Kata badrul yang mula dapat mengusai dirinya dari rasa seram yang menghantui dirinya.
"Baiklah aku ceritakan perihal diriku."Kata gadis itu.
"Ketika aku telah mati dalam masa tiga hari,maka aku minta izin dari allah untuk melihat tubuhku.Maka allah izinkan.Setelah aku mati dalam masa tujuh hari,maka aku meminta izin dari allah untuk melihat tubuhku dikubur dan lain-lainnya.Disaat itu lah aku mendengar suara kuasa sihir manusia.
Dia menjanjikan kehidupan kembali kepada diriku.Kuasa itu hendak menjadikan rohku kembali kepada jasadku dan aku akan hidup kembali dari alam kubur.Tapi bila aku ketahui bahawa aku hanya akan dijadikan alat maksiat,maka tidak mau.Maka aku berniat kembali ditempat berkumpulnya roh di tempat yang sesuai dengan amal dan perbuatan selama didunia.
Tetapi pintu-pintu langit telah tertutup.Kemudian aku diturunkan oleh malaikat azab kelangit dunia dan aku merana.Aku menangis dan memohon ampun sehingga aku membuat janji dengan membuat tujuh kebaikan semoga aku dikembalikan di tempatku semual.Sejak itulah maka aku berhubung denganmu untuk berbuat kebajikan."Kata gadis itu mengakhiri ceritanya.
"Jadi sekarang ini aku berdepan dengan rohmu."kata badrul.
   "Benarlah apa yang kau katakan itu."Jawab gadis itu.
"Apakah tujuanmu kemari menemuiku?"Soal badrul."Dan hei..kenapa sekeliling tempat ku hanya nampak kosong.Dimana rumahku dan bilik tidurku."Badrul merasa hairan dimana dirinya berada.
"Tujuanku kemari menemui dirimu hanya mengingatkan akan dirimu.Ingatlah allah dengan niat dan perbuatanmu.Sesungguhnya kau telah tahu bagaimana menyembah allah tetapi kau telah melupakannya sekian lama.Bila kau lakukan itu,maka aku telah tercatat telah membuat kebajikan yang pertama.
   Suansana tempat mu ini adalah engkau berada ditempatku.Alam malakut maka engaku dapat melihat rohku.Kata gadis yang bertudung itu.Bila badrul mendengar penjelasan gadis bertudung itu maka terkejutlah dia.
"Apa alam malakut?Tidak...tidak aku belum mati maka aku tak mau berada ditempat ini.Tolong kembalikan aku kedunia."Kata badrul terkejut dan cemas.
"Engkau tidak mati badrul,hanya roh rawanmu yang mengembara.Baiklah badrul akan aku sedarkan kau,tapi ingatlah apa yang kukatakan tadi."Kata gadis yang bertudung dakwah tersebut.
Tak lama kemudian tubuh badan badrul melayang-layang dilangit dan badrul mula menjerit kerana takut terhempas kebumi yang berada jauh dibawahnya.Jeritan itu membuat rahim yang tertidur disamping badrul tersedar.
   "Heh...heh..bangun."Kata rahim sambil menggoncang-goncang tubuh badrul.Badrul pun tersedar dari tidurnya.
Rahim pun merasa seram kerana jeritan badrul sementara tidur itu.
"Kau sungguh menakutkan aku badrul.Apa yang kau lihat dalam mimpimu hah?"Kata rahim dengan wajah yang tegang dan dia kemudian bangun dan duduk menyandarkan punggungnya didinding.
"Benar katamu.Aku memang mimpi seram.Hii...aku jumpa gadis bertudung itu lagi."Kata badrul yang kemudian ikut duduk disamping rahim.Setelah badrul mengingati mimpinya,dia pun mula mengisahkan mimpi itu dari awal hingga akhir.
"Kalau begitu,mimpi mu itu memang dapat ditadbirkan.Ianya mimpi yang mengandung kebenaran."Kata rahim mempercayai mimpi itu.
"Ya..dan dia menyuruh aku mengingati allah dengan niat dan perbuatan.Bermakna aku harus mengerjakan sembahyang.Boleh tahan juga petuanya itu.Bila aku sembahyang bermakna dia mendapat satu kebaikan."Kata badrul.Rahim ikut bermenung memikirkan segala mimpi badrul yang baru didengarnya itu.
   Pokok besar yang tumbuh dihalaman rumah badrul bergoyang dan menimbulkan bunyi kerana ditiup angin.Daun-daun yang kering berjatuhan ketanah dan sebahagiannya menimpa atap zing rumah sewa badrul.Keduanya menjadi seram kerana baru saja mengenang mimpi tentang roh gadis tersebut.
