Chapter 02

392 55 2
                                    

"Blackjack!" panggil Youngjae apabila dia berjalan laju ke dalam markas bawah tanah kumpulan pembunuh upahan itu. Dia terus menuju ke meja di mana seorang lelaki selaku ketua sedang duduk menghisap rokok. Dia memandang Youngjae yang masih kelihatan marah.

"Beritahu aku. Siapa yang upah kumpulan kita untuk bunuh abang aku?" tanya Youngjae, serious. Lelaki itu menyedut puntung rokoknya tenang.

"Want some tea, Checkmate?" tanya lelaki itu tenang, memanggil nama samaran Youngjae. Youngjae dengan pantas terus mengeluarkan sepucuk pistol dari dalam jacketnya dan dia acu ke kepala lelaki itu.

"I'll never joke around when it comes to my brother, Mark Tuan" kata Youngjae, disiratkan ugutan dalam ayatnya membuatkan Mark agak terkejut. Mark diam seketika sebelum membuang rokoknya di lantai.

"Okay. Let's talk" kata Mark seperti memujuk. Youngjae diam agak lama sebelum dia menyimpan pistol itu dan duduk di hadapan Mark yang mana mereka hanya terpisah dengan sebuah meja.

"Bukan kau ada datuk bandar untuk dibunuh ke se--"

"Aku takkan berganjak sikit pun sampai aku tahu orang yang upah kita untuk bunuh abang aku" Youngjae memotong kata-kata Mark dan dia keluarkan pistol tadi untuk diacu ke kepala Mark semula.

"And kau takkan stop terima tembakan selagi kau tak beritahu aku" kata Youngjae, tiada sedikit pun nada gurauan dalam suaranya. Mark ketawa sinis.

"Whoa, Im Youngjae. Sejak bila berani sangat ni?" tanya Mark, bernada sinis. Youngjae semakin marah, hampir sahaja dia menarik picu. Mark tersenyum sinis.

"Put down your gun, and we'll talk" kata Mark, dia membalas mata Youngjae dengan tajam.

"Or you shoot me, hoping me to die, but at last, your brother is the one who get killed" kata Mark dengan nada sinis. Youngjae menggetap gigi. Dia tahu dia takkan menang dengan ketuanya sendiri. Dia dengan perlahan turunkan pistol di atas meja.

"Sekarang cakap" kata Youngjae. Tiba-tiba Mark menongkat dagu, kelihatan tenang.

"Youngjae-ah, Youngjae rasa hyung nak ke hidup macam ni?" tanya Mark, nadanya lebih kasual membuatkan Youngjae tersentak sedikit, dan perasaan marahnya serta-merta seakan hilang.

"M-Mana Youngjae tahu..." kata Youngjae perlahan. Mark mengeluh dan mengangguk.

"Tak nak. Hyung tak nak pun hidup macam ni. Tapi once kita dah masuk dalam dunia ni, kita takkan boleh keluar" kata Mark tenang. Youngjae sedikit keliru.

"Apa yang hyung cuba cakap ni?" tanya Youngjae. Mark diam seketika sebelum mengambil sepuntung rokok. Dia mula membakar hujung puntung dan sedut dengan dalam sebelum menghembus kepulan asap putih yang hampir membuatkan Youngjae sesak nafas.

"Look, Youngjae. Perkara ni bukan pasal Youngjae sorang. Kumpulan kita ada 32 orang. Semua muda-muda macam Youngjae. And yet, most of diorang dah tak ada family" Mark mulakan penerangannya dengan tenang, membuatkan Youngjae mendengar agak tekun. Sedikit perasaan dilema wujud dalam dirinya.

"Termasuk hyung. Youngjae tahu tu, kan? And Youngjae tahu protokol organisasi ni, kan?" tanya Mark lembut. Youngjae memandang bawah. Dia tidak tahu apa perasaan yang dia hadapi sekarang. Mark mengeluh kecil.

"Youngjae ada kitorang kalau abang Youngjae mati. Kita satu keluarga sekarang, okay? Kalau Youngjae gagalkan tugas Bambam, mungkin Youngjae akan selamatkan abang Youngjae. Tapi Youngjae akan 'bunuh' kitorang yang lain ni. Youngjae faham kan? Sanggup ke Youngjae korbankan berpuluh orang semata-mata nak selamatkan abang Youngjae seorang?" tanya Mark.

Youngjae kekal tunduk, tangannya mencengkam seluar.

¤¤¤

Jaebum terhenti dari menikmati makan malamnya apabila dia perasan Youngjae yang duduk di hadapannya itu memandangnya dari tadi. Dia mengangkat kepala dari memandang pinggan, dan dia membalas pandangan Youngjae. Youngjae kelihatan sedih, serta-merta membuat Jaebum menjadi risau.

"Youngjae-ah, kenapa ni? Kenapa pandang hyung macam tu?" tanya Jaebum lembut. Youngjae hampir sahaja membentukkan air mata di tubir matanya. Melihat Youngjae yang tak menjawab, Jaebum mengeluh kecil.

"It's okay, Youngjae. Youngjae boleh beritahu hyung. Ada apa?" tanya Jaebum seakan memujuk dan dia memegang tangan Youngjae. Youngjae menjadi sedikit sebak.

"Youngjae.. tak nak kehilangan hyung" kata Youngjae, nada perlahan dan sedikit menggigil oleh kerana dia menahan sedih. Jaebum terasa hatinya sakit melihat adiknya yang kelihatan seperti hendak nangis.

"Youngjae.." panggil Jaebum lembut dan dia terus melepaskan tangan Youngjae lalu berdiri, menghampiri adik lelakinya. "Come here" Jaebum menarik Youngjae berdiri dan mereka terus berpelukan erat. Jaebum mengusap belakang Youngjae untuk menenangkan adiknya itu manakala Youngjae memejamkan matanya rapat sebelum mengeluh.

"It's going to be alright, Youngjae. Hyung takkan tinggalkan Youngjae, okay?" kata Jaebum perlahan.

No.

It's not going to be alright.

Youngjae membuka mata, dan dia memandang cctv rumah mereka yang berada di bucu siling ruang makan itu. Cctv tersebut seakan sedang merakam mereka, dan Youngjae bertambah risau tentang keselamatan abangnya. Dia lantas mengeratkan pelukan, dan kembali memejamkan matanya.

TBC.

[C] Against The Order | Got7 2Jae Malay FanficWhere stories live. Discover now