"Seriously? For the entire week?" tanya Jaebum seakan tak percaya apabila Youngjae beritahu yang dia tiada kelas sepanjang minggu itu. Youngjae mengangguk, muka innocentnya jelas kelihatan.
"Lecturer cuti sakit. So kitorang tak ada kelas" kata Youngjae, tenang. Jaebum diam agak lama sebelum angguk faham. Dia mencapai skateboardnya yang tersandar di belakang pintu dan begnya disandang di sebelah bahu sahaja.
"Then, hyung pergi kerja dulu" kata Jaebum. Dia menunggu Youngjae memberi response tetapi Youngjae hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba Youngjae berdiri, datang kepada Jaebum dan tangan Jaebum dipegang. Jaebum menjadi terpinga-pinga manakala Youngjae tersenyum manis.
"Nak ikut hyung pergi kerja?" minta Youngjae, muka comelnya dipaparkan. Jaebum menjadi agak terkejut.
"Eh? Mana boleh!" kata Jaebum dengan nada tak percaya. Youngjae mencebik bibir tanda sedih.
"Alaa, hyung kerja jelah. Youngjae jadi pelanggan dekat cafe hyung sampai hyung balik, okay? Lagipun Youngjae tak pernah tengok tempat kerja hyung" pujuk Youngjae sambil mendekatkan diri dengan Jaebum. Jaebum hampir sahaja mengalah.
"I-Ish, tak payahlah! Dah, duduk rumah diam-diam sampai hyung balik. Hyung pergi dulu, eoh? Jaga diri" kata Jaebum, mengusap rambut Youngjae dan terus keluar dari rumah, meninggalkan Youngjae di muka pintu. Youngjae mengeluh kecil melihat Jaebum meluncur pergi dengan papan luncurnya.
¤¤¤
"I warn you, Mark Tuan!" Youngjae mengacukan pistolnya ke kepala Mark yang sedang berdiri di hadapannya. Suara kuat Youngjae bergema di seluruh markas yang sunyi itu. Mark sedikit pun tak rasa gentar.
"You don't even have a plan to kill him. You are just protecting him from being killed. Am I right, Checkmate?" kata Mark, tenang. Youngjae menjadi semakin marah, tetapi dia tahu dia takkan boleh tembak Mark. Dia kemudian melemparkan pistolnya ke tepi dan dengan pantas menyerang Mark dengan tumbukan dan tendangan tanpa henti.
Seperti yang dijangka, satu pun tidak tersasar di tubuh atau muka Mark apabila tangan lelaki yang lebih tua itu menepis semua serangan. Mark kemudian tidak tahan lagi lantas membalas serangan Youngjae. Kali ini Youngjae pula kebelakang dan Mark mara sambil membuat serangan pantas.
Mark mengawal keadaan apabila dia berjaya kepung Youngjae di dinding dan tanpa sempat Youngjae larikan diri, Mark dapat mencengkam leher Youngjae. Youngjae dicekik dan diangkat sehingga kakinya tak jejak tanah.
Youngjae memegang tangan Mark yang menjerut lehernya, cuba melepaskan dirinya dari dicekik. Dia tak lagi mampu menarik nafas. Mark memandang tajam ke arah Youngjae yang tak mampu bernafas itu.
"You're such a selfish little boy, Im Youngjae. How dare you betray your family" kata Mark tenang. Youngjae mula membentukkan cecair di hujung mata, sakit dadanya apabila tak mampu bernafas. Dia bahkan tak mampu untuk bersuara dan melawan.
"I'm sorry, Checkmate. Kalau kau teruskan macam ni, susahlah kumpulan kita. Don't worry, aku takkan bunuh kau. Tapi aku terpaksa tahan kau" kata Mark dan dia melepaskan cengkaman pada leher Youngjae dengan kasar, menyebabkan Youngjae terjatuh lemah di lantai.
Youngjae terbatuk-batuk kuat, tubuhnya lemah oleh kerana dia menggunakan sepenuh tenaga untuk bernafas dengan stabil. Sejurus dia mendapat tenaga sedikit, dia cuba berdiri tetapi apabila dia menoleh
Crash!
Youngjae terjatuh, tak lagi sedarkan diri. Darah mula mengalir ke dahinya kerana luka akibat hentakan pasu ke kepalanya. Mark tercungap-cungap melihat Youngjae di lantai, dikelilingi serpihan pasu yang dia hentak tadi. Dia kemudian mengeluh berat.
"Menyusahkan" kata Mark dan dia mula seret Youngjae.
Kedua-dua tangan Youngjae digari di belakang penyandar sebuah kerusi. Youngjae sudah pun tersedar tetapi dia terlalu lemah untuk meronta. Dia hanya dapat merasakan darah dari dahinya mengalir ke pipi kanannya dengan deras. Dia dengan perlahan mengalihkan mata memandang Mark di hadapannya dan tak sempat berkata apa-apa, kepalanya diserkup dengan sebuah guni.
¤¤¤
"Hyung dah balik!" kata Jaebum sejurus dia masuk ke dalam rumah mereka malam itu. Jaebum berhenti melangkah apabila dia keliru melihat rumah mereka gelap, seperti tiada sesiapa di rumah.
"Youngjae?" panggil Jaebum, lantas dia menyalakan lampu ruang tamu. Seperti yang dia sangka, rumah itu sunyi. Jaebum semakin keliru lantas dia mencari Youngjae di seluruh pelusuk rumah. Harapannya hampa, Youngjae tidak kelihatan di mana-mana.
Mana pula budak ni. Jaebum menjadi risau lantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Baru sahaja dia hendak menelefon Youngjae, dia perasan ada dua mesej masuk dari Youngjae. Dia diam seketika sebelum membuka mesej tersebut.
From : Little Jae~
Beom hyunggie~ Youngjae nak jumpa Bambam kejap, tau? Bye bye! ><From : Little Jae~
Hyung, Youngjae overnight rumah kawan hari ni sebab omma appa dia tak ada. Jumpa esok!Jaebum terdiam agak lama, dia membaca dua mesej itu berkali-kali. Mukanya serious, dan kemudian dia menoleh ke bahagian hujung siling ruang tamu, menampakkan CCTV yang seolah-olah merakamnya.
TBC.
YOU ARE READING
[C] Against The Order | Got7 2Jae Malay Fanfic
Fanfiction"Hyung, pergi dari sini" Genre : Action, Angst Length : 10 chapters (Completed) Cast : Got7 JB, Got7 Youngjae Start :- 25 December 2017 End :- 15 March 2018