Bahagian 5 : Kain Kapan Hantu Pocong

1.7K 48 1
                                    

Telah tiga hari badrul menganggur kerana belum dapat kerja yang baru.Rasa pening lalat dikepala badrul mula terasa.Wang upah membaiki rumah emak sutinah jannet itu dah pun dibayarkan sewa rumah yang ditempati.Petang itu badrul duduk ditangga dirumah sewanya.
   Wajah badrul nampak muram ibarat cuaca mendung,kerana wang yang ada pada dirinya hanya tinggal beberapa ringgit saja.Agaknya badrul merasa menyesal meminta upah membaiki rumah emak sutinah itu terlampau murah sangat.Yang sebenar dia berbuat demikian kerana berharap mendapat peluang mengurat si sutinah itu.
Tetapi malangnya selama seminggu dia bekerja dirumah itu,sutinah tak nampak batang hidungnya.Jangankan berdepan muka dan berbual,tengok wajah sutinah yang cantik itu pun tak ada can langsung.Bila badrul mengenang kerja-kerja dirumah orang tua itu tak ingin rasanya badrul ingin menolong orang tua itu lagi.
Rahim muncul didepan badrul petang itu.
"Hai...khayal nampak."Tegur rahim sambil turun dari basikalnya dan kemudian menyandarkan basikal itu dipagar halaman sebelah luar.Badrul hanya mengangguk perlahan tak bersemangat.
Rahim menunjukkan wajahnya yang cerah sehingga menarik minat badrul.Dia kemudian duduk ditangga itu disamping badrul.Senyum dibibir rahim membuat badrul ingin tahu apa cerita rahim dipetang itu.
"Ada apa ni."Badrul ingin tahu.
"Ada peluang kerja baik drul.Membaiki rumah juga.Rumah yang akan kita baiki itu rumah seorang janda tua."Kata rahim dengan tersenyum.Bila badrul mendengar kata-kata "tua",maka dia cepat menggelengkan kepalanya.Demikianlah tabiat badrul.Soal kerja itu adalah soal kedua.Yang penting bila dia bekerja mestilah ada sesuatu yang menyenangkan hatinya.Lebih-lebih lagi kalau ada anak daranya.
"Yang kau tayangkan padaku janda tua itu buat apa?"Kata badrul enggan.
"Janda tua itu mempunyai anak dara dua orang.Tahu tak.Gadis belasan tahun yang menginjak remaja termasuk gadis yang mudah diajak berdamai.Yang bernama emi...biarlah aku punya.Yang seorang lagi nama ani,untukmu."Kata rahim bersemangat sehingga badrul naik minat.
"Minta ongkos yang mahal.Dan jangan terjadi seperti dirumah emah sutinah itu.Dah kerja teruk setengah mati,upah murah,dia kongkong anaknya dalam bilik.Menyesal aku kerja dengan orang tua sial itu."Kata badrul.
   "Huh...aku pun kalau jumpa orang tua itu,tak pandang dah.Apa lagi kalau dia nak minta tolong.Tak hingin."Kata rahim pula menunjukkan rasa geramnya.
Didepan rumah sewa badrul terbentang sebatang jalan kampung yang bertanah merah.Sebuah teksi baru berhenti berhampiran dengan pintu pagar badrul.Sebelum kereta itu berhenti ia berbunyi "ciut...cit....pessssss...blug"ternyata tayar kereta sewa itu pancit.
Seorang gadis yang mempunyai potongan bentuk tubuh yang menarik turun dari dalam kereta.Drebarnya juga turun dan menurunkan barang-barang gadis tersebut.Dari jarak sepuluh meter,dari tempat badrul dan rahim,keduanya mengerti yang gerakan tangan drebar tersebut tak dapat meneruskan perjalanan.
Penumpangnya menggelengkan kepalanya dan kedua tangannya bercekak pinggang dengan gerakan yang memberi erti mengeluh.
"Ini baru peluang baik untuk tunjuk budi.Siapkan basikalmu drul kita hantar gadis manis itu kerumahnya."Kata rahim yang tak lepas dari tabiat lamanya.
   "Jadi...entah-entah gadis itu lekat padaku."Kata badrul sambil ikut bangkit dan memerhati keindahan bentuk tubuh gadis yang berdiri disamping kereta tersebut.Ketika gadis tersebut nampak wajahnya,badrul dan rahim menjadi terkejut.Dia adalah emak sutinah orang tua itu.
