Chapter 06

378 55 5
                                    

Jaebum duduk bersandar di sofa, dan untuk sekian kalinya, dia memandang jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 11:25 malam dan Jaebum mengeluh berat. Dia mencapai telefonnya di atas meja dan mula membuka inbox antara dia dan Youngjae. Dia membaca semula semua mesej yang dia hantar kepada Youngjae dari beberapa jam lepas.

To : Little Jae~
Perlu ke tinggal dekat rumah kawan tu? Baliklah. Nanti hyung risau.

To : Little Jae~
Hyung tunggu Jae balik. Kalau tak hyung datang sana and bawa Jae balik.

To : Little Jae~
Kenapa tak angkat call? Hyung risaulah.

Jaebum mengeluh sekali lagi, dan dia mula menaip mesej seterusnya.

To : Little Jae~
Youngjae dekat mana ni? Please pick up your phone. Abang Jae dekat sini tengah risau, tahu tak?

Dia menekan button send, lalu dia mencampak telefonnya ke tempat duduk di sebelahnya. Dia bersandar malas dan meraup muka, sebelum keluhan berat dilepaskan. Kemudian dia memandang siling seketika sebelum menoleh dan memandang bilik tidurnya.

¤¤¤

"Blackjack, should we kill him tonight?" tanya Bambam, memandang Mark yang sedang mengasah pisaunya di dapur markas mereka. Mark tersenyum sinis, melihat pisaunya yang semakin tajam.

"It's okay, Bambam. We can do that tomorrow" kata Mark dan dia memandang Bambam yang bersandar di dinding dan memeluk tubuh. "Have some rest" kata Mark tenang, dan Bambam berlalu tanpa berkata apa-apa lagi.

Mark berhenti mengasah apabila dia terfikir sesuatu, kemudian senyuman sinisnya mula terukir bermaksud satu plan telah berputik di mindanya. Dia meletakkan pisaunya di dalam sebuah laci dan dia terus menuju ke tempat duduknya.

¤¤¤

Youngjae dibiarkan seorang diri di dalam sebuah stor dalam keadaan tangannya digari di belakang penyandar kerusi, dan kepalanya diserkup dengan sebuah guni hitam. Youngjae nampaknya sudah sedar sepenuhnya apabila dia kelihatan sedang meronta.

Dia cuba melepaskan diri, meronta selagi mampu tapi tiada hasil. Youngjae kemudian berhenti meronta, sebaliknya cuba mengeluarkan tangannya dari gari. Dia memejamkan mata rapat, rasa sakit apabila besi gari itu mengelar pergelangan tangannya diikuti bunyi desingan dalam kepalanya akibat luka hentakan pasu tadi membuatkan air matanya mengalir.

Dia menjerit perlahan apabila besi gari itu mengelar di tempat yang sudahpun terluka dan berdarah. Dia lantas menggigit bibir dengan kuat, menghalang diri dari membuat bunyi yang menarik perhatian. Luka di kepalanya semakin pedih kerana bersentuhan dengan peluh dan bibirnya mula berdarah kerana gigitannya yang begitu kuat.

¤¤¤

Jaebum bangun dari sofa apabila dia rasa putus asa. Jam menunjukkan pukul 12:32 dan dia tak mampu lagi menunggu Youngjae untuk pulang ke rumah. Dia mengeluh dan memeluk tubuh.

"Let's stop this. Dia takkan balik malam ni" kata Jaebum sendiri dan dia memandang pintu biliknya. "Aku patut tidur and--"

Pintu utama rumahnya terbuka.

Jaebum terus menoleh dan reaksinya berubah apabila melihat Youngjae melangkah masuk seperti sedang terburu-buru. Youngjae yang melihat Jaebum lantas berasa tubuhnya lemah dan dia memeluk tubuh Jaebum untuk menampung diri. Jaebum terkedu, tidak bergerak walau seinci.

"Oh my god, leganya Jae tengok hyung still selamat" Youngjae mengeluh lega dan dia melepaskan pelukan, memandang Jaebum yang masih terkejut melihat keadaannya. Youngjae berasa sangat lega kerana Mark masih tidak melakukan apa-apa terhadap abangnya itu.

Youngjae memegang bahu Jaebum, air matanya mula mengalir. Nafasnya yang tercungap-cungap, pergelangan tangannya yang penuh luka dan dahinya yang berdarah itu tidak diendahkan. Air mata Jaebum mula terbentuk.

"Young--"

"Hyung, pergi dari sini" Youngjae memotong kata-kata Jaebum, dan air mata Jaebum segera mengalir ke pipinya. Youngjae kelihatan yakin walaupun air matanya tak berhenti mengalir, sama seperti Jaebum. Dia menahan sedu-sedannya.

"Hyung, Youngjae bukan apa yang macam hyung sangka" Youngjae mula menerangkan perkara sebenar. Dia menyambung kata-katanya walaupun suaranya yang serak itu hampir hilang.

"Youngjae bukan sepenuh masa dekat kampus. Youngjae dah dua tahun libatkan diri sebagai pembunuh upahan bawah satu kumpulan gelap. Youngjae, adik hyung ni, ialah seorang pembunuh" kata Youngjae dan tangisannya mula teruk. Jaebum masih diam, tiada pergerakan untuk mengelap air matanya yang mengalir deras.

"Y-Youngjae bunuh orang, okay? Semua datuk bandar or orang ternama tu, Youngjae ialah penembak hendap yang bunuh diorang" kata Youngjae, berusaha menahan tangisannya. Dia memandang ke dalam mata Jaebum.

"Ada seseorang upah kumpulan Youngjae untuk bunuh hyung. Youngjae cuba protect hyung but then diorang kurung Youngjae. Diorang akan datang and attack hyung so please.." Youngjae berhentikan kata-katanya apabila nafasnya seperti tersekat. Dia cuba bertenang, dan menyambung kata-katanya.

"So please..."

"Selamatkan diri hyung" bisik Youngjae.

Jaebum masih kaku, dia memandang wajah adiknya itu dengan reaksinya yang tidak dikenalpasti. Terkejut, kecewa, sakit, semua seakan bercampur. Air matanya masih mengalir dan dia tidak menjawab walau sepatah kata-kata Youngjae.

Tanpa Youngjae perasan, penumbuk kiri Jaebum digenggam dan hanya jari telunjuk yang masih tegak, lalu dia menggerakkan jari itu ke kiri dan kanan seperti memberi isyarat kepada seseorang untuk tidak membuat apa-apa tindakan.

TBC.

[C] Against The Order | Got7 2Jae Malay FanficWhere stories live. Discover now