Bahagian 9 : Datangnya Ratu Syaitan

1.5K 52 4
                                    

Petang itu setelah emak normilah baru saja berborak-borak dengan beberapa jirannya,nor segera menghampiri emaknya.Apa yang baru dibincangkan oleh beberapa orang jiran dan emaknya itu menarik perhatian nor.
   "Apa yang emak bincangkan dengan mereka itu mak?"Tanya nor.
"Ha...kau dengar nor.Semalam dulu makcik tuan rumah si rosnah itu terjerit-jerit lagi kerana melihat sesuatu yang menakut kan.Dia melihat benda putih melayang diudara benda itu seakan sehelai kain,ketika kain itu berada ditanah,ianya menjadi sebentuk tubuh gadis yang cantik dan menakutkan."Kata emaknya.
"Saya pun dengar khabar itu mak.Banyak orang mengatakan itu hantu pocong."Kata normilah menyambung kata-kata emaknya.
"Benar hantu pocong.Dan dia lah agaknya yang menganggu dam masuk dalam tubuhmu kemudian engkau tak dapat berjalan.Untung lah kini hantu itu telah pergi dan menganggu orang-orang lain."Kata emak normilah.
   "Emak tadi berbincang dengan jiran-jiran sebelah hendak meminta tangkal hantu itu dari bomoh yang mengubatmu dulu.Entah yang mana satu yang berjaya mengubatmu itu.Jiran-jiran sebelah rumah itu meminta pendapat emak kerana hendak meminta tangkal itu."Kata emaknya.
"Emak ini percaya sangat dukun-dukun yang hanya memandang wang itu."
"Habis,mereka lah yang pernah datang mengubatmu."Kata emaknya.
"Tapi...nor tak percaya dengan kebolehan bomoh-bomoh itu mak,kerana..."
"Kerana apa nor?"Emak nya ingin tahu."
"Kerana nor dah pernah bermimpi bertemu dengan seorang pemuda.Pemuda itu memegang lutut nor.Dipandangnya lutut nor kerana pemuda itu sedang mengadakan penyembuhan diatas penyakit lumpuh nor."Kata nor menceritakan mimpinya.
"Siapa pemuda dalam mimpimu yang mengadakan penyembuhan itu."Tanya emaknya.
"Badrul mak.Dan diteman kan oleh rahim."Kata nor yang mengejutkan wajah orang tua itu.
"Badrul yang sedang membacakan sesuatu diatas lutut nor dan rahim mengaminkan.Setelah kejadian itu.Esoknya baru lah nor mula dapat berjalan sedikit-sedikit walau teringsut-ingsut.Selepas itu nor tak bermimpi lagi."Kata nor lagi.
"Badrul dan rahim lagi.Setahu emak,kedua budak itu pemabuk,penjudi dan bermata keranjang.Agaknya mimpi engkau itu dah melarat sampai tak tentu arah.Yang emak nampak ketika badrul kerumah kita ini,dia tak mengucapkan apa-apa,hanya memandang pehamu yang gebu itu.Dah tentu itu terbawa menjadi mimpi."Kata emaknya.
   "Mimpi itu bunga tidur,tak boleh dipercaya sangat."Bantah emaknya.
"Ah emak ni.Saya lihat dalam mimpi itu badrul memuji nama allah,memohon keampunan dan berselawat kemudian memohon kesembuhan diatas penyakit nor."Kata nor cuba menyakinkan emaknya.Emaknya menggoyangkan kepalanya sambil memulas tembakau dimulutnya.
   "Iyeke yang engkau mimpi seumpama ini."Emaknya ingin memastikan.
"Benar mak.Paginya badrul dan rahim datang,malamnya saya bermimpi.Ketika pagi harinya,nor hanya menceritakan sebahagian dari mimpi itu,kerana enggan menceritakan badrul dan rahim dalam mimpi itu,"Kata nor.
"Ketika nor teringat anak gadis tok penghulu kampung,baru lah nor mengagak yang badrul yang mengadakan penyembuhan diatas penyakit nor."Kata nor.
   "Cerita anak tok penghulu kampung?Apa yang diceritakan?"Emaknya ingin tahu.
"Kan badrul lama tak muncul dikampung.Masa itu lah tok penghulu dan tok imam melihat gerak-geri badrul dan rahim."