"Him...angin bertiup menggugurkan daun-daun kering.Adakah itu suatu tanda bahawa gadis bertudung itu akan datang berupa roh."Kata badrul yang membuat mata rahim membulat dan wajahnya tegang.
"Dulu dia datang menghidupkan dapur kayu api.Oh...drul...kalau dia datang dalam suasana seperti ini,mungkin aku tak sanggup berdepan."Kata rahim.
"Teng...teng...teng bunyi jam dinding mengisi kesunyian malam sebanyak dua belas kali.Saat tengah malam.Kata hati mereka berdua dan merasakan jantung mereka berdua berdebar agak kencang bagai menantikan sesuatu yang menyeramkan.
"Drul..jam dua belas.Kalau lah diluar bulan sedang mengambang,maka biasanya saat begini terjadi keanehan."Kata rahim dengan berbisik seram.
"Haunggggggg....suara anjing yang menjadi lambang suasana seram telah melolong dikeheningan malam.Keduanya makin dihimpit rasa seram itu.Dan mula membayangkan yang bukan-bukan muncul didepannya.Rahim mengurung seluruh tubuhnya dengan kain sarung dan hanya menampakkan wajahnya.
"Wah..kenapa malam ini aku jadi penakut benar."Bisik badrul.Bila rahim mendengar kata-kata ini maka rahim makin gelisah.Biasa nya badrul memang berani dalam kegelapan malam.Tapi kini dia merasa takut.Tentu sesuatu akan terjadi.Kata rahim didalam hatinya.
Keduanya mendengarkan sesuatu dengan menahan nafasnya.Memang keduanya mendengar suara itu.Suara tanah yang dipijak dan terkena daun-daun kering yang remuk.Detik demi detik mereka berdua menantikan sesuatu.Akhirnya keduanya membulatkan matanya mengarah pada pintu depan.
Pintu itu bergoyang,bagai disentuh sesuatu,kemudian bunyi seakan diketuk dari luar.Entah-entah manusia yang mengetuk itu,atau sesuatu yang mengerikan.Setelah bunyi ketukan itu,maka suasana kembali sunyi.
"Kalau yang mengetuk pintu itu roh gadis tersebut tentu dia mengucapkan salam."Bisik badrul.Setelah berbisik demikian,keduanya baru teringat talip yang tergantung dan hilang mayatnya,dan seman telah menjadi mayat yang mengerikan.
"Apa yang kau fikirkan?"Bisik rahim kerana nampaknya badrul mendapatkan sesuatu buah fikiran.Badrul menoleh kearah rahim sebelum melahirkan apa yang difikirkannya."Aku membayangkan yang mengetuk pintu itu makhluk yang mencederakan seman."Bisik badrul yang membuat rahim semakin gelisah.
   "Badrul...badrul."Suara itu serak terdengar.
"Benar katamu.Itu bukan suara manusia sebenar."Bisik rahim.
"Ya....aku pun telah menduga demikian."Bisik badrul pula.
   "Kalau begitu jangan jawab."Rahim mengingatkan.
Angin diluar bertiup lagi.Kemudian terdengar daun-daun kering berjatuhan lagi.Seram dan menakutkan.Bunyi ketukan dipintu makin keras.Rasa cemas makin menghimpit keduanya hingga masing-masing menelan ludah keringnya.
"Badrul...dah tidur ke orang ini?"Suara itu kemudian terdengar lebih jelas.
"Tidur mati ke?"Kata suara yang lain.Yang tak salah lagi bahawa itu suara manusia yang sebenar.Badrul dan rahim saling mengangguk dan berpendapat itu memang suara manusia.
"Siapa diluar?"Soal badrul menanti kelegaan hatinya.
"Aku wak tahak."Jawab suara itu dengan bunyi serak.
"Alamak buat terkejut orang saja."Rungut rahim tapi merasa lega.
"Belum tidur ke?"Soal wak tahak.
"Dah..tapi terjaga."Jawab badrul sambil menghampiri pintu kemudian membukanya.Wak tahak berserta kohar dan saman segera masuk kedalam rumah.Rahim membesarkan lampu minyak itu dan membiarkan pintu depan tetap terbuka.Mereka bertiga kemudian duduk didepan badrul dan rahim.
"Wak baru saja mengubat orang dihujung sana itu.Ketika berlalu didepan rumahmu maka aku singgah kejap kalau-kalau kau telah dapat kan barang yang aku kehendakkan itu.Maksudku akar mimang itu."Kata wak tahak menjelaskan.
"Eh...nampak mustahak sangat wak nakkan akar mimang itu."Kata badrul.