Emak sutinah melihat kekiri dan kekanan.Badrul cepat bertindak dan dia merebahkan dirinya tiarap ditanah halaman rumahnya.Kemudian orang tua itu nampak rahim yang tak sempat bertindak seperti badrul.
"Eeee...rahim...."Kata orang tua itu dengan senyuman yang ramah.Rahim tersengih tak tentu arah.Kemudian dia melihat kearah badrul.Badrul telah tiada ditempatnya.Kini tinggal seorang diri rahim ditempat yang tak jauh dari orang tua tersebut.
Bila rahim menatap wajah makcik yang penuh harap dan menunjukkan sikap ramah itu.Rahim pun tetap berdiri disitu dengan tersenyum juga.Maka orang tua itu menghampiri rahim.
"Kau tinggal disini rahim..?"Soal orang tua itu.
"Tak ada makcik...saya tinggal kat rumah hujung sana itu.Saya kesini hanya berbual-bual dengan badrul."Kata rahim yang tak sedar akan kata-katanya itu membuat badrul sia-sia yang tengah bersorok di pagar buluh.
"Kalau lah makcik tak jumpa engkau,dah tentu makcik tak dapat nak balik kerumah.Boleh tolong bawakan barang-barang makcik dengan basikal engkau ke rumah makcik?"Kata orang tua.
"Oooo..tentu-tentu..."Entah macam mana terkeluar kata-kata itu dari mulut rahim,padahal niatnya hendak menghindar dari menolong orang tua itu.Wajah emak sutinah berseri dan segera meletak barang-barang yang cukup berat ditempat duduk basikal bahagian belakang.
Rahim pun menolong meletak barang-barang belanja orang tua itu dan mengikatnya dengan tali.Setelah pasti yang barang-barang tersebut tak jatuh bila basikal dikayuh,maka orang tua itu melihat kekiri dan kekanan.
"Eh..mana badrul....kata kau baru saja berbual-bual."Kata orang tua itu.
Badrul pun keluar dari tempatnya bersorok,kerana kata-kata orang tua itu.Orang tua itu menyambut kemunculan badrul dengan wajah yang jernih dan ramah yang membuat badrul tersengih tak dapat nak menghindar dari masam muka.
"Begini makcik...biarlah barang-barang ini saya bawa.Makcik naik basikal ikut badrul."Kata rahim mencadangkan.
   Dengan merapatkan gigi-gigi nya kerana bersungut.Badrul memandang rahim sekejap.
"Kau boleh bawa makcik dengan basikal,badrul...?"Tanya orang tua itu.
"Oooo...tentu-tentu..."Kata badrul dengan ikhlas hati.Tapi dalam hati mengeluh dengan macam-macam keluhan yang tak menyedapkan hati.Rahim mengayuh basikalnya membawa barang-barang itu.
Badrul pun mula mengayuh basikalnya dengan membawa orang tua itu yang duduk ditempat bahagian belakang.Kerana orang tua itu berkain panjang,dia duduk mengiring sehingga badrul merasakan berat sebelah kiri.
   "Siksa punya kerja."Keluh badrul.
"Eh badrul..."Kata orang tua itu mengisi suasana senyap.Badrul tak menjawab.Mukanya masam dan malas rasanya hendak berkata-kata.Apa untung nya membawa orang tua lisud seperti ini.Buat penat.Kata hati badrul.Kaki-kakinya menampakkan otot-ototnya mengayuh basikal dijalan yang tak rata itu.
"Ini namanya dah jatuh tertimpa tangga."Kata hati badrul.
   "Badrul...."Kata orang tua itu.
"Ya...makcik..."Balas badrul dengan menoleh ke arah orang tua itu dan menunjukkan senyuman sekejap.Lepas itu bila dia telah memandang kedepan,wajahnya kembali masam dan malas.Wajah badrul pun mula berpeluh.
"Kau dah dengar cerita keanehan yang berlaku dikampung kita ini?"
"Talip suami si rosnah itu hilang tak tentu rimbanya.Dan kawan talip yang bernama seman itu meninggal dengan keadaan mayatnya yang mengerikan."Kata orang tua itu menyinggung tentang huru-hara yang kini hangat dibincangkan.