"Tok penghulu dan tok imam syak dengan gerak-geri badrul dan rahim kerana timbulnya huru-hara dikampung.Kedua orang tua kampung itu menaruh syak diatas perbuatan kematian-kematian penduduk di kampung.Maka tok penghulu dan tok imam pergi menyiasat di bukit tempat badrul dan rahim membuat pondok."Kata cerita nor berhenti sekejap.
"Ketika selama berhari-hari kedua orang tua kampung itu menghendap tempat badrul dan rahim yang dibukit itu.Tok penghulu dan tok imam hanya mendengar badrul dan rahim memuji kebesaran nama allah hingga semalaman,selama satu bulan lebih."Kata nor mengakhiri ceritanya.
"Setelah mereka mengetahui keadaan badrul dan rahim yang sebenar,maka terlepas lah kedua orang itu dari tuduhan melakukan perbuatan yang tak baik dikampung ini.Cerita tok penghulu ini diceritakan kepada isterinya kemudian didengar oleh anak gadisnya.Anak gadis itulah yang cerita lagi kepada saya.Mak."Kata nor menjelaskan lebih lanjut.
"Kalau begitu padanlah,setelah dia menghilangkan diri beberapa lama,tiba-tiba saja datang dipagi itu untuk mengubatmu.Agaknya dia nak cuba ilmunya itu untuk menyembuhkan penyakitmu.Dan dia mengadakan penyembuhan dari jauh."Kata emaknya yang kini mula berpihak pada badrul dan rahim.
"Rasa-rasa emak nak pergi kerumah badrul kejap."Kata orang tua itu.
"Apa yang emak nak buat ini?"Tanya normilah.
"Ala...saja nak bincang-bincang kejap."Kata emaknya yang kemudian terus melenggang dijalan bagai iti pulang petang.
Tak lama kemudian emak normilah pun kembali dan menemui anaknya.
"Alamak.Benarlah cerita tok penghulu itu nor."Kata emaknya sambil ikut duduk dan memandang wajah anaknya.Nampaknya orang tua itu ingin menceritakan apa yang baru dilihatnya.
"Apa yang emak bincangkan dengan badrul?"Nor ingin tahu.
   "Emak hanya menemui rahim dirumah badrul.Ketika emak bertanyakan badrul,rahim mengatakan yang dia ada dibilik.Emak jenguk kedalam bilik,ternyata emak terkejut.Badrul sedang duduk beramal didalam biliknya.
Lepas sembahyang asar dia masih duduk disejadah dan tak henti-hentinya memuji nama allah dengan tasbih ditangannya.Wajah nya nampak putih seakan bersinar,dan dikepalanya terlilit seban dan berjubah putih.Sehingga emak pun takut hendak menganggu dia."Kata orang tua itu dengan wajah yang jernih.
"Elok lah kalau kedua budak itu jadi macam itu."Kata orang tua itu lagi.
"Itu lah...emak cepat sangat menuduh dia yang bukan-bukan."Kata anaknya.Orang tua itu hanya memulas tembakau dimulutnya.Tak lama kemudian dia pun menghilang entah pergi kemana.Agaknya kerumah jiran sebelah.
   Ketika malam dirumah badrul.
Suasana malam yang sunyi itu seperti malam-malam yang lepas.Keadaan rumah-rumah penduduk sudah pun semuanya menutup semua pintunya.Dijalan kampung sudah pun lenggang walau pun malam baru saja lepas isyak.
   "Rahim..marilah sekarang kita meninjau keadaan seketika rumah rosnah."
"Eh...apa hajatmu dengan niat yang demikian ini?Tidakkah nantinya kita kene siram air lagi dari orang tua yang itu."Soal rahim pada badrul.
"Nasiblah."Kata badrul.
"Bukan kah aku dah ceritakan kepadamu,yang aku bermimpi disekitar rumah rosnah diliputi mendung tebal dan rosnah dihampiri oleh api yang menyala-nyala.Elok lah malam ini kita tinjau apa kesudahan dari mimpi itu."Kata badrul mengingatkan akan hal itu.Rahim pun baru teringat akan hal mimpi badrul itu.
"Tapi drul.Walau pun aku juga telah menemankan kau dan ikut dalam ambil bahagian mempelajari ilmu hikmat itu,aku tak lepas dari perasaan takut dengan yang seram-seram."Kata rahim sedikit berat hatinya memulakan kerjanya itu.
"Aku pun demikian him.Tapi marilah kita cuba apa bendanya yang berkenaan dengan mimpiku itu."Kata badrul.
   Tak lama kemudian,terdengar lolongan anjing dikejauhan.Lolongan itu memanjang membawa perasaan mengarah kepada hal yang seram.Rasa seram ini dirasakan oleh orang-orang yang sedang berjaga.