"Yalah...disamping akar itu wak gunakan untuk mengubat,ia juga boleh buat untuk tangkal pengasih.Dua orang ini lah yang memerlukan nak kenekan anak dara idamannya."Kata wak tahak berbohong.Padahal niat wak tahak akar itu akan digunakan untuk melemahkan gadis hantu pocong agar jadi orang suruhannya.
"Baiklah wak.Akan saya usahakan secepat mungkin."Kata badrul.
"Kalau begitu,wak mohon dirinya.Jangan marah kerana menganggu tidurmu."
"Tak mengapa."Jawab badrul.Wak tahak dan kohar serta saman segera meninggalkan rumah badrul.Badrul menutup pintu itu kembali setelah melihat mereka telah berjalan cukup jauh.
"Padanlah si kohar dan saman itu lekat dengan wak tahak kerana janji nak kenekan anak dara itu.Eh...drul...lebih baik kau pun minta tolong wak tahak nak kenekan si sutinah jannet dengan akar mimang itu."Kata rahim.
"Akar mimang datuk engkau.Aku nak bagi akar tuba pada wak tahak."Kata badrul.
"Oh..ya baru kuingat."Rahim tersengih.
"Aku dah tak mengantuk.Lebih baik kita buat kopi o panas."
   "Pas...marilah kita berdua kedapur.Aku tak mau tengok dapur itu menyala sendiri,atau melihat bayangan putih diluar didekat anggunan kayu api itu."Kata rahim teringat peristiwa beberapa hari yang lepas.Badrul pun mengangguk.
   Mereka berdua kemudian sibuk didapur.Disaat itu lah badrul terasa mendengar jeritan antara terdengar dan tidak kerana ditelan oleh suara angin yang bertiup agak kencang.Dan daun-daun kering itu mencampurinya.
"Hm..aku rasa dengar jerit seseorang."Kata badrul.
"Sudah...apa lagi ni...kan itu bunyi angin yang bertiup."Bantah rahim.
"Entahlah mungkin juga."Kata badrul tak mau lagi berfikir tentang perkara yang menyeramkan lagi.
Sebenarnya apa yang didengar oleh badrul itu adalah benar.
   Rosnah menjerit-jerit didalam bilik sewanya.
"Makcik...makcikkkk.."Teriak rosnah memanggil tuan rumahnya.
   Perempuan tua yang mempunyai rumah sewa tersebut menempati bilik yang dibatasi dinding bilik rosnah.Sambil menjerit memanggil nama orang tua itu rosnah memukul-mukul tangannya didinding.Orang tua itu terus bangun.
"Hah...ada apa pula ni ros...."Suara orang tua itu lagi.
"Di...dia datang lagi..."Kata rosnah dengan meratap menangis kerana ketakutan.Orang tua itu kemudian bangun dan mengambil baldinya yang penuh berisi air.Setelah membuka pintu dengan diam-diam,maka dia keluar membawa baldi itu ditangannya.Orang tua itu masih nampak bayangan didepan pintu rumahnya.
"Oooo...kau rupanya yang datang lagi."Kata orang tua itu yang berjalan sambil menghampiri bayangan putih yang berjalan menjauh.Cepat-cepat orang tua itu menyiram air itu ketubuh badan sesusuk tubuh manusia yang nampak punggungnya.
"Byurrrrr..........air itu menyiram orang didepan orang tua itu.Tapi yang disiram tak basah.Sebaliknya orang tua itu yang tersiram seluruh tubuhnya hingga basah kuyup.
"Laaa...aku pulak yang basah.Mmmmm...Prus......orang tua itu menyemburkan air dimulutnya yang terminum tapi belum sempat ditelannya.
"Kurang ajar...kau tolak balik baldi ini.Haram jadah punya budak."Kata orang tua perempuan itu dengan naik meradang.
   Kejadian selanjutnya orang yang didepan makcik itu rebah ketanah.Menjadilah seperti mayat yang terbungkus oleh kain kapan yang sudah dipocong.Tak lama kemudian menjadi kempis dan merupakan kain yang terbentang ditanah.Kain itu seterusnya terbang keudara seakan diterbangkan angin.
"Dub...terdengar benda jatuh ketanah.Tetapi bukan kelapa yang jatuh.Hanya tubuh makcik tuan rumah itu yang rebah ditanah tanpa mengucapkan suara keran terkejut yang amat sangat.Rosnah dan minah telah keluar melihat orang tua itu.Orang ramai pun telah berkerumun disamping makcik tuan rumah itu.Mereka menyuluh tubuh makcik itu.
"La...kenapa dia terkene siram air,dan tergeletak?"Tanya orang-orang kampung.
"Apa yang terjadi ros."Tanya seseorang yang berkerumun itu.Yang lain cuba menyadarkan orang tua itu.Tapi orang tua itu masih diam saja walaupun telah membuka matanya.