"Dengan mata kepala saya sendiri,dah tengok mayat si seman itu."Kata badrul yang berharap orang tua itu tak berpanjangan untuk bertanya lagi.Sebenarnya badrul malas nak berkata-kata kerana beban berat yang dibawanya.Lagi pula jalan kampung itu tak elok permukaannya.
   Rahim mengayuh basikalnya sudah jauh didepan.Nampaknya beban yang dibawanya tak begitu berat,maka dia mengayuh dengan lajunya.
"Kalau begitu binatang apa yang mengoyak tubuh badan si seman itu?'
"Mana saya tahu makcik."Jawab badrul singkat dah naik boring.Suara badrul bernada agak kesal dan kasar kerana orang tua ini asyik bertanya sedangkan badrul berpenat lelah.
   "Begini badrul...kalaulah memang ada binatang dahsyat yang berkeliaran dikampung kita ini,makcik pun berasa cemas dan takut-takut.Lebih-lebih lagi si sutinah itu.Sutinah kata kadang-kadang dia mendengar sesuatu yang aneh dan seram bila hari telah menjelang malam."Kata orang tua itu.
"Nak seram ke,nak pengsan ke...lantak dia."Kata hati badrul.
   "Ada makcik ingat.Sutinah nak jumpa engkau.Entah lah apa pula yang dinakkan itu.Baik nanti kau bincang dengan dia."Kata orang tua itu.Jantung badrul berdebar bila mendengar kata-kata orang tua itu.
Entah apa yang tersurat dihati badrul.Bibir badrul tersenyum seakan ada sesuatu yang menyenangkan hatinya.Dia mengayuh pun sedikit ligat dan nampak mula bersemangat.Seterusnya dia melayan bual orang tua itu dengan nada suara yang lembut.Rahim telah sampai terlebih dulu di rumah orang tua itu dan telah pun merehatkan diri.
Badrul menyandarkan basikalnya di tiang pagar yang mengelilingi halaman rumah orang tua itu.Orang tua itu kemudian mempelawa keduanya duduk diruang depan.
"Tinah...ooo...tinah."Suara orang tua itu memanggil anaknya dan terus membawa barang-barang belanja itu kebilik dapur.Sebenarnya sutinah jannet telah tahu kedatangan badrul dan rahim.Tinah melihat dari sebalik tingkap.
   "Ada apa ni mak.Naik basikal,menyampah aku tengok dua orang pengurat itu."
"Huss.....Kereta sewa emak pancit tayarnya.Setengah mati emak memujuk kedua orang itu untuk menolong emak kemari.Mak cadangkan,jari-jari dilubang tingkap itu diganti dengan besi."Bisik orang tua itu.
"Kau temui lah badrul itu dan meminta dengan secepatnya mengerjakan kerja itu."
"Apa?Jumpa dia.Ah tak nak.Dia bukan boleh dikasi hati.Melarat nanti.Pemabuk,penjudi dan mengurat anak dara orang itulah kerja dia.Emak sajalah cakap dengan dia."Bisik tinah.
"Mana lah budak tinah itu merayau."Orang tua itu kemudian muncul kembali keruang tamu menemui badrul dan rahim.Dia kemudian ikut duduk di kerusi depan dan orang tua itu mula dengan kata-katanya.
"Makcik rasa jeriji kayu dilubang tingkap itu elok diganti dengan besi."
"Boleh tak kau buat kerja itu badrul?"Kata orang tua itu dengan penuh harap.
"Oh maaf makcik.Kerja ini saya tak pandai.Lebih baik makcik cari orang lain yang tahu buat kerja itu.Kalau saya yang kerja nanti,jadi tak tentu arah."Kata badrul dengan malasnya dan mula hilang semangatnya.
Rahim menggerakkan bibirnya tanda setuju menolak kerja itu.Kerja aniaya.Upah murah seronok pun tidak.Kerja dirumah janda anak dua itu lagi baik.Kata hati rahim.Akhirnya orang tua itu tidak dapat memaksa keduanya.Apa yang diucapkan orang tua itu hanya terima kasih.
Badrul dan rahim kemudian meminta diri dengan wajah yang dipaksakan untuk kelihatan berseri,dan ikhlas menghantar orang tua itu sampai kerumahnya.Semasa keduanya berbasikal kembali.Wajah mereka masam semasam asam keping.
"Puihhh......berpenat.Berpeluh aku membawa orang tua lisud itu.Harap-harap tak bertemu muka dengan dia,kini malah menghantar nya pula sampai kerumahnya.Jangan kan wang untuk beli rokok dibagi,air sejuk segelas pun tak dibagi.Huh...jangan harap nak jumpa lagi."Sungut rungut badrul.