"Anjing itu."Bisik salah seorang dari orang-orang jaga tersebut.
   Masing-masing menarik kain sarungnya dan menyelimuti tubuh mereka agar lebih terbungkus.Setelah demikian,mereka yang masing-masing berjaga menyiapkan senjatanya.Ada yang membawa cotar,sabit dan ada yang membawa parang.
"Haungggg.........."lolongan itu terdengar lagi lebih menyayat hati dan menakutkan bagi yang mendengarnya.
   "Eh..kalau awak nak baca sesuatu,janganlah baca untuk diri sendiri,baca lah untuk kita semua agar hantu syaitan itu tak ketempat ini."Kata salah seorang dari mereka.
   "Dah tentulah untuk keselamatan kita bersama."Jawab yang membaca dia.
   "Malam semakin sejuk.Kata orang bila hawa malam teramat sejuk,mungkin ada orang yang meninggal dunia.Dan roh simati disaat matinya sedang merayau-rayau."Kata yang lain.
"Hus..jangan nak mengada-ngada.Aku tengah seram nih."Kata yang lain pula.
"Kalian tak dengarkah,dikampung sana ada orang yang meninggal.Dan malam ini adalah malam yang ketiga.Patut juga malam ini begitu sejuk."Yang lain diam bila mendengar penerangan yang seorang lagi.
Kata-kata itu begitu mencengkam perasaan yang mendengarnya.
   "Haungggg........"lolongan itu mengejutkan mereka semua yang berjaga.
   "Jangan lah kau nak merayau kemari."Bisik seorang dari yang berjaga itu.
Mereka semua diam dengan fikiran masing-masing.
Akhirnya setelah lama,anjing itu tak terdengar lagi.Namun ketika menginjak ketengah malam,disaat bulan mula berselindung dibalik awan nipis,sehelai kain putih melayang diudara dan jatuh ketanah.Kain itu kemudian berubah menjadi sebentuk tubuh manusia.
Cahaya bulan yang redup masih dapat menampakkan bentuk tubuhnya.Ianya adalah gadis yang berambut panjang dan berpakaian putih.Gadis itu mula berjalan ditanah bagaikan mengambang diatas air.Dia kemudian berjalan menghampiri rumah sewa rosnah.Sementara dia berjalan,angin bertiup dan daun-daun kering berjatuhan.
   Diantara tiupnya angin,kedengaran suaranya berkumandang.
   "Rosnaaaaahhh......buka pintu.Buka pintu rosnaaaaaaaahhh...datanglah kepadaku.Engkau akan berjalan dialam ku dan ikutlah jejakku.Kematian diatas jalanku.Terimalah aku..."Suara itu bagai suara angin namun membentuk ucapan yang nyata.
Disaat itu rosnah sedang sembahyang sunat dua rakaat dan tak mendengar suara itu dihatinya.Kemudian berkali-kali gadis itu mengumandangkan suaranya.Setelah rosnah selesai menunaikan sembahyang sunat,akhirnya rosnah mempunyai firasat ingin membuka pintunya dan ingin pergi keluar.
"Ah...tidak.Tak ada alasan ku untuk pergi keluar."Kata rosnah yang mengingati kejadian-kejadian yang telah lepas.Maka rosnah kembali duduk disejadahnya menenangkan dirinya dan memuji akan kebesaran nama allah.Gadis bergaun putih itu kemudian makin mara ke pintu rumah sewa rosnah.
Badrul yang melihat kejadian itu segera memakrifatkan nama allah dipintu depan rumah rosnah.Ketika jari-jari ditangan gadis yang bergaun putih itu menyentuhnya,maka menjeritlah gadis yang bergaun putih itu.Kemudian tubuhnya terhoyong-hayang dan rebah ketanah menggelepar bagai ayam disembelih.
Tapi kemudian dia bangkit dan terus melarikan diri tanpa dapat berganti sehelai kain seperti yang sudah-sudah.Gadis itu kemudian melolong tak tentu arah meninggalkan tempat itu.Badrul tetap berdiri ditempatnya dengan kedua tangannya besedakap.Sementara itu rahim menggigil ketakutan dan tak dapat berbuat apa-apa.
Tak lama kemudian selepas gadis itu pergi,datanglah cahaya merah berkobar-kobar jatuh dihadapan badrul.Disertai kabus yang hangat,api itu kemudian berubah menjadi sebentuk tubuh yang menakutkan.Ianya adalah seorang putri yang cantik dan mempesona.
