Sebuah dataran dipenuhi dengan beribu penduduk Republik Korea oleh kerana Timbalan Menteri Kewangan, Tuan Cho Yoon Sang telah datang untuk melawat penduduk di Ulsan itu. Beliau menegur sapa dengan penduduk yang kelihatan teruja, sehingga beliau tiba di platform yang disediakan untuk beliau berucap.
Hampir 20 minit berlalu, Tuan Cho berucap dengan lancar di hadapan penduduk di situ dengan dua pengawalnya berdiri di antaranya. Tanpa sesiapa tahu, kenapa Tuan Cho sudah disasarkan dari jauh.
Berada di atas bangunan tinggi yang terletak kira-kira 200 meter dari dataran tersebut, Youngjae mengacukan riflenya ke arah Tuan Cho. Matanya sebelah kiri dikenyitkan supaya mata kanannya dapat mengacu dengan tepat ke dahi timbalan menteri tersebut.
"Seperti yang semua sedia maklum..." Tuan Cho berucap tanpa terfikir apa-apa.
Shoot.
Tuan Cho tumbang, seluruh dataran terus menjadi kecoh dengan jeritan. Youngjae terus memakai mask hitam yang menutup mulut dan hidungnya diikuti hoodie yang menutup hampir keseluruhan kepalanya. Dia dengan tenang menyimpan semula rifle ke dalam casing walaupun dia tahu dua pengawal Tuan Cho sudah pun memberi arahan untuk menangkapnya.
Sejurus dia berdiri dan membimbit casing senjatanya itu, pintu tingkat atas sekali hotel itu dibuka lalu beberapa orang polis masuk sambil mengacu pistol ke arah Youngjae.
"Angkat tangan!" arah satu polis lelaki. Youngjae hanya merenung mereka tajam dan dengan perlahan dia melangkah kebelakang. Polis-polis tersebut agak terkejut.
"Jangan bergerak!" arah polis yang sama tetapi Youngjae tidak peduli. Dia terus sahaja melangkah kebelakang sehingga tiada lagi konkrit dan dia merebahkan diri dari bangunan hotel 27 tingkat itu. Polis menjadi sangat terkejut lantas pergi ke hujung bangunan untuk melihat Youngjae.
Malangnya, Youngjae tidak kelihatan di mana-mana.
"Move, now!" semua polis berlari turun dari tingkat atas sekali itu dan mula memberi arahan kepada polis lain untuk berpecah mencari Youngjae di dalam hotel itu manakala mereka sendiri turun ke tingkat paling bawah untuk keluar dari hotel.
"Berketinggian 175 ke 180 cm! Memakai serba hitam, leather hoodie dan penutup muka. Suspek membawa satu beg bimbit panjang yang berisi senjata!" polis itu memberi arahan melalui walkie-talkie dan banyak polis mula berpecah di dalam hotel.
Pelanggan hotel itu yang berada di lobi mula gelabah dan panik melihat polis yang bergerak tangkas. Sedang keadaan kelam-kabut, pintu lif dibuka dan Youngjae melangkah keluar dari lif tersebut.
Memakai full suit bewarna kelabu, rambutnya disisir kemas ke belakang dan dia membawa sebuah beg bimbit bersaiz normal. Dia berjalan tenang tanpa sesiapa sedari dan dia melangkah keluar dari hotel itu.
Sejurus dia keluar, dia berjalan laju ke sebuah convenient store yang besar berdekatan lalu melangkah masuk. Tanpa dia sedari, seorang polis mengekorinya.
"Seorang lelaki baru sahaja melangkah keluat dari hotel, memakai full suit. Mungkin suspek membuat penyamaran" polis tersebut memberi laporan lalu dia terus melangkah masuk ke dalam kedai besar itu. Sedang dia mencari-cari, dia didatangi seorang pekerja.
"Ya, tuan. Boleh saya bantu?" tanya Youngjae, memakai pakaian kerja kedai itu. Rambutnya agak tak terurus, rambut depan menutup dahi. Polis itu memandangnya.
"Ada nampak seorang lelaki pakai full suit warna kelabu baru masuk?" tanya polis tersebut. Youngjae mengerutkan dahi sedikit.
"Nae?"
"Saya tak perasan muka dia macam mana, tapi dia pakai suit kelabu dengan bawa beg bimbit" kata polis tersebut. Youngjae mengangguk faham seperti dia baru teringat.
"Ah... Pelanggan tu baru masuk ke tandas tadi. Ada di belakang" kata Youngjae dan polis tersebut terus berlari ke tandas. Youngjae mengekori gerakannya sebelum beralih ke kaunter di mana pekerja kedai itu sedang tidur. Youngjae ketawa kecil dan menggeleng kepala.
"Easier than I thought"
¤¤¤
"Hyung, Youngjae dah balik!" kata Youngjae sejurus memasuki rumah. Dia memakai hoodie bewarna pink pekat dan seluar jeans pudar diikuti beg sandang hitam.
"Eoh, dah balik?!" tegur Jaebum dari dapur oleh kerana dia sedang memasak. Youngjae meletakkan begnya di atas meja makan lalu terus menghampiri Jaebum.
"Macam mana kelas hari ni?" tanya Jaebum tenang. Youngjae mengangguk dahulu untuk membalas.
"Okay. Puan Jung puji Youngjae sebab presentation Youngjae kemas" kata Youngjae lalu ketawa kecil. "Macam mana dekat tempat kerja hyung?" tanya Youngjae pula.
"Hmm... Tak ada apa sangat berlaku. Hari ni pelanggan ramai. Hyung tak sempat rehat sebab pelayan lagi sorang tu ambil cuti sakit" terang Jaebum. Youngjae memandang Jaebum.
"Aigoo~ Kesian abang Youngjae penat~" kata Youngjae sambil mencubit pipi Jaebum. Mereka berdua ketawa kecil apabila Jaebum mengelak.
"Dah, pergi mandi. Kejap lagi boleh makan" kata Jaebum. Youngjae mengangguk faham.
"Okay. Malam ni pun Youngjae nak buat assignment ni" kata Youngjae sebelum berlalu pergi.
Seperti menikmati sepotong pie, Youngjae dengan mudah membohongi abang kandungnya setiap hari.
TBC.
YOU ARE READING
[C] Against The Order | Got7 2Jae Malay Fanfic
Fanfic"Hyung, pergi dari sini" Genre : Action, Angst Length : 10 chapters (Completed) Cast : Got7 JB, Got7 Youngjae Start :- 25 December 2017 End :- 15 March 2018