Chapter 04

374 56 1
                                    

Bambam mengenyitkan mata sebelah untuk sasarkan dengan tepat ke kepala Jaebum yang berada kira-kira 150 meter dari tempat dia berada, iaitu bumbung sebuah bangunan kosong. Jaebum nampaknya tidak bergerak oleh kerana dia sedang menunggu Youngjae untuk pulang dari tandas dan dia sedang memandang telefonnya. Bambam melepaskan nafas, cuba tidak menjadi gugup.

"You motherfucker"

Bambam terkejut dan dia tak sempat melakukan apa-apa apabila kolar jacketnya ditarik dari belakang membuatkan dia kebelakang dan terjatuh apabila kolar bajunya dilepaskan. Tak cukup dengan itu, Youngjae hampir sahaja memberi satu tumbukan ke pipi Bambam tetapi Bambam sempat mengelak apabila dia memusingkan badan dan terus berdiri.

Mereka berlawan tanpa sebarang senjata, hanya anggota badan dan mereka saling menyerang dan mengelak dengan laju. Youngjae dapat peluang apabila dia kunci kepala Bambam menggunakan lengannya.

"I told you to not come near to my brother!" marah Youngjae. Bambam memegang kedua-dua lengan atas Youngjae lalu dia flipkan Youngjae membuatkan jejaka yang lebih tua darinya itu jatuh terhempas ke lantai di hadapannya.

Youngjae kemudian terus memegang kaki Bambam secara bersilang tangan (tangan kiri memegang kaki kanan, dan sebaliknya) lalu menarik kaki jejaka itu dengan kuat membuatkan Bambam terpusing dan jatuh tertiarap.

Bambam tak sempat untuk bangun apabila Youngjae memijak kepalanya, dan Bambam mengerang kesakitan. Pada masa itu Youngjae sudah pun mencapai sniper Bambam. Dia memandang Bambam dengan tajam.

"I warn you. Do not interrupt my mission" kata Youngjae dan dia mematahkan sniper itu kepada dua, komponen-komponen kecil jatuh di hadapan Bambam. Dia mencampakkan sniper itu ketepi dan dia berlalu pergi.

Bambam dengan perlahan bangun, dan sejurus dia menoleh, tiada lagi susuk tubuh Youngjae di mana-mana. Bambam tercungap-cungap dan akhirnya dia mengeluh. Dia berdiri dan menoleh memandang tempat Jaebum berada tadi, mangsanya itu sudah tiada.

He's indeed professional. Getus Bambam dan mengeluh berat.

¤¤¤

"Yah! Janganlah lari!" Jaebum ketawa kecil apabila Youngjae menariknya dan berlari memasuki satu shopping mall. Sejurus Youngjae tiba tadi, Youngjae terus memberitahu bahawa dia mahukan sesuatu dan dia terus menarik Jaebum berlari bersamanya.

Youngjae dan Jaebum berhenti berlari dan mereka tercungap-cungap kepenatan. Mereka kemudian memandang satu sama lain sebelum ketawa.

"Yah, kalau ya pun nak minta something, tak payahlah lari!" kata Jaebum dan mereka ketawa lagi. Youngjae cuba menangkap nafasnya dan pada masa itu, Jaebum sudah pun bertenang.

"Youngjae nak apa?" tanya Jaebum. Youngjae kembali teruja dan dia tunjuk sebuah kedai gula-gula kapas yang unik, yang mana gula-gula kapas itu boleh dibentukkan menjadi apa yang pelanggan minta.

"Nak tu! Bentuk bunny!" kata Youngjae dengan nada kanak-kanak membuatkan Jaebum ketawa kecil. Dia mencubit pipi Youngjae, geram dengan kecomelan adik lelakinya itu.

"Aigoo how cute. Araseo, jom" kata Jaebum, dan dia jalan dahulu ke kedai tersebut. Youngjae melihat Jaebum berjalan dan dia terus bertukar serious. Dia menoleh ke luar shopping mall dan dia nampak sebuah kereta Audi TT Quatro hitam berlalu pergi dari kawasan itu.

¤¤¤

"Youngjae tunggu kejap" kata Jaebum dan dia terus keluar dari perut kereta untuk pergi mengisi minyak. Youngjae tidak menjawab apa-apa kerana sibuk menikmati gula-gula kapas berbentuk bunny bewarna merah jambu itu.

Sedang dia menikmati gula-gula kapas itu, tiba-tiba dia terhenti apabila teringat pergaduhannya dengan Bambam di atas bangunan kosong tadi. Dia mengeluh berat.

Baru sahaja dia hendak sambung makan, tiba-tiba telefon Jaebum yang terletak di antara tempat duduk dia dengan tempat duduk pemandu itu berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dia menoleh untuk memandang nama pemanggil.

'Inspektor Park'

Reaksi Youngjae terus berubah terkejut, oleh kerana inspektor itulah anggota polis yang memusuhinya. Dia menjadi begitu terkejut oleh kerana dia tak tahu selama ini Jaebum dengan Inspektor Park berkomunikasi.

Dia tidak melakukan apa-apa pergerakan sehinggalah panggilan dimatikan, meninggalkan missed call. Youngae seakan terkedu, dan dia terus memandang tempat lain apabila Jaebum membuka pintu dan masuk ke dalam perut kereta semula. Youngjae bertenangkan diri.

"Did you wait for long~?" tanya Jaebum riang, dan Youngjae memandangnya lalu tersenyum.

"Anni. Ah, tadi phone hyung berbunyi tapi Youngjae tak sempat angkat" kata Youngjae. Jaebum terus mencapai telefonnya untuk melihat missed call itu. Youngjae menjadi sedikit gementar.

"S-Siapa yang call?" tanya Youngjae perlahan. Jaebum tersenyum kecil.

"Inspektor Park Jinyoung" kata Jaebum dan dia meletakkan telefonnya semula sebelum mula memandu pergi dari stesen minyak itu. Youngjae diam seketika.

"Hyung...kenal dia?" tanya Youngjae. Jaebum mengangguk tenang.

"Dia dulu satu kelab dengan hyung dekat sekolah. Hari tu dia datang tempat kerja hyung. Rupanya dah jadi inspektor dah" kata Jaebum lalu ketawa kecil. Youngjae diam, lalu memandang luar.

Youngjae mengeluh lega.

TBC.

[C] Against The Order | Got7 2Jae Malay FanficWhere stories live. Discover now