   "Siapakah yang menyeruku.Adakah tuanku nabi sulaiman?"Kata putri itu.
"Tidak...aku adalah manusia biasa.Siapakah kau?"Tanya badrul kepada putri yang membentuk separuh badan dalam cahaya api tersebut.
"Aku adalah syaitan yang bernama serobot apa kehendakmu wahai manusia?"
Badrul kemudian memukul dahi ratu syaitan itu dengan akar mimang dan membuat ratu syaitan itu berlutut dihadapannya.Kemudian tiada sesekali ratu syaitan itu berani menatap dengan matanya yang merah itu kehadapan badrul.Sambil menunduk ratu syaitan itu mengeluh kesakitan.
"Katakan lah siapa yang punya angkara yang menggunakan kain kapan?"
"Itu adalah cucuku yang masuk pada mayat,berjumlah tiga syaitan.Meraka adalah yang berdiam diotak dan dihati dan di nafsu."Kata ratu syaitan tersebut.
"Bagaimana menghapuskannya."Soal badrul.
"Aku tak dapat mengatakannya."Kata ratu syaitan tersebut.Badrul kemudian memukul tengkuk ratu syaitan tersebut yang membuat ratu syaitan lagi berlutut hingga mencium hujung jari kaki badrul.
Dengan seizin allah,disaksikan nabiku berserta para malaikat,dan al-quran imanku.Aku menggunakan kuasa nabi sulaiman a.s maka aku bolek menyiksamu."Kata badrul.
   "Ampun tuanku,baiklah saya akan mengatakan."Kata ratu syaitan tersebut yang kemudian menceritakan untuk menghapuskan ketiga cucunya yang mendiami mayat gadis pocong tersebut.Setelah berbuat demikian maka badrul membenarkan ratu syaitan itu pergi semula ketempatnya.
   "Him...mari kita pergi dari tempat ini."Kata badrul.
"Em..i..iya mar...mari."Jawab rahim yang gagap kerana menyaksikan perkara yang luar biasa itu.Walau ketakutan yang mendesak,tetapi badrul yang telah menundukkan ratu syaitan itu,kini rahim jadi agak berani.
   Setelah badrul dan rahim meninggalkan tempat itu,rosnah dan minah yang berada didalam rumah itu ikut menyaksikan peristiwa terjadinya kejadian yang menggerunkan itu.Orang tua empunya rumah itu pun kemudian datang kerumah rosnah.
"Ros...apakah kau nampak sesuatu yang ajaib dan menyeramkan?"Kata orang tua itu.
"Ya...kami berdua menyaksikan perkara itu dari lobang dinding."Jawab rosnah.
"Saya pun demikian ros.Makcik menggeletar seluruh tubuh makcik bila mendapati hantu pocong itu didepan badrul.Kemudian disusul peristiwa-peristiwa lainnya yang menggerunkan."Kata orang tua itu.
"Makcik..agaknya memang badrul sengaja hendak menangkap hantu pocong itu."Kata minah yang malam itu tidur dirumah sewa rosnah.Orang tua itu menganggukkan kepalanya."Ada benarnya.Rupanya makcik yang salah sangka terhadap badrul.Dalam cahaya bulan yang redup itu makcik jelas badrul menyiksa syaitan tersebut.
Makcik dah siap-siap nak menyiram air itu pada badrul.Eh..air itu kemudian tumpah disaat makcik menyaksikan peristiwa itu,makcik menggigil ketakutan."Kata orang tua itu.
Tak lama kemudian jiran-jiran sebelah melihat kearah rumah sewa rosnah.Pintu rumah rosnah sedang terbuka melihat ketiga orang itu saling berbincang.Jiran-jiran itu tiga atau empat orang lelaki atau perempuan berdatangan kerumah rosnah dan menanyakan apa yang terjadi.
   Orang tua itu segera menceritakan apa sebenar terjadi.
"Badrul dan rahim menangkap hantu pocong?Ya saya pun mendengar tanda-tanda itu.Lolongan anjing ditengah malam.Kiranya hantu pocong itu merayau sampai kemari lagi."Kata jiran yang baru datang itu.
"Seumur hidupku baru kali ini aku nampak hantu itu.Kini baru lah jelas,perkara-perkara yang lepas adalah perbuatan hantu pocong."Kata orang tua itu.