Badrul sampai dirumahnya dengan keletihan yang sangat,dia menghempaskan basikalnya didinding pagar dan dia terus duduk menyandarkan diri sambil mengenang sialnya hari ini.Rahim terus mengayuh basikal dan pulang kerumahnya.
"Ada...saja yang mengena diriku hari ini."Sungut badrul lagi.
   Malamnya ketika selepas makan malam,dia berkunjung kerumah rahim.Kebetulan rahim pun berada di rumahnya dan baru saja lepas makan malam.Kedua nya duduk dilantai yang berlapik tikar pandan.
"Apa rancangan mu malam ini?"Badrul memulakan kata-katanya.
   "Tabiat lama kita itu bukannya hilang sangat.Jom kita kerumah judi itu.Untung-untung wang kita bertambah."Ajak rahim yang mula ketagih untuk berjudi.
"Kau gilakah.Bukankah dekat pondok itu terjadi mayat seman ditemukan.Sekarang pondok judi itu telah kosong beberapa malam."Kata badrul mengingatkan.
"Kalau begitu kita lepak kat warung makan mak ijah.Warung itu biasa buka hingga larut malam."Kata rahim.
   "Apa yang ada dikedai itu.Anak dara mak ijah tu dah pun berkahwin.Tak ada lagi tempat untuk berseronok."Kata badrul.Rahim baru sedar,memang benar kata si badrul.
"Alaa...lepak kat selekoh jalan itu saja lah.Untung-untung ada anak dara atau janda muda balik dari pasar malam.Kita boleh kebas kalau dia mau."
"Pas..."Jawab badrul setuju.Tabiat lama badrul dan rahim mula timbul kembali.Rasa-rasa nak jadi orang yang  pendiam bukan senang.
Pemuda mana yang sedang dihimpit kesepian,kalau setakat seperti mereka berdua yang tak ingin mengusik anak dara.Mereka pun ingin juga mempunyai makwe walau dengan cara tak senonoh sekali pun.Mereka berdua pun mula lah berjalan di jalan kampung menuju selekoh yang menghubungkan jalan raya yang menuju ke pekan.
Diselekoh itu ada parit selebar dua meter.Ditepinya didirikan tembok simen setinggi tiga puluh sentimeter.Biasa nya budak-budak bujang itu duduk-duduk disini hingga larut malam.Tapi sejak terjadinya huru-hara hilang nya talip dan seman menjadi mayat,tembok tempat duduk itu menjadi kosong.
"Dah tak ramai lagi anak-anak dara lalu kat sini."Kata badrul.
   "Ala malam baru bermula.Mereka tentu masih dipekan itu."Rahim mengeluarkan rokoknya kemudian menyalakan rokok itu dan menyedutnya hingga keluar dari mulut dan hidungnya.
Empat orang gadis-gadis yang berwajah boleh tahan dengan potongan tubuh menarik lalu didepan kedua budak bujang itu duduk.Bau harum yang semerbak tercium di hidung mereka berdua.
"Nak belanja besar nampak.Boleh hantar."Tegur badrul.
"Boleh..kalau ada wang tebal.Kalau hanya seringgit dua ringgit...tak hingin..."Jawab salah seorang dari gadis-gadis itu.Mereka semua tertawa seakan merendahkan badrul dan rahim.
"Tuh...dengar.Jawapan gadis zaman sekarang.Terang-terang didepan kita.Ada wang ada cinta.Dan cinta zaman sekarang boleh dibeli.Seberapa banyak wang ada pada kita,banyak cinta kita boleh beli."Rahim memberikan komennya.
   "Mereka semua tak ubahnya seperti rosnah."Kata badrul.
   "Rosnah yang mana satu?"Rahim ingin tahu.
"Rosnah makwe aku yang kawin dengan talip itu.Dah dikebasnya wang aku,dia kawin pula dengan talip.Sekarang apa jadi.Talip pun hilang entah kemana."Kata badrul mengingati peristiwa lamanya.
"Dia itu tak boleh harap dijadikan isteri tahu tak.Kalau untuk berseronok boleh lah.Sekarang talip dah tak ada.Kenapa kau tak masuk balik jadi akan dia teman berseronok?"Ucapan rahim itu membuat badrul mengangkat wajahnya.
