Bab 8

874 23 0
                                    

Nafisa pergi juga menjenguk Cikgu Bulan walaupun lewat sehari dari perancangan asal. Kedatangannya disambut peluk cium oleh wanita berketurunan Indonesia itu. Cikgu-cikgu yang lain juga turut gembira menyambut kedatangannya. Mereka tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada Nafisa kerana telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Nafisa sangat senang dengan kata-kata pujian dan penghargaan yang diberi.

"Maaflah, cikgu. Fisa datang tak bawa buah tangan."

Itu ayat pertama yang Nafisa berikan kepada Cikgu Bulan sebaik hanya ada mereka berdua sahaja di ruang tamu banglo yang menjadi Pusat Perkembangan Kanak-kanak Disleksia cawangan Titiwangsa itu.

Brownies kedut yang dimasak oleh Nafisa dua hari lepas sudah separuh dimakan oleh Nadira sebaik Nafisa membatalkan hasrat untuk menjenguk Cikgu Bulan semalam kerana perlu ke hospital terlebih dahulu.

"Fisa datang luangkan masa ke sini sudah cukup buat cikgu happy. Tak perlu berhadiah bagai," sambut Cikgu Bulan senang sekali dengan permohonan maaf itu.

"Apa plan Fisa seterusnya? Tak mahu bekerja makan gaji?"

Cikgu Bulan mula mengorek perancangan Nafisa. Yalah, sudah enam bulan Nafisa menamatkan pengajiannya. Takkan tidak minta kerja di mana-mana. Sayanglah jika keputusan secemerlang itu disia-siakan.

"Buat masa ini Fisa tiada perancangan makan gaji cikgu sebab sibuk menguruskan business. Tak menang tangan dibuatnya. Kalau bekerja nanti lagi susah," akui Nafisa jujur.

Cikgu Bulan angguk. Walaupun dia tidak setuju Nafisa bekerja sendiri tetapi siapalah dirinya mahu masuk campur urusan kehidupan gadis itu. Hubungan mereka memang rapat tetapi dia tahu ada batas yang perlu dijaga.

Bekerja sendiri ni pengalamannya tidak sama jika bekerja makan gaji lagi-lagi di organisasi yang besar. Banyak pengalaman berharga dapat dikutip seterusnya akan membentuk jati diri yang lebih kuat dalam diri seseorang.

Pergaulan juga akan jadi semakin luas. Ini akan memberi kebaikan untuk jangka masa panjang.

"Sudi ke Fisa bekerja dengan cikgu?"

Nafisa terdiam. Permintaan Cikgu Bulan itu agak sukar untuk diterima memandangkan kesibukannya sekarang. Dia serba salah mahu berterus terang.

"Fisa bekerja secara part time. Masa Fisa akan lebih fleksibel."

"Maksud cikgu?" soal Nafisa mula berminat.

"Cikgu tahu Fisa ada business yang perlu diberi perhatian jadi kita ikut kesesuaian masa Fisa."

"Walaupun Fisa terpaksa bercuti selama dua minggu kerana ke luar negara? Cikgu tak kesah ikut jadual Fisa?"

"Ya," angguk Cikgu Bulan menyanggup. Dia sedia maklum yang Nafisa kerap ke luar negara atas urusan perniagaan tetapi dia tidak kesah tentang itu. Nafisa mempunyai kebolehan mengajar yang sangat bagus. Dia cukup tahu kerana dulu Nafisa sering melakukan kerja sukarela di sekolahnya.

"Hello."

Seorang kanak-kanak lelaki berpakaian putih dan berseluar trek warna biru tiba-tiba muncul menyapa. Nafisa dan Cikgu Bulan dua-dua tersentak.

"Nak apa, Razmi?" soal Cikgu Bulan tegas. Cikgu Bulan memang pantang melihat pelajarnya merayau-rayau pada waktu belajar.

"I want to say hello to this beautiful lady," jawab Razmi menunjuk ke arah Nafisa.

Cikgu Bulan ketawa. Hilang wajah tegasnya tadi manakala Nafisa pula ternganga terkejut dengan ayat manis yang baru didengar. Budak sekarang. Kecil-kecil lagi sudah ada potensi untuk menjadi playboy berjaya.

"Okey, Razmi. Say hello to her. Faster," izin Cikgu Bulan dalam tawa yang masih lagi bersisa.

"Hello, gorgeous,"

Razmi buat muka macho.

"Hello, handsome," balas Nafisa tak mahu kalah.

Bukan main besar lagi senyuman Razmi mendengar ucapan balas Nafisa.

"What is your name?"

"Nafisa. Your n..."

"Razmi Akasha." Pantas Razmi memperkenalkan diri.

"Such a lovely name."

"I love you too."

"Haaa..." Nafisa ternganga. Bila masa pula dia mengucapkan ucapan I love you kepada Razmi. Sajalah tu Razmi mahu mengayatnya.

"Come, Razmi."

Cikgu Bulan segera menarik tangan Razmi lalu memimpin kanak-kanak berkulit sawo matang itu ke kelas yang terletak hanya beberapa meter sahaja dari mereka. Tak boleh dibiarkan Razmi jual minyak di situ. Tak sesuai. Seminit kemudian dia datang semula.

"Budak sekarang, cikgu. Maju sungguh," kata Nafisa tergelak-gelak. Telatah Razmi tadi amat menghiburkan hati.

"Pernah sekali tu Razmi kata cikgu ada iras-iras Mira Filzah. Tiga hari tiga malam cikgu tak boleh mengunyah betul kerana asyik tersenyum teingatkan pujiannya."

Cikgu Bulan membuat pengakuan.

Makin menjadi-jadi tawa Nafisa mendengar cerita Cikgu Bulan itu sehingga tanpa sengaja pipinya terhantuk ke meja.

"Ouch," jerit Nafisa kesakitan.

"Aduhai, Fisa. Hati-hatilah, sayang. Clumsy sungguh. Ketawa pun sampai terhantuk merata."

Cikgu Bulan cuba menggosok pipi Nafisa tetapi sepantas kilat Nafisa mengelak.

"Yang sebenarnya semalam Fisa buang tahi lalat kanan ni. Luka tak baik lagi," katanya menunjuk pipi yang berplaster di sebalik selendang yang dipakai.

Mata Cikgu Bulan bulat.

"Mole?"

"Ya, cikgu. Tahi lalat tu dah lama tetapi baru-baru ni baru terasa sakit, jadi Fisa buang."

"Dah tahu ada luka di pipi lain kali hati-hatilah. Boleh pula dia gelak kuat-kuat. Tak sakit ke?"

Nafisa geleng. Lukanya tidaklah besar sangat sampai ketawa pun tak boleh.

"Fisa risau keputusan biopsi yang akan keluar next week, cikgu. Harap bukanlah kanser."

"Hesy, Fisa ni. Ke situ pula dia. Takkan kanser kut. Nauzubillah," marah Cikgu Bulan tidak suka mendengar Nafisa melalut.

"Amin. Harap-harap begitulah cikgu."

Cikgu Bulan melirik jam di dinding. Dia bingkas bangun.

"Eh, kelas matematik dia orang dah nak tamatlah, Fisa! Cikgu nak kena prepare bahan untuk aktiviti bebas. Terlupa cikgu. Ralit sangat berbual."

"Fisa tolong cikgu," tawar Nafisa lantas laju mengekori Cikgu Bulan yang sudah pun meninggalkannya.

GEGAR HATI BANG GAZZAWhere stories live. Discover now