"Mula-mula ia berupa kain putih yang tersidai didawai jemuran.Apabila kita mengambilnya dan ia berada didalam rumah,maka ia pun menjadilah hantu itu.Demikianlah apa yang saya alami ketika itu."Kata rosnah mengingatkan peristiwa yang lepas.
Orang-orang yang mendengar cerita rosnah mula membayangkan kain-kain dirumah masing-masing.Rasa seram itu kemudian menghantui perasaan jiran-jiran itu.Mereka pun cepat-cepat kembali kerumah nya dan memastikan bahawa kain-kain bajunya tidak bercampur dengan sehelai kain putih.
Hantu gadis pocong itu terus berjalan dengan hoyong-hayang berada dijalan kampung.Dia merintih kesakitan dan sampai pula didepan para penjaga-penjaga yang sedang menjalankan tugas.
"To...tolong..."Kata gadis itu dengan menghulurkan tangan nya.
Mereka semua yang ada dipondok kawalan terkejut dan melihat kearah gadis itu.
"Alamak...mangsa rogol.Gadis itu tentu telah dikerjakan oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab."Kata salah seorang dari mereka.Enam orang jaga yang sedang menjalankan tugas itu segera berloncatan dari pangkin pondok jaga menghamburkan diri menolong gadis pocong tersebut.
Penjaga-penjaga itu segera memapah gadis itu.
"Jangan sentuh dia..."Perintah suara yang mengejutkan orang-orang jaga tersebut.
Badrul dan rahim muncul ditempat orang-orang jaga tersebut.Mereka semua mengarahkan pandangan matanya kearah badrul.Sementara itu tubuh badan gadis yang dibaringkan itu mengecut dan berubah menjadi sehelai kain kapan.Orang-orang itu terpekik terkejut dan menjadi seram.
Tak lama kemudian angin bertiup dan terbanglah kain kapan tersebut keudara dan melayang-layang kemudian hilang ditelan kegelapan malam.Bersamaan dengan itu angin pun reda dan dihujung kampung lolongan anjing terdengar lagi.
"Dah terlepas drul.Apakah kita akan mengejarnya?"Kata rahim.
"Tak perlu him,suatu hari nanti kita akan dapat menangkap dan menghapuskannya."
"Badrul,apa ertinya ini semua?"Tanya salah seorang diantara mereka yang mula dapat menguasai rasa terkejutnya.Mereka semua berkerumun menghadap badrul.Badrul dengan mengeluh menerangkan kepada mereka.
   "Tidak kah kalian menyedari.Dia lah hantu pocong yang menimbulkan huru-hara dikampung kita yang menyebabkan kematian penduduk-penduduk dikampung kita ini."Bila orang-orang jaga itu mendengar penjelasan badrul,mereka semua makin terperanjat.
"Sesungguhnya dia adalah syaitan."Kata badrul lagi.
"Padanlah tubuh badannya sejuk macam ais.Dia mengecut dan berubah menjadi kain putih."Kata salah seorang dari mereka.
"Kain itu adalah kain kapan,yang telah digunakan oleh seseorang yang mengamalkan ajaran sesat."Kata badrul yang menjelaskan perkara itu.
"Hah...Ada orang sengaja membuat dan menjadikan hantu pocong jadi hamba suruhan?"Tanya orang lain.Badrul mengangguk perlahan.Orang-orang itu kini baru memahami akan perkara itu.
"Kami berdua sedang mengejarnya.Tapi terlambat.Sebaik tubuh badannya tersentuh oleh kalian,hantu pocong yang sudah lemah itu menjadi pulih kekuatannya dan dia boleh merubah dirinya menjadi kain kapan.Sesungguh nya dia berselindung disebalik kain kapan tersebut,dan kain kapan itulah perisainya."Badrul menjelaskan lagi.
"Sungguh kami tak menyedari akan hal ini.Badrul..nampaknya kau tahu akan rahsia hantu pocong ini.Apakah yang harus kami lakukan selanjutnya?"
   "Jangan lah kalian memasukkan sebarang kain putih yang bukan kepunyaan kalian.Bila kalian nampak kain yang demikian,ucapkanlah a'udzu dan sambunglah dengan ucapan bismillah.Kemudian janganlah menerima panggilan seseorang bila bukan mengucapkan salam secara orang ulama."Kata badrul.Selepas berkata demikian,maka pergilah badrul dan rahim dari kerumunan orang-orang itu.