"Dia itu mudah sangat untuk didapati.Mudah pula lepas."Kata badrul.
"Dah jadi barang rosak,siapa nak dia."Tambah badrul lagi.
   "Alaaa...rusak..rusaklah...dulu aku dah kata.Siapa-siapa boleh dapat si rosnah itu.Kau tak percaya.Kini elok kita masuk balik usik dia.Jom kita pergi."Ajak rahim.Dan niat rahim begitu kencang bila ingat rosnah.
"Aku temankan saja lah.Kalau kau nak kebas dia lantaklah."
   Keduanya kemudian bangkit dari tempat duduknya.Mereka terus berjalan menuruti jalan kecil yang jauh dari jalan kampung.Tapi baru saja keduanya melangkah di jalanan kampung itu mereka tiga orang menghampirinya.
   "Eh..engkau badrul...nak kemana?"Kata wak tahak.
"Nak balik rumah.Apa hal."Badrul ingin tahu.
"Tak ada apa...hanya nak nak tahu kalau kau mengenal sejenis akar mimang."
"Akar mimang.Oooo...akar mimang."Badrul tersenyum.
Kohar dan saman yang berdiri disamping wak tahak berseri wajahnya.
"Ha kau tahi akar itu?"Kohar menyampuk.
"Susah nak dapat akar itu.Salah kita melangkah akar itu,kita jadi lupa dan sesat nak balik kerumah."Kata badrul menjelaskan.
"Bagus...anak muda aku percaya kau tahu akar itu.Lima puluh ringgit aku boleh beli sepanjang semeter.Ha cari akar itu."Kata wak tahak dengan wajah yang penuh harapan.Orang tua itu menepuk-nepuk bahu badrul.
"Kalau wak nak,boleh lah saya cari."Kata badrul.
"Kalau kau boleh dapatkan akar itu,anak dara mana yang kau nak,aku boleh dapatkan."Bisik wak tahak.Badrul pun mengangguk.Orang tua itu pun kemudian meninggalkan badrul dan rahim diikuti kohar dan seman.Selepas orang tua itu pergi,badrul pun meneruskan langkahnya diikuti oleh rahim.
"Akhir-akhir ini orang tua tahak itu asyik bertemankan kohar dan saman.Malam-malam merayau entah kemana."Kata badrul sementara keduanya berjalan.
"Kalau hati dah kesepian,tak kira muda atau tua.Kalau tua pun macma wak tahak itu ingin juga bertemankan makwe.Tak hairan perasaannya menjadi muda."Kata rahim.
  "Eh..pasal akar mimang itu,benarkah kau nak cari untuk dia."Kata rahim.
"Zaman sekarang mana ada akar mimang.Cerita dongeng adalah."
"Habis yang engkau nak cari akar mimang tu kat mana?"Rahim tak mengerti.
"Aku nak jual akar tuba padanya.Semeter lima puluh ringgit jadilah."
"Kau nak menipunya?'Soal rahim.
"Tentulah...dia dulu kenekan aku teruk-teruk.Dia kata dia boleh buat tangkal memukau anak dara yang aku hendak.Lantas dia buat untukku.Aku pun membayar lima puluh ringgit untuk wang pengerasnya."
"Habis tu macam mana?"Rahim ingin tahu.
"Dia kata...taburkan serbuk tangkal ini didepan pintu rumahnya disaat tengah malam.Gerenti gadis itu akan selalau lalu didepan rumahmu dan ingin bertemu kau."Maka suatu malam aku taburkan serbuk itu didepan rumah gadis yang aku hendak."
"Dah kau taburkan terus macam mana?"Desak rahim.
"Dah kutaburkan..tunggu punya tunggu,bukannya gadis itu setiap hari lalu didepan rumahku,tapi sebaliknya aku pula yang lalu setiap hari didepan rumahnya bagaikan orang gila nak jumpa dia.Tengok tu.Terang-terang aku ditipunya."Kata badrul membongkar kisah itu.
"Badrul..badrul...tak habis-habis nya kau ni dilanda asmara,tapi tak jadi."
"Dia tu bukan boleh harap sangat.Dia sendiri bujang tua,nak kene kan pula anak dara untuk orang lain.Karut saja lah."Kata badrul.Mereka berdua terus berjalan menembusi kegelapan malam dijalan sunyi itu.
