Kenapa perempuan susah sangat nak move on? Contohnya, macam aku. Aku bila dah suka seseorang lelaki tukan, aku akan suka betul-betul. No main-main! Sebab tu kot sampai dah umur 23 tahun ni pun aku belum pernah merasai sebuah relationship. Senang cerita, aku tak pernah couple dengan mana-mana lelaki dalam dunia ni.
Dan sekarang, aku tengah syok duk intai crush aku. Crush aku tu sebelah rumah je. So, segala tindak-tanduk dia ada dalam kocek seluar aku, hoho. Hari ni, rupa dia macam nak keluar berjoging. Tubuhnya yang memakai pakaian santai iaitu hanya berseluar track hitam dan berbaju biru muda berjenama Nike aku renung di sebalik tembok yang memisahkan rumah kami ini.
"Ya Allah, handsomenya bakal suami aku!" Gumamku perlahan. Rasa nak teriak kuat-kuat pun ada. Tapi takut kantoi pulak intai anak teruna orang. Haisy!
"Oi, buat apa tu?" Sergahan seseorang dari belakang membuat aku tersentak.
"Oh, mak nenek kau terpelanting!" Aku melatah. Tak semena-mena aku jatuh terjelepok dari bangku yang membantuku untuk mengintai di sebalik tembok.
"Dey, mak aku kat kampung. Nenek aku pulak dah lama meninggal. Siapa pulak yang terpelanting? Aku rasa kau,"
"Masya-Allah, minah senget ni rupa-rupanya. Kalau aku ni heart attack, dah lama aku peng kat sini jugak. Boleh tak kau jangan main sergah macam tu?! Ish!" Punggung kuusap perlahan. Seluarku yang sudah kotor kutepuk berkali-kali.
"Kau ni memang takde kerja lain ke? Asyik nak intai anak teruna orang je kerja,"
Aku memuncung sedepa, "Suka hati akulah. Mata aku bukan mata kau," bidasku.
Aku renung tubuh Intan atas bawah. Lengkap berblouse dan berpalazo. Aik, nak gi mana minah ni cantik-cantik cenggini?
"Kau nak pergi mana?"
"Tulah kau. Asyik intai-intai macam tu. Takde effort langsung. Cuba kau cakap je yang kau suka kat dia, apa susah? Dera mata kau je yang asyik tambah dosa sebab zina mata. Tengok macam aku. Siap couple bagai. Seronok je hati tiap-tiap hari keluar dating," ujar Intan bangga.
Aku mula menyampah. Start dah ceramah percuma dia.
"At least aku intai je kan. Kau tu lagi berdosa. Berdua-duaan dengan bukan mahram, huh," Saja aku menyindirnya.
"Whatever. Sekurang-kurangnya hidup aku tak sesadis kau. Mengharap kepada yang tak sudi. Dah, aku nak pergi dating. Bubui," Intan berpamitan lalu segera meloloskan diri ke dalam kereta yang sedari tadi menunggu di luar rumah. Kereta siapa? Kekasih hati dialah.
"Ceit! Bila masa dia cakap dia tak sudi? Dia just tak tahu je yang aku suka dia," aku mencebik sambil mengereco dengan kata-kata Intan tadi.
Aku naik balik atas bangku tadi. Nak sambung tengok bae😍. Hehe. Mataku meliar ke kawasan rumah sebelah. Kosong. La....dia pergi mana? Please, jangan cakap yang dia dah pergi joging. Melepas siot nak tengok dia warm-up dengan otot-otot dia tu!
Huh! Ni semua salah Intan! Choi punya kawan!Tanpa membiarkan masa berdetik begitu saja, aku pantas berlari masuk ke dalam rumah. Legging yang kupakai aku tukar dengan seluar track biru. Baju t- shirt lengan pendek yang tersarung pada tubuh kubuka dan digantikan dengan baju t-shirt lengan panjang yang bertulis 'My crush!'. Baju tu RM10 je. Beli kat mana? Mana lagi selain kat kedai TRIO di shopping mall tu. Aku suka borong baju-baju kat kedai tu.
Selesai sahaja menukar pakaian, aku capai instant shawl. Dengan sepantas kilat, aku memakai instant shawl itu. Masuk. Lilit-lilit. Pin. Siap! Nasib baik aku dah mandi selepas subuh tadi. So, takde istilah kemahi kat badan aku ni! Aku terus meluru keluar dari bilik.
Aik, kenapa aku rasa macam ada lupa something ea? Ahah! Jari kupetik. Cepat-cepat aku berparah balik ke dalam bilik. Laci di tepi katil dibuka. Perfume Enchanteur aku gapai lalu di'spray' ke tubuh. Setelah itu, aku segera meloloskan diri ke luar rumah. Pintu rumah aku kunci.
YOU ARE READING
Cerpen: Tatkala Idea Tertimbus
Historia CortaThanks for the book cover❤ @cikgarfield Cer-cerita Pen-pendek [JEMPUT BACA]