"Jaebum?"
Jaebum tersedar dari lamunan, dan dia perasan yang Jinyoung melambai di hadapannya. Dia diam, Jinyoung yang berkata-kata juga seakan senyap apabila fikirannya berada di tempat lain. Secara tiba-tiba, dia bangun dengan pantas dan dia mencapai kunci keretanya di meja di ruang tamu sebelum melangkah keluar dari rumah.
Dia mula memandu laju, mencari kereta polis yang membawa Youngjae tadi. Dia tiba di kawasan jalan raya yang berada di tengah-tengah hutan dan dia nampak kereta polis tadi. Dia mengeluh lega dan dia mula mengekori kereta tersebut.
Entah kenapa, dari di rumah tadi Jaebum berasa tak sedap hati. Melihat kereta tersebut masih berada di atas jalan membuatkan dia berada sedikit lega. Sebab itu dia membuat keputusan untuk mengekori kereta itu.
Pada masa yang sama, Jaebum memikirkan tentang Youngjae. Tentu sekali Youngjae kecewa dengan Jaebum kerana tidak melindunginya sepertimana dia melindungi Jaebum. Rasa bersalah menular dalam dirinya dan air matanya untuk sekian kali terbentuk.
Tiba-tiba dari cermin belakang kereta polis itu, Jaebum dapat lihat pergerakan Youngjae menyerang polis di sebelahnya dan kereta polis tersebut mula terhuyung-hayang sebelum terjunam ke dalam gaung.
"Im Youngjae, no!" jerit Jaebum. Dia terus berhenti mengejut dan dengan pantas dia mencapai lampu suluh di dalam dashboard. Dia melangkah keluar dari kereta dengan air matanya mengalir deras. Dia menuju ke gaung tersebut dan tanpa berfikir panjang, dia mengelungsur turun ke gaung itu. Fikirannya tidak ke mana-mana melainkan tentang keadaan adiknya.
"Youngjae-ah! Im Young--"
Kata-kata Jaebum terhenti, terasa nafasnya turut terhenti apabila dia menyuluh ke dalam kereta yang separuh remuk itu dan melihat hanya dua polis maut di dalam kereta itu, tiada bayang Youngjae kelihatan. Jaebum terasa sesak nafas, risau dan panik bercampur-baur dalam dirinya.
Dia mula menyuluh sekeliling, mengharapkan tubuh adiknya dijumpai, tetapi malang tiada kelihatan di mana-mana. Air mata Jaebum mengalir laju dan dia hampir tak keruan. Akhirnya dia terduduk lemah, semangatnya seakan hilang. Tetapi kemudian dia ketawa kecil.
"Fine, save yourself, Im Youngjae" ucap Jaebum perlahan.
¤¤¤
3 days later...
"Aku tak faham, kenapa kau hentikan pencarian adik kau?" tanya Jinyoung sewaktu dia dan Jaebum berada di ibu pejabat. Jaebum menghirup kopinya dan dia memandang Jinyoung sebelum tersenyum.
"Aku rela hilang dia macam ni. At least aku tahu dia masih hidup. It's better than sentenced to death" kata Jaebum. Dia tahu Youngjae selamat dari kemalangan itu dan melarikan diri, itulah taktik yang selalu Youngjae guna untuk melarikan diri setiap kali dia membunuh seseorang. Jinyoung mengangguk faham dan mereka senyap seketika.
"Macam mana dengan kumpulan gelap yang adik aku join tu? Ada apa-apa info ke?" tanya Jaebum. Jinyoung mengeluh sebelum menggeleng.
"Nampaknya tak ada. Tiga bulan kalau tak dapat tumpaskan, kes ni kira burn" kata Jinyoung. Jaebum mula berfikir sesuatu. Jinyoung diam memandang Jaebum sebelum dia mendapat idea.
"Ah, anyway" Jinyoung mengubah topik, dan dia mula tersenyum luas. Jaebum memandangnya. "Tahniah sebab dapat naik pangkat jadi kapten!" sambungnya dan dia mengepuk tangan. Jaebum terdiam seketika sebelum tersenyum.
"About that..."
"Aku decided untuk stop jadi investigator" kata Jaebum. Jinyoung kelihatan terkejut.
"Yah, wae? Ini peluang besar tahu tak?" kata Jinyoung, tak percaya. Jaebum memutarkan cawan kopinya untuk sebatikan semula semua perisa dan dia menggeleng kecil.
"Aku kerja ni sebab aku nak tanggung adik aku" kata Jaebum dan dia membalas pandangan Jinyoung. "Sekarang dia dah tak ada. So buat apa aku kerja lagi?"
"Lagipun pekerjaan ni lah yang buat aku kehilangan satu-satunya adik aku... So aku dah tak mampu teruskan" kata Jaebum lemah, dia memandang cawan kopinya di tangan. Tanpa Jaebum perasan, Jinyoung tersenyum kecil.
¤¤¤
Bambam hanya mendiamkan diri, melihat Mark membakar satu demi satu helaian profil Jaebum. Dari gambar, hingga ke keputusan kesihatan, semua dia hapuskan di dalam fireplace markas mereka itu.
"So, kita tak jadi bunuh Im Jaebum?" tanya Bambam, membuat keputusan. Mark tersenyum kecil dan menggeleng, tangannya masih tenang menghulurkan kertas ke dalam api.
"Youngjae korbankan diri dia so then kumpulan kita tak terbongkar dekat pihak berkuasa. So, anggaplah mission ni tak pernah berlaku, as a payback terhadap apa yang dia dah buat" kata Mark tenang. Bambam memeluk tubuh, sedikit pelik dengan kata-kata Mark.
"Kenapa hyung jadi baik pula ni?" tanya Bambam, keliru. Mark tersenyum sinis mendengarnya dan dia memandang gambar Jaebum di tangannya. Bukti terakhir, dia masukkan ke dalam bahang api, membiarkan semuanya terbakar hingga ke debu terakhir.
"Baik?" ulang Mark dan dia ketawa kecil sebelum menggeleng.
"Trust me, I'm not"
TBC.
YOU ARE READING
[C] Against The Order | Got7 2Jae Malay Fanfic
Fanfiction"Hyung, pergi dari sini" Genre : Action, Angst Length : 10 chapters (Completed) Cast : Got7 JB, Got7 Youngjae Start :- 25 December 2017 End :- 15 March 2018