"Dia datang lagi dengan menyamar pakai gaun putih dan berambut panjang."
Wajahnya mungkin pakai bedak putih yang tebal.Dia telah membuka tingkap itu.Walau bagaimana sayapun takut,maka saya menjerit dan memanggil makcik tuan rumah.Orang tua itu keluar menyiram air.Agaknya budak nakal itu menolak baldi makcik hingga makcik itu terjatuh dan baldi itu menyiram makcik itu."Kata rosnah menerangkan dan orang-orang itu percaya kata-kata rosnah.
   "Budak badrul dan rahim itu pun sudah melampau tabiatnya."Kata seorang penduduk yang berkerumun disitu.Makcik orang tua itu dibawa masuk kedalam rumahnya.Dia dibaringkan dikatil dan diurut oleh jiran-jirannya yang menaruh kasihan padanya.Yang lain asyik membincangkan nama badrul dan rahim yang bertindak tak senonoh itu.
Akhirnya semua orang kembali kerumah masing-masing.Hanya ada tiga orang perempuan yang umurnya sebaya dengan makcik tuan rumah itu yang masih mengurutnya disaksi oleh rosnah dan milah.
"Ya...tuhanku kenapa mulut makcik tuan rumah ini jadi begini."Kata minah dengan terkejut dan membulatkan matanya.Rosnah pun jadi ikut terkejut.
"Yalah...kenapa mulutnya jadi kempis."Tanya salah seorang yang mengurut.
"Alamak..aku baru tahu...gigi palsu orang tua ini tentu...tercampak."Kata minah yang menyedari bahawa orang tua ini memang bergigi palsu.
"Ger...mereka semua tergelak setelah mengalami peristiwa seram tadi.
Seorang jiran makcik itu mencari gigi palsunya dan ternyata ianya dijumpai.
"Ha...ini pun gigi palsu nya."Setelah gigi palsu itu dipasangkan kembali,maka nampaklah mulut makcik itu berisi dan wajahnya seperti biasa.Keadaan orang tua itu tak membimbangkan,maka jiran-jiran itu kembali kerumahnya.Demikian rosnah dan minah.
Orang tua itu pun makin sedar dan mula menggingat semua apa yang terjadi.Tapi dia belum mau berkata-kata.Akhirnya dia pun terus tertidur tanpa disedarinya.
Esok paginya cerita heboh-heboh semalam telah melarat dari mulut kemulut.Pagi itu juga terutama orang-orang perempuan baik tua atau pun muda empat lima orang mengunjungi rumah makcik tuan rumah itu.Minah dan rosnah pun ada berkumpul disitu,kerana pagi ini keduanya cuti dari kerja di kilang.
"Sebenarnya apa yang terjadi semalam cik ramlah...."Tanya seorang perempuan tua yang mempunyai bilik mandi berhampiran dengan jalan kecil itu.
   "Aku dengar rosnah menjerit-jerit ketakutan,eh....kenapa pulak kau yang terlentang dengan tubuh badan basah kuyup."Tambahnya lagi.
"Entah lah perangai budak nakal itu.Aku nak siram dia,malah aku pulak yang disiramnya.Sempat aku terminum air itu sedikit.Dan gigi palsu aku tercampak pula."Kata makcik ramlah menerangkan.
"Budak mana yang punya perangai itu."Tanya yang lainnya.
   "Engkau cam tak wajah lelaki itu ros..."Tanya yang lain pula.
   "Entah lah makcik.Saya nampak dalam gelap."Jawab rosnah.
   "Ala..siapa lagi kalau bukan badrul dan rahim itu.Adakah aku tengah mandi eh...eh...dihendapnya pula aku.Nak tengok apa?Cuba fikir.Kan aku ni dah tua.Sempat nak diintainya.Memang budak itu tak senonoh."Kata makcik itu.
Dari mulut ke mulut itu menjalar,akhirnya menjelang tengah hari  pula cerita itu pada badrul dan rahim.Budak lelaki kecil berumur sembilan tahun yang menyampai kan berita itu kepada badrul dan rahim.
"Rupanya heboh tengah malam tadi.Kita juga yang kene getahnya."Kata rahim.
"Lantaklah.Aku pun tak hairan dengan tuduhan itu."Jawab badrul.
"Dahlah...jangan fikirkan suara-suara janda-janda tua itu."Kata badrul.
"Lebih baik kita pergi masuk hutan cari akar tuba.Lekat lima puluh ringgit semeter.Kalau lebih,lebih lah kita dapat."Ajak badrul pada rahim.Rahim tak menolak rancangan badrul itu.Keduanya kemudian bangkit dari tempat duduknya dan mula meninggalkan rumahnya.
(Bersambung...)

Memuja Ratu Syaitan Where stories live. Discover now