Youngjae cuba tenangkan diri, dia menutup mata dan mengeluh berat seketika sebelum kembali memandang abangnya yang kini tertunduk. Youngjae sedar yang Jaebum tidak bersuara sejak dia balik dan dia menganggap Jaebum masih terkejut dengan semua yang berlaku. Dia sedikit rasa bersalah kerana Jaebum yang tidak bersalah apa-apa itu menjadi mangsa.
"Jae cuba halang diorang selagi boleh, hyung selamatkan diri hyung, okay?" kata Youngjae dengan suara seraknya. Melihat Jaebum yang masih tidak berkata apa-apa, Youngjae mengeluh kecil dan berjalan untuk pergi dari situ. Tetapi langkahnya terhenti apabila Jaebum mula bersuara.
"Youngjae ada fikir tak... kenapa ada orang nak bunuh hyung?"
Langkah Youngjae terhenti, dia tersentak. Air matanya terus terbentuk apabila Jaebum menyambung
"Mianhae, hyung pun bukan seperti yang Youngjae sangka"
Air mata Youngjae mengalir, dan dia perlahan dia pusing menghadap Jaebum. Air mata Jaebum sudah berhenti mengalir, mukanya mula kelihatan tegas dan dia sedang menunjukkan lencananya kepada Youngjae.
"NCIS, Special Agent Im. Im Youngjae, you are under arrest for first degree murder" kata Jaebum lancar dan sejurus itu, kedengaran siren kereta polis di luar rumah mereka manakala pintu setiap bilik di rumah itu terbuka dan beberapa orang polis termasuk Inspektor Park keluar sambil mengacu pistol ke arah Youngjae. Youngjae terkedu, pada saat itu kata-kata Mark bermain di fikirannya.
"You think you know your brother, Youngjae. And he thinks the same too"
Youngjae rasa tubuhnya melemah.
"H-Hyung... sampai hati hyung..." air mata Youngjae mengalir deras, memandang ke dalam mata Jaebum. Dia sehabis baik cuba melindungi Jaebum dari kumpulan gelapnya sehingga sanggup mengkhianati kumpulan tersebut, tetapi Jaebum dengan mudah menyerahkannya kepada rakan sekerjanya.
Youngjae rasa dia dikhianati. Jaebum, abangnya sendiri memberkasnya pada saat dia sedang bermati-matian menyelamatkan jejaka tersebut dari dibunuh. Sakitnya hati Youngjae, dia mula menangis dengan teruk.
"Hyung, sekarang bukan masa--"
"You have the right to remain silent. Anything you say can and will be used against you in a court of law" Jaebum dengan tegas memotong kata-kata Youngjae. Dia kemudian memberi isyarat kepada polis lain untuk memberkas Youngjae. Dua orang polis terus bergerak ke arah Youngjae membuatkan Youngjae agak panik.
"Im Jaebum, jebal! Nyawa hyung dalam bahaya sekarang!" kata Youngjae tetapi dia tak sempat bergerak apabila dua orang polis tadi menolaknya ke dinding, dada menghadap dinding tersebut dan dengan kasar tangan Youngjae ditarik kebelakang.
"Ahh!" Youngjae menjerit sakit apabila gari dipasang pada pergelangan tangannya yang penuh hirisan luka berdarah. Jaebum terus memandang tempat lain, air matanya terus terbentuk apabila mendengar rengekan sakit adiknya itu.
Youngjae perasan reaksi Jaebum membuatkan dia tahu yang Jaebum terpaksa melakukan semua itu. Youngjae tak lagi menyalahkan Jaebum, oleh kerana dia tahu abangnya seorang yang amanah dengan tugasnya. Baru sahaja dua polis tadi hendak menarik Youngjae, Youngjae meronta melepaskan diri dan dia terus berlari ke arah Jaebum.
"Jaebum hyung" panggil Youngjae, air matanya mengalir laju. Jaebum membalas pandangannya dan air matanya turut mengalir. Dua polis tadi mula menarik semula Youngjae tetapi Youngjae cuba bertahan.
"Please stay safe. Make sure sentiasa ada bodyguard sekeliling hyung" kata Youngjae perlahan, yang hanya Jaebum boleh dengar. Air mata Jaebum semakin deras, dia memandang wajah adiknya yang separuh daripadanya sudah bermandi darah itu agak lama sebelum mengangguk faham.
Youngjae diam seketika dan akhirnya dia menyerah diri, membiarkan dua polis tadi menariknya keluar dari rumah itu. Jaebum tak mengalihkan mata dari Youngjae, pandangannya tetap pada adiknya sehingga jejaka itu masuk ke dalam salah satu kereta polis.
"Mianhae... Youngjae-ah.." bisik Jaebum.
¤¤¤
"Yah, kau buat benda yang betul. It's going to be okay" kata Jinyoung, memberi kata-kata semangat kepada Jaebum. Semua polis sudah pulang dari rumahnya, meninggalkan dia dengan Jinyoung sahaja yang kini kedua-duanya duduk di meja makan. Jaebum mengeluh kecil sebelum menggeleng.
"Tak okay, Jinyoung" kata Jaebum dan dia membalas pandangan Jinyoung. "He killed people with positions. He will be sentenced to death" sambungnya. Jinyoung terdiam seketika sebelum mengangguk setuju.
"Maja. And you know what? Tak semua orang mampu berkas ahli keluarga sendiri. Aku tabik dengan kau" kata Jinyoung dan dia menepuk lengan Jaebum sedikit. Jaebum diam, teringat situasi tadi yang mana Youngjae memberi kata-kata jaga diri kepadanya.
¤¤¤
Youngjae diam di dalam kereta polis itu, dia memandang luar tingkap dengan air matanya tak berhenti mengalir. Banyak perkara yang dia fikirkan. Dia tahu, sejurus sahaja dia diberkas, Mark dan pembunuh upahan lain lebih mudah membunuh Jaebum.
Pada masa yang sama, polis akan memaksanya untuk membocorkan rahsia tentang kumpulan Mark jadi Mark dan yang lain akan berada dalam bahaya. Youngjae risau, dia tak nak kumpulannya mahupun Jaebum terkorban. Memikirkan semua itu membuatkan air mata Youngjae mengalir lebih deras.
Jadi dia membuat keputusan untuk korbankan diri sendiri.
Dia terus sahaja menyerang polis di sebelahnya diikuti polis yang sedang memandu membuatkan kenderaan tersebut hilang kawalan. Kereta itu mula mengelongsori tebing untuk jatuh ke dalam gaung. Youngjae saat itu memejamkan matanya rapat.
Ini perkara terakhir yang Youngjae boleh buat.
TBC.
YOU ARE READING
[C] Against The Order | Got7 2Jae Malay Fanfic
Hayran Kurgu"Hyung, pergi dari sini" Genre : Action, Angst Length : 10 chapters (Completed) Cast : Got7 JB, Got7 Youngjae Start :- 25 December 2017 End :- 15 March 2018