Chapter 01

478 60 3
                                    

Youngjae mengekori langkah seorang jejaka asing yang mengambil tempat duduk di hadapannya dalam cafe kampus hari itu. Bambam meletakkan beg sandangnya di atas meja berhadapan dengan laptop Youngjae lalu mereka berbalas pandangan.

"Ada apa?" tanya Youngjae, oleh kerana dia tahu Bambam takkan datang melainkan mereka menerima misi sebagai pembunuh upahan. Bambam membuka zip begnya lalu mengeluarkan satu fail kertas dan dihulurkan kepada Youngjae. Youngjae terus mencapai dan membukanya tanpa sebarang soal.

"Datuk bandar daerah Donghae, Park Ildong. Pukul 2 kejap lagi, flight dia akan tiba dekat Seoul, dia pergi bercuti dengan isteri dia dekat sini. One-kill" terang Bambam sambil Youngjae membelek biodata dan gambar datuk bandar itu. Memang Youngjae biasanya diupah untuk membunuh orang ternama disebabkan oleh sasaran tembakannya yang begitu tepat. Youngjae memandang Bambam, dan Bambam tahu maksud pandangan itu.

"100k. US Dollar. Separuh akan masuk bank kau sebagai deposit hari ni" kata Bambam. Youngjae diam seketika oleh kerana dia mencongak pertukaran mata wang dari dolar ke won dan akhirnya dia mengangguk setuju.

"Bila?" tanya Youngjae, fail tadi disimpan ke dalam begnya sebelum laptopnya ditutup dan turut disimpan di dalam beg.

"Hari ni. Pukul 4" kata Bambam dan Youngjae terus berhenti bergerak. Dia memandang Bambam dan Bambam membalas pandangannya. "Heli datang kejap lagi, macam biasa" sambung Bambam dan Youngjae terdiam.

"Well, aku kena beritahu abang aku yang aku stay lagi hari ni" kata Youngjae mula menyandang beg. Bambam terdiam selepas mendengar kata-kata Youngjae.

"What was his name again? Your brother?" tanya jejaka Thailand itu. Youngjae agak terpinga-pinga apabila ditanyakan soalan sebegitu.

"Im Jaebum. Why?" tanya Youngjae semula dan Bambam sekali lagi terdiam sebelum ketawa kecil.

"Tak sangka abang kau penyanyi tua tu" seloroh Bambam. Youngjae terus memandang Bambam dengan tajam dan dia berdiri.

"Jangan bergurau dengan aku. Menjijikkan" kata Youngjae dan berlalu pergi, membuatkan Bambam terkedu.

¤¤¤

"Beliau ditembak hendap sewaktu turun padang untuk bertemu dengan penduduk..."

Jaebum menonton berita dengan serius tentang pembunuhan timbalan menteri itu sehinggalah telefonnya yang terletak di atas meja berbunyi menandakan panggilan masuk. Dia melihat nama adik lelakinya terpampang membuatkan dia tersenyum kecil.

"Eoh, Youngjae-ah" jawab Jaebum dan matanya kembali memandang skrin tv.

"Hyung, mian. Youngjae hari ni balik lambat rasanya. Assignment Youngjae masih belum siap and deadline dah nak dekat. So Youngjae nak stay dekat library" kata Youngjae. Jaebum mengeluh berat sebelum mengguling mata.

"Kenapa Youngjae mesti stay pada hari hyung cuti? Hyung nak spend time dengan adik hyung juga" bebel Jaebum dan kedengaran Youngjae ketawa di hujung talian.

"Sorrylah~ Okay, Youngjae selesaikan secepat mungkin and balik secepat mungkin. Lepas tu kita spend time, okay?" pujuk Youngjae. Jaebum mengukir senyuman sedikit.

"Youngjae dah janji okay?" kata Jaebum. Youngjae ketawa kecil.

"Araseo. Youngjae letak dulu. Saranghaeyo, hyung! Annyeong!" Youngjae meletak panggilan tanpa menunggu Jaebum membalas kata-katanya. Jaebum tersenyum melihat lockscreen telefonnya setelah panggilan ditamatkan.

 Jaebum tersenyum melihat lockscreen telefonnya setelah panggilan ditamatkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Youngjae ialah satu-satunya ahli keluarga yang Jaebum ada. Atau lebih mudah, mereka hanya ada satu sama lain. Jadi Jaebum sayang sangat dengan Youngjae.

Dan dia sangat percayakan Youngjae.

Tiba-tiba telefon Jaebum berbunyi lagi dan Jaebum terus bertukar serious selepas melihat nama pemanggil. Dia menjawab panggilan itu dan matanya kembali memandang tv.

"Im Jaebum imnida"

¤¤¤

Youngjae membelek profil mangsanya sekali lagi di dalam perpustakaan itu sehinggalah dia terperasan yang rekod kesihatan datuk bandar tersebut tiada bersamanya. Dia terdiam seketika sebelum mengeluh berat. Tentu sekali Bambam tidak memberi rekod tersebut tadi. Dia menutup fail itu, menyimpan ke dalam beg dengan kasar dan dia menyandang beg tersebut sambil bangun untuk keluar dari perpustakaan kampusnya itu.

Dia terus menuju ke koridor yang dipenuhi locker pelajar dan dia melangkah ke locker Bambam tanpa berfikir panjang. Kata kunci locker itu diputarkan dan dia mencapai bed sandang Bambam sejurus pintu locker itu terbuka.

Dia menarik satu fail yang terdapat dalam beg Bambam dan gerakannya membuatkan sekeping gambar terjatuh dari beg itu. Dia tunduk untuk mencapai gambar tersebut tetapi pergerakannya terhenti apabila dia terkejut melihat gambar itu.

¤¤¤

"Seterusnya, kalau anda perhatikan--" kata-kata pensyarah dalam dewan kuliah itu terhenti apabila pintu dewan dibuka dan Youngjae melangkah masuk dengan laju. Dia terus menuju ke arah Bambam yang kelihatan agak terkejut dan pergelangan tangan Bambam ditarik dengan kasar.

"We need to talk" kata Youngjae menahan marah, lalu menarik Bambam keluar dari dewan, membiarkan semua orang terpinga-pinga.

"Kau kenapa?!" marah Bambam, menyentap tangan dari Youngjae. Youngjae terus berdiri menghadapnya, dan dengan muka marah, dia menunjukkan gambar yang jatuh dari beg Bamban tadi.

"Kau diupah untuk bunuh abang aku?" tanya Youngjae menahan marah. Bambam terkejut, memandang gambar Jaebum di tangan Youngjae itu.

TBC.

[C] Against The Order | Got7 2Jae Malay FanficWhere stories live. Discover now