   Peristiwa yang dialami oleh orang-orang itu masih segar lagi diingatan masing-masing.Mereka saling berbincang mengenai hantu pocong dan peristiwa-peristiwa yang telah lepas berkenaan dengan kematian.Rasanya orang-orang itu tak mahu tidur hingga menjelang pagi kerana baru mengalami kejadian yang tak disangka-sangka itu.
Dan sudah menjadi kebiasaan orang-orang kampung,bila baru saja mengalami peristiwa yang menghebohkan,dari mulut ke mulut cepat tersebar berita kejadian semalam itu hingga ke merata tempat.Dimana-mana tempat orang asyik memperkatakan badrul dan rahim yang hampir menangkap hantu pocong tersebut.
Selepas kejadian dimalam itu,beberapa hari kemudian,banyak orang berkerumun dirumah badrul.Mereka itu tak kira perempuan atau pun lelaki dan tua atau pun muda,saling ingin mendapatkan secarik ayat untuk dipasang dipintu rumahnya.Kepercayaan orang-orang kampung yang sebahagian besarnya tertumpu pada tok bomoh yang ada dikampung itu mengalih diri kepada badrul.
"Sial punya badrul,perniagaan ku membuka syarikat bomoh jadi lingkup setelah munculnya badrul menjadi tumpuan orang ramai."Kata seorang bomoh kurang lebih yang memang bomoh yang tak betul dan hanya mementingkan upah yang besar.
"Kalau begitu,banyaklah wang mengalir ketempat sibadrul itu."Kata bomoh tok jalin dengan menahan geramnya.
   "Tidak demikian tok."Jawab anak buah tok jalin.
"Badrul tidak menerima sebarang pemberian lebih-lebih yang berupa wang ringgit badrul tak mengharapkan itu semua."Katanya lagi.Bila didengar hal yang demikian makin geramlah wajah orang tua itu.
Siang itu dirumah sutinah jannet.
Sutinah sedang menyiap kan makanan disiang hari dan masih sibuk didapur,ketika emaknya baru saja memasuki bilik itu.Orang tua itu nampak baru saja balik sejak dia keluar dari pagi.
"Emak dari mana?"Tanya sutinah.
"Dari rumah badrul meminta secarik ayat ini untuk dipasang diatas gawang pintu."Kata emaknya yang kemudian terus duduk dan mengesat peluhnya yang menitik diwajahnya.
"Emak jumpa badrul."Tanyanya.
"Tak hanya jumpa rahim yang sedang melayan orang-orang yang memerlukan ayat seperti ini."Kata emaknya sambil menunjuk ayat itu.Sutinah memerhati sekajap kertas yang bertuliskan bismillah itu.
"Tadi pagi tinah nampak badrul membawa basikalnya dengan peralatan tikangnya.Tinah lihat badrul sedang bertukang membuat pondok jaga durian dihujung sana itu."Kata sutinah.
"Kau menegurnya?"Soal emaknya.
"Tak.Dia berbasikal ketika tinah berada dijalan kecil itu.Dia buat macam tak tahu saja,malas rasanya nak bertegur sapa."Jawab sutinah.
"Budak ni sekurang-kurangnya kau berterima kasih kerana dia pernah membaiki tingkap bilikmu itu tanpa minta upah sesen pun."Kata emaknya.
"Tak hingin mak."Jawab sutinah singkat.
Tak lama kemudian emak sutinah telah siap membuat minuman dan membungkus makanan ringan dan meletakkan dalam bakul kecil.
"Jannet."kau bawalah minuman ini ketempat badrul.Teruk-teruk budak badrul ada juga baiknya.Nah lekas bawalah makanan ringan ini."Kata emaknya.
"Apa?Emak ni mengada-ngada sangat.Tinah bukannya suka berdepan dengan pengurat itu."Jawab sutinah.Wajah sutinah mula menunjukkan rasa tidak senang.Tapi sutinah pergi juga membawa bakul itu dan hanya berjalan kaki menuju ketempat badrul.
Ketika sutinah sampai dipondok yang setengah siap itu.Badrul tak nampak disitu.Badrul nampak ditepi sungai yang airnya mengalir jernih.Baru saja badrul mengerjakan sembahyang zohor.Setelah badrul melipat sarung dan sejadahnya dia kemudian dengan mengenakan seluar panjang dan baju lengan panjang,dia menghampiri pondoknya dan melihat sutinah duduk diatas papan.
"Hai.."Kata badrul bila sudah didekat sutinah.
"Ada pulak dia menegurku macam itu."Kata sutinah dalam hati.
"Angin apa yang membuatmu datang kemari tin."Tegur badrul.
   "Angin sesak nafas.Kalau bukan terpaksa ikut cakap emak tak ingin aku kemari."
Sutinah kemudian mengeluarkan makanan didalam bakulnya dan juga minuman kopi didalam teko.Badrul terus menuang kopi itu didalam cawan dan meminumnya sebelum sutinah mempelawanya.Tak lama kemudian badrul menikmati goreng pisang tersebut.
   "Tin..malam nanti ada pasar malam dekat pekan kecil itu.Boleh kau temankan aku jalan-jalan kat pekan kecil itu?"Tanya badrul.
"Kau ni..masih dengan tabiat lamamu.Aku tak suka semua ini tahu.Ajak saja normilah yang kau sembuhkan sakit lumpuhnya itu,atau rosnah bekas makwe mu itu."Kata sutinah dengan wajahnya yang menunduk dan pipinya yang indah itu merah mendengar ajakan badrul.
Sutinah kemudian berdiri dan mula hendak melangkah pergi dari situ.
"Tin..esok datanglah membawa makan seperti ini.Dan katakan pada emakmu terima kasihku padanya."Kata badrul.Sutinah terus berjalan tanpa menoleh lagi.
"Sungguh merbahaya masuk kekandang harimau."Kata sutinah seorang diri.
"Tapi aku adalah harimau yang jinak tin.Kalau menerkammu,tentu dengan izinmu."Kata badrul dengan tersenyum sambil mengawaskan sutinah pergi melalui jalan kecil dikebun itu.
Sebelum hari maghrib badrul telah sampai dirumah.Dan sebelah malamnya setelah badrul merehatkan tubuh badannya,rahim pun sampai dirumahnya.Rahim menceritakan pengalaman siang tadi yang membuat ayat dan melayan orang-orang itu.
"Kalau kau tahu tamu-tamu siang tadi.Wah.Banyak makwe-makwe datang kemari."
"Ada hajat tentulah datang.Dan tentunya mereka itu bermanis muka."Kata badrul.Rahim pun mengangguk dengan wajah yang cukup gembira.Melayan tetamu-tetamunya tadi cukup seronok juga bagi rahim.
"Ada sayangnya drul."Kata rahim.
"Apa sayangnya?"Badrul ingin tahu.
"Kita bukan menuntut ilmu pengasih perempuan.Kalaulah itu yang kita miliki,inginlah aku mempunyai seorang yang..aduhai..."Kata rahim sambil berangan.
   "Kita tak perlu mempunyai ilmu seumpama itu him.Ilmu semacam itu akhirnya hanya akan mendatangkan keburukan.Cukup lah dengan akal dan fikiran kita untuk mengenakan secara wajar pada apa yang kita kehendaki.Untuk mengenakan makwe-makwe itu biarlah kita gunakan cara yang lama."Kata badrul dengan tersenyum.
"Bila kita bersara dari jadi cintan ni drul."
"Bila kita sudah mendapatkan pasangan hidup yang seirama."Jawab badrul.
Keduanya kemudian diam.Tak lama kemudian badrul pun memasuki biliknya dan berkeadaan yang suci dan mendiamkan diri diatas sejadah dan memulakan beramal.Rahim pun berbuat demikian dan berada di samping badrul.
Malam itu berlalu begitu saja tanpa ada kejadian yang mengejutkan.Dan pada keesokan harinya seperti biasa,badrul akan memulakan kerjanya lagi.Rahim masih berada dirumah kerana dia sendiri belum mendapat kerja baru.
"Kau tinggallah dirumahku,kalau ada tamu yang memerlukan sesuatu."Kata badrul.
Rahim mengangguk dan badrul pun kemudian membawa basikalnya dengan membawa peralatan kerjanya.Ketika badrul sampai dipondok itu,hari masih pagi bernar.Tak lama kemudian badrul menghentikan kerjanya kerana dia melihat sutinah datang membawa bakul dan menghantar sarapan pagi.
Pagi itu sutinah hanya mengenakan pakaian hariannya yang buruk.Nampak nya sutinah ada hajat lain disamping menghantar makanan dan kopi ketempat badrul.Dia pun membawa sejumlah pakaian yang hendak dibasuh disungai.
"Drul..emak suruh membawakan sarapan pagi ini untukmu."Kata sutinah sambil meletakkan bakul itu dipangkin pokok.
"Semalam aku hanya bergurau tin.Yang sebenar aku tak mengharapkan lagi setiap hari begini kau bersusah payah menghantar makanan."Kata badrul terharu.