Angin bertiup membawa udara sejuk.Bulan belum lagi timbul dan bintang-bintang di langit diselimuti awan hitam yang tebal.Keheningan malam itu mencengkam hinggakan disaat yang begini membuat rosnah yang tinggal seorang didalam rumah sewanya menjadi tak sedap hati.
Perasaan seram itu begitu tiba-tiba menjelma dalam perasaan rosnah.Apalagi bila terbayang hilangnya talip bekas suaminya itu.Ditambah lagi seman teman baik suaminya telah menjadi mayat yang mengerikan itu ianya menjadi beban dan membuat rosnah selalu ketakutan.
   Sementara rosnah berbaring dikatilnya,dia teringat kain-kain baju yang disidainya didawai jemuran belum diangkat.Ada niat rosnah hendak mengambil kain-kain yang dijemur diluar itu.Tetapi ketika rosnah menghampiri pintu tingkap dan membukanya,kegelapan diluar begitu menakutkan,padahal dulu dia tak merasakan rasa seram ini.
Kegelapan diluar itu ditenungnya lama-lama.Dan rosnah cuba untuk mendengarkan sesuatu suara yang ganjil.Suara itu tak terdengar.Pun rosnah tak melihat bayang-bayang yang menakutkan.Tetapi kenapa perasaan ini begitu seram.Kata hati rosnah seorang diri.
Rosnah cuba menghalau perasaan itu.Akhirnya rosnah membuka pintu.Suara pintu yang dibukanya sedikit mengejutkan.Tetapi rosnah terus keluar dan berjalan ke arah dawai jemuran.Kain-kain itu kemudian diambilnya.Salah satu dari kain-kain itu tersidai sehelai kain putih cukup lebar dan panjangnya.Kain itu bukan milik rosnah,maka rosnah ragu-ragu untuk mengambilnya.
   "Siapa pula yang menyidai kain putih ini kat sini."Kata hati rosnah.
   "Mungkin makcik sebelah yang tumpang kat sini.Biarlah kuambil."Kata hati kecik rosnah.Kain-kain itu dikumpulkan menjadi satu dan masuk lah rosnah kedalam bilik rumahnya.Dia meletak kain-kain itu dibilik sebelah lagi.Bilik itu kosong dan bekas bilik temannya yang sudah balik ke kampungnya.
Rosnah kembali kebilik nya sendiri dan membaringkan diri sementara belum tidur.Malam terus berjalan dengan keheningan yang mencengkam perasaanya.Tukang emas itu sudah pun jarang datang mengunjunginya sejak seman meninggal dunia.Apa pula yang terjadi dengan tukang emas.Fikir rosnah sambil berbaring.
Dibilik kosong itu terdengar bunyi yang tak menyedapkan perasaan rosnah.Mungkin tikus yang mengerat benda-benda yang akan menjadi sarangnya.Kata hati rosnah membuang perasaan syaknya.Tetapi tidak lah benar sangkaan rosnah itu.Apa yang terjadi dibilik kosong tersebut,adalah sesuatu yang mendebarkan.
   kain putih yang bercampur dengan longgokan kain-kain itu terpisah dari kain lain.Kain putih itu sebenarnya adalah kain kapan.Kain kapan tersebut kemudian membentang ditanah sepanjang kain itu dan selebar kain tersebut.Kemudian kain kapan tersebut mula menggelembung dan berisi,sementara asap memenuhinya.
   Tak lama kemudian mula lah terbentuk sebentuk tubuh terbujur terbungkus kain kapan tersebut.Ia adalah merupakan mayat yang sudah terpocong.Rosnah menjadi gelisah dibilik nya bila mendengar berisiknya suara dari bilik sebelah.Perlahan-lahan rosnah bangkit dan dengan langkah perlahan menghampiri bilik kosong yang gelap disebelahnya.
"Aaaaaaaa...Aaaaaaaaaaa."Suara rosnah terpekik membelah kesunyian malam.Rosnah menatap lembaga seorang perempuan dikegelapan didalam bilik itu.Dia bergaun putih dengan wajah yang pucat dan berambut panjang.Bila perempuan dibilik gelap tersebut membuka matanya,mata itu merah menyala.
Rosnah menjerit lagi lebih kuat dan suaranya memecah keheningan malam.Badrul dan rahim terkejut bila mendengar suara itu.Kedua nya belum sempat berfikir,tiba-tiba sebuah bayangan meluru menerobos dan melanggar tubunya.Rahim dan badrul terpelanting jatuh.Bayangan yang meluru itu adalah rosnah yang sedang menjerit dan berlari.