"Aku hanya sampaikan pesanmu kepada emak.Dan emak membuat makanan ini,juga siang hari nanti."Kata tinah menjelaskan.Badrul kemudian mengangkat wajahnya dan memandang wajah sutinah hampir-hampir tak percaya.
"Dan kau sampaikan pula kepada emakmu yang aku mengajakmu kepekan?"
"Ya...nampaknya orang tua ku tak keberatan kau mengajakku pergi kepekan.Hanya sayangnya,aku tak ada niat untuk menemankan kau pergi kepekan."Kata sutinah yang masih berdiri disitu sambil dipinggangnya bertenggek bakul berisi pakaian yang hendak dibasuhnya.
   "Aku tak sangka hal semalam itu berpanjangan macam ini.Pada hal apa yang kukatakan semalam,hanya sekadar menghiburkan suasana dan tiada sesekali aku berniat yang sebenarnya."Kata badrul kemudian termenung dan merasa terharu dengan kebaikan orang tua sutinah.
Rasa haru itu sempat membuat mata badrul basah oleh air mata.Bila sutinah nampak badrul termenung dan dalam keadaan yang mengharukan.Sutinah pun merasakan apa yang dirasakan oleh badrul itu.Dia kemudian meletakkan bakul bekas cucian itu,dan terus menuang kopi panas itu dalam cawan.
Bila badrul melihat sutinah berbuat demikian,air mata badrul terus berjatuhan dipipinya.Ini lah selama hidup badrul baru kali ini dia mendapat layanan dari seorang gadis cantik seperti sutinah ini.Sutinah pun kemudian duduk dipangkin dan menghidangkan minuman dan makanan itu didekat badrul.
Angin pagi berhembus lembut.Matahari pagi mula memancarkan sinar kemerahan diufuk timur.Dengan perasaan yang sungguh terharu badrul kemudian mula duduk dipangkin memerhati jari-jari sutinah yang sedang membuka goreng pisang yang masih hangat.
Dia seakan menyaksikan seribu keindahan yang sedang berlaku didepan matanya.Dan sutinah sebenar yang menahan hatinya hanyut terbawa oleh sikap badrul yang membuatnya kasihan terhadap badrul.Entah..tiba-tiba saja sutinah merasa jatuh kasihan terhadap badrul bila sutinah mendapati badrul menitiskan air matanya.
Dengan jari-jari gementar,badurl kemudian memegang cawan itu dan kemudian meneguknya beberapa teguk diikuti pandangan sutinah jannet.Sementara badrul meletakkan cawan itu,dia dihadapkan satu kejutan yang mendebarkan jantungnya.Bibir sutinah yang indah itu membentuk senyuman didepan mata badrul.
Badrul memejamkan matanya dan menarik nafasnya seakan menikmati keindahan senyuman yang sungguh beerti itu.Ketika badrul membuka matanya,wajah anak dara didepannya itu tunduk dan sutinah masih berada disitu.Setelah badrul memakan goreng pisang itu dua ketul,dia pun memulakan lagi kerjanya.
Badrul tersenyum seorang diri ketika mendapati sutinah masih berada disitu mengawaskan badrul bekerja.Kerana badrul asyik dengan perasaan yang sukar dilukiskan keindahannya,dia tak cukup hati-hati dalam memaku.Tangannya kemudian terkene tukul dan mengeluarkan darah.
   Tetapi badrul terus melanjutkan kerjanya tanpa menghiraukan tangannya yang mengalirkan darah itu.Ketika sutinah sudah pun pergi kesungai,baru lah badrul menghentikan kerjanya,dan meringis kesakitan.Tangan yang luka itu dibalut dengan rumput teki,dan meludahnya tiga kali.
Ketika hari telah siang,sutinah membawa makanan siang kepondok itu.Dan badrul menerima layanan itu dengan kejutan perasaannya yang sukar dilukiskan dengan kata-kata.
"Drul...bila pondok ini siap?"Soal sutinah.
"Mungkin besok tengah hari."Jawab badrul.
"Begitu cepat."Kata sutinah dengan pandangan tunduk.
"Tapi aku boleh menundanya selama seminggu bila kau masih ingin menemankan aku seperti ini."Kata badrul dengan perlahan dan penuh harapan.Wajah sutinah sesungguhnya menahan malu tetapi dia segera tersenyum tanpa menatap wajah badrul.
(Bersambung...)

Memuja Ratu Syaitan Where stories live. Discover now