Rosnah bangkit lagi kemudian lari lagi.
"Itu rosnah...apa yang membuatnya terpekik dan melolong?"Tanya rahim hairan.Teriakan rosnah itu membangunkan orang ramai yang berdekatan tempat itu.Rosnah tercungap-cungap didepan tuan rumahnya.
Orang tua yang empunya rumah itu mengoncang-goncangkan tubuh rosnah.
"Ada apa ros.....nampak macam dikejar hantu layaknya."Tanya perempuan tua itu.Orang ramai mula berdatangan mengerumuni rosnah.Badrul dan rahim pun ikut dalam kerumunan itu.
"Han...hantuuuuu....di...dia ada kat...em...bil....bilik saya."Kata rosnah yang lemas tubuh badannya dan dalam pegangan orang-orang kampung.Kelam kabut orang-orang apabila di sebut hantu itu.
"Minum dulu ros....apa sebenar yang terjadi."Kata salah seorang penduduk dengan membawa air sejuk.Rosnah meminum air itu seteguk dua teguk.
Orang-orang lain yang mendengar hantu itu disebut,mereka merasa kurang yakin.Hantu kat bilik seorang perempuan.Siapa lagi kalau bukan hantu lelaki yang gatal.Kata hati mereka yang tahu akan tabiat rosnah.Tiga empat orang segera melihat bilik rumah rosnah.
   Orang-orang itu diikut oleh orang-orang lain menyaksikan bilik rosnah.Baik dibilik terang dan gelap,mereka tidak menemukan sebarang yang disyaki.Bilik itu kosong dan tiada apa-apa.
"Tak ada apa-apa pun."Kata mereka setelah kembali ketempat rosnah.
"Ta...tapi saya melihatnya dibilik gelap itu."Jawab rosnah.
   "Rosnah....kau jangan sangat melayan budak-budak bujang yang nakal itu.Dah tentu itu perangai budak-budak nakal yang menceroboh bilikmu."Kata salah seorang penduduk yang berkerumun disitu.
"Iyalah ros...saya pun pernah kene hendap dan diperhati dibilik sewa saya."Kata teman rosnah pekerja kilang yang menempati rumah sewa tak jauh dari tempat itu.
"Minah...boleh kau temankan aku tidur dirumahku.?
"Baiklah ros...."Kata minah.Orang-orang yang berkerumun disitu mula kembali ketempat masing-masing.Badrul pun mula pergi meninggalkan tempat itu.Malam pun kembali sunyi sepi.
Dijalan yang sunyi dan ditempat yang terlindung,badrul dan rahim pun menghentikan langkahnya.Cerita hantu yang disebutkan rosnah tadi membuatkan badrul dan rahim bertanda tanya sehingga membuat keduanya masih berdiri disitu.
"Ada sesuatu yang aku ingin tahu."Bisik badrul.
"Apa bendanya."Rahim bersemangat ingin tahu hal itu.
"Cerita budak nakal yang menceroboh bilik rosnah itu mungkin benar.Atau cerita hantu dibilik rosnah itu mungkin benar."Kata badrul yang membuat rahim naik bengang tak mengerti.
"Dua-dua benar macam mana kau jadi pengadil ni."Soal rahim.
   "Iya lah....kalau bukan manusia,memang hantu.Kalau hantu....bukan kah kita pernah menolong roh yang dikubur itu.Sapu tangannya masih ada padaku.Mungkin juga roh yang kita tolong itu muncul dibilik rosnah."Kata badrul.
   "Terus....teruskan ceritamu."Desak rahim.
"Roh gadis yang bertudung dakwah itu mungkin ada apa-apa dengan rosnah hingga dia muncul dibilik rosnah.Entah hanya menakutkannya,entah nak balas dendam,tak tahulah."Kata badrul menjelaskan.
"Iya tak iya juga cerita mu itu.Tapi kalau bukan hantu?"Soal rahim.
"Dah tentu ada budak nakal yang cuba menakutkan rosnah.Bila rosnah pengsan mudahlah budak itu menikmati tubuh rosnah."Kata badrul menjelaskan.
"Betul...betul."Kata rahim yang ikut menjadi bodoh dengan penjelasan badrul yang jelas tak betul itu.Keduanya kemudian berbisik merancangkan sesuatu.Keduanya bersetuju.
"Jadi...sekarang kita hendap bilik rosnah didinding yang terlindung pokok itu.Entah hantu gadis bertudung itu atau budak nakal marilah kita saksikan sehingga kita tahu pasti siapa yang punya kerja."Bisik badrul.
"Kalau roh gadis yang bertudung yang jadi kawan kita itu datang kepadanya,seram juga kita melihatnya.Kalau iyapun jangan-jangan dia cederakan kita pulak."Kata rahim mula seram dan melihat kegelapan malam yang makin mencengkam itu.
"Kita dah buat baik pada roh gadis bertudung itu.Tak akan dia ganggu kita."
Keduanya mula melangkah dan bergerak hati-hati berselindung pada bayangan pokok-pokok pisang yang tumbuh ditepi jalan kecil antara rumah kerumah.Keduanya terus berada merapatkan diri didinding sempadan dinding rumah yang punya rumah sewa.Dengan menahan nafas keduanya mendengarkan suara-suara didalam.
Sementara itu keduanya memerhati kan keadaan sekeliling rumah.
   "Sekarang ini budak-budak yang gatal itu makin berani menghendap rumah orang."Suara minah jelas terdengar oleh kedua penghendap tersebut.
"Yalah..tapi yang kulihat tadi...oh...entahalah.Susah aku nak menggambarkan wajahnya.Wajahnya nampak putih dan bergaun putih.Aku tak nampak rambutnya yang gelap."Kata rosnah yang terdengar suaranya.
"Byurrrrr...."Sebuah baldi penuh air menyiram badrul dan rahim.Keduanya terkejut dan bagai mendapat perintah yang sama keduanya terus lari dari tempat itu.Perempuan tua yang empunya rumah itu bercekak pinggang setelah menyiram badrul dan rahim.
"Huh...kalian berdua rupa-rupanya yang punya angkara."Kata orang tua itu.Rosnah dan minah segera keluar dari dalam bilik rumah.Setelah diluar,keduanya terus berdepan dengan orang tua pemilik rumah sewa tersebut.
   "Ada apa makcik."Tanya minah.
"Kan aku da cakap...perbuatan budak gila yang gatal itu lah.Dua orang menghendap kat dinding ini.Aku siram air satu baldi cabutlah dia."Kata orang tua itu dengan bangganya.
   "Makcik cam muka kedua budak nakal tersebut?"Tanya rosnah.
   "Dalam gelap,mana aku nampak.Tapi habis dah kedua itu aku kerjakan."
"Yalah saya mendengar langkah mereka meninggalkan tempat ini."Kata minah.
"Itulah kerja pemuda-pemuda yang tak boleh diharap.Bukannya rajin beribadat,tapi menghendap anak dara orang.Dulu masa makcik masih anak dara...huh...berebut anak-anak bujang mengintai bilik aku.Hai..entahlah pemuda zaman sekarang."Kata orang tua itu.
"Dahlah...kalian berdia masuk tidur.Kalau ada apa-apa panggil makcik.Biar aku kerjakan budak-budak itu."Kata perempuan tua itu.
"Kalau yang datang tu hantu macam mana makcik?"Soal minah.
"Hantu sekali pun biar lah makcik lesing hantu itu."Orang tua itu kemudian berlalu dan masuk kedalam rumahnya.Rosnah dan minah kembali semula kedalam bilik rumah sewanya.
Badrul dan rahim basah kuyup sebahagian dari tubuh badannya.Keduanya baru saja sampai dirumahnya,dan masih duduk ditangga rumah sebelum masuk kedalam.
"Drul..apakah orang tua gile itu cam wajah kita?"Soal rahim.
   "Harap-harap dia tak tahu siapa kita.Kalau sampai kita dikenalnya,wah...busuklah nama kita berdua."Kata badrul mengeluh dan masih mengingat peristiwa yang baru berlaku tadi.
"Lain yang kita harap lain pula yang kita dapat."Keluh badrul.
   Malam ini badrul bermalam dirumah rahim kerana keadaan yang tak disangka-sangka ini.Keduanya telah bersalin pakaian yang telah kering dan sedang berbaring diruang depan.Sementara keduanya berbaring,sungut rungut dari keduan nya sesekali terdengar kerana sial yang menimpa itu.Tapi akhirnya keduanya terus tertidur.
(Bersambung...)

Memuja Ratu Syaitan Where stories live